May 16, 2012

ridoma homemade chocolate 3.0


Hi Assalamualaikum..hey ridoma chocolate trip kali ini ke UiTM Shah Alam. Jualan terbaru super duper sweet ridoma chocolate mendapat sambutan yang tinggi. Terutamanya di kalangan pelajar perempuan yang super duper owesome tidak putus-putus memborong ridoma chocolate.

 Ramai yang cakap cokelat perisa milk sedap gila! lebih-lebih lagi yang berkacang. Siap ada yang sesuki hati mengatakan cokelat milk aku berperisa Strawberry.

 Thanks aku ucapkan kepada warga UiTM Shah Alam, sebab memuji dan membeli ridoma chocolate yang sedap haha.. kan aku dah cakap sedap. Bukan setakat sedap je yang aku kisahkan, tapi yang paling penting hygiene ! kalau tak hygiene, tu bukan aku.


 Buat peringkat permulaan ni, target market aku di sekitar Bangi & Shah Alam dulu. Next, target aku untuk korang yang membaca. Walau sejauh mata memandang bintang. Haa kan dah terkeluar ayat sanskrit gua. Kalau ada sesiapa yang berdekatan yang nak order ridoma chocolate pon apa salahnya.

 Ridoma chocolate mempunyai dua perisa, exclusive taste (dark) & romance taste (milk). Manakala corak yang dihasilkan setakat ni simple je, but nice. Chomel-chomel je.


 Last week ridoma chocolate laris dalam masa 2 hari. Pelik jugak aku dengan sambutan jualan pertama kali. Semalam pon laris dalam tempoh tak sampai dua hari. Cuma aku je yang tak larat nak buat banyak-banyak huhu.. Bak kata nenek aku, pelan-pelan kayuh.. kayuh lelaju kang tercabut lutut.

 Esok lusa manalah tahu korang pulak nak order ridoma chocolate. Tapi kalau nak order, order beberapa hari lebih awal tau haha.. Untuk production yg ke empat, iaitu next week. Ridoma chocolate lebih mudah untuk dibezakan antara yang berkacang atau tidak berkacang. Sebab sticker cokelat aku dah siap..!

 Ridoma chocolate mempunyai tiga jenis sticker, iaitu warna biru untuk yang original-tanpa kacang, warna cokelat untuk yang berkacang dan warna pink untuk perisa strawberry. Buat masa sekarang, pengeluaran perisa strawberry chocolate masih di peringkat akhir perbincangan yang ditentukan oleh aku sendiri.
 Itupon setelah aku dihubungi oleh seorang kakak baru-baru ini. Seorang staff daripada agensi kerajaan yang request ridoma chocolate berperisa strawberry. I said ok. Ok je memanjang haha..

2 comments:

eLLa n aLia said...

ou, s.alam.. so, lepas ni bolehlah order juga.. tanda support..

ridoma said...

ella n alia : tq.kalau nak order umtuk majlis pertunangan, perkahwinan dan hari raya pun boleh juga =)