Sep 19, 2012

Virus liberalisme?

Siapa saya? ... Host anda!


Soalan saya:

 Adakah ini juga sebahagian daripada agenda Islam liberal yang dimaksudkan, mohon perkongsian ahli panel yang hadir.

Situasi: Penjelasan seorang ibu mengenai perbezaan kepada seorang anak istemewa, autism melalui lukisan di atas sekeping kertas putih.




Mak: Seorang memukul kamu, manakala seorang lagi memberikan kamu gula-gula. Mana satukah Hindu dan mana satukah Muslim ?

Anak: Tiada perbezaan di antara kedua-duanya. Pada saya, hanya ada dua jenis di dalam dunia ini. Perbuatan baik iaitu bagi orang baik dan perbuatan jahat bagi orang yang jahat.




Jawapan ahli panel, Ahmad Kamsani dan Mohamad Farid:

Ahmad Kamsani: Allahu a'lam.. Sefaham saya Islam liberal menganggap semua agama benar, sedangkan aqidah Islam yang sebenar mengajar manusia bahawa agama yang benar hanya satu iaitu Islam, dan agama-agama lain semuanya batil serta sesat. Ia berbeza dengan toleransi beragama. Dalam toleransi beragama, kita perlu menghormati kepercayaan dan anutan orang lain.

 Namun kita tidak sekali-kali dibenarkan untuk menganggap kepercayaan tersebut sebagai suatu yang benar dan boleh diamalkan. Sebab itu disyariatkan dakwah dan jihad. Adalah menjadi hak kepada setiap individu untuk mengenal agama yang benar, iaitu Islam, dan menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam untuk menyampaikannya dengan sebaik-baik cara.

 Dalam kes di atas, kalau yang dimaksudkan tidak ada beza antara agama Islam dan hindu, maka ia adalah salah! Tetapi, kalau yang dimaksudkan penganut mana-mana agama berpotensi untuk melakukan kesilapan, maka bagi saya ia boleh diterima, kerana manusia memang prone to make mistake. Sebab itu, dalam Islam ada juga disyariatkan hukuman bagi pelaku-pelaku jenayah.

 Akhirnya, jangan kita anggap kebaikan itu hanya berkisar kepada perkara-perkara yang senang. Dalam contoh di atas, mungkin kita anggap tindakan memberi gula-gula itu baik, manakala pukul orang itu jahat. Kita kena lihat juga sebab kenapa tindakan tersebut dilakukan. 

Allahu a'lam.. Mohon betulkan mana-mana yang silap. Wassalam


Mohamad Farid: Cerita ini bukan sekadar menekankan 'Islam bukan agama pengganas' bahkan semua agama adalah sama sehingga membawa kepada perkahwinan dengan wanita yg beragama Hindu.

En. Agogo (Host anda!): Terima kasih di atas perkongsian kalian =)
























No comments: