Semeriah mana sekalipun sambutan D'Aidilfitri, jangan sesekali dilupakan nasib saudara kita di Palestin, Syria & Burma.. ingatlah di sebalik keselesaan D'Malaysia, masih ada kesengsaraan yang sedang berlaku di merata tempat.
Semuanya menuntut setidak-tidaknya sedikit perhatian daripada kita. Kealpaan kita hari ini, memberi peluang kepada musuh merangka plan kemusnahan masa hadapan.
Hidup bukan masanya untuk memikirkan perselisihan bab amalan semata-mata. Bukalah mata, masih ada misi yang lebih besar menanti.
Lakukan sesuatu, walaupun dengan sekecil-kecil tindakan. Salah satu cara yang boleh mengelakkan kita muflis di hadapan Allah SWT, di hari pertemuan yang pasti berlaku.
4 comments:
~A.D.M~
Bab ni gua stuju,udah2 le cerita bab khilaf bodoh tu.. smpai ble pon gua ingt kita as umat islam tak ke mana !
Kita yg xbrapa pandai ni,baru blik dri tmpat org, bru knl tokoh salafi skit, dah mula nk mmpertikaikan imam2 sunnah yg tlh sekian lama & disepakati kebenarannya oleh ulamak & msyrakat sedunia. Ni bukan soal view U-Tube sape lbh tgi dlm internet. Dlu mana ada intrnet beb!
Gua nk tye, siapalah kita yg nk mmpertikaikan imam2 hebat ini? disebabkan keghairahan kita sibukkan bab amalan, kat luar tu mksiat makin bermaharajalela.
Plg tak sdp yg gua dengar skg, geng2 syiah da mula ambl ksmpatan di atas kelekaan kita yg asyik pertikai sama sndiri bab amalan mahupun politik.
Tak slh berbeza politk, tp org kt bwh ni jgn brtndk tnpa ilmu. Aslkan bab aqidah, bab agama kita semua bersatu. Ni blum pape, ustz. pas la, ust.umno la.. jgn cmpur aduk !
Helah kapiaq yg sntiasa mngumpul hasad dgki, nk hampa umt islam semua berpecah ! bacalah sejarah lampau perpecahan umat islam semasa dan selepas pemerintahan khulafah arasyidin as pgjaran & prsiapan fitnah akhir zaman ini.
Gua bukan ust. nk ckp byk psl sjarah @ agama islam, tp xslh gua brkgsi pndpt & elbrate skit pe yg ditulis blogger ni.
Bgs utk gua yg sdr tak brapa pandai ni, arap gua tak sesat & dimatikan dijalan kebenaran. Drpada org yg tak sdr dia bdh sombg smpai ke mati !
Kat malaysia bangsa lain mula menekan umat islam, di prgkat antarabangsa, korang lihatlah sndiri apa yg da berlaku.
Gua stuju dgn pnulis blog ni. Smple tp smpai apa yg dia nk tuliskan. Bgs bro, truskan mnulis !
wasalam..
tq fatin..insyaalah.
Apa sekalipun, kita perlu perkuatkan kefahaman asas dan bersama wawasan pemerintah ke arah perpaduan umat di sini dulu. Terima kasih di atas ulasan panjang lebar tuan (A.D.M) =)
sedang bersuka main bunga api
ada berduka kna senjata api.
Post a Comment