Oct 24, 2012

Kopi Senyuman Terkurang Gula

Petikan daripada Iklan Hari Raya Aidilfitri, Petronas.

Di Kaunter Pertanyaan

 " Assalamualaikum, boleh saya dapatkan pass pelawat untuk ke tingkat tiga atas urusan dokumen pinjaman."

 " Berikan IC awak dulu." Balas Pegawai Keselamatan wanita itu.

 Saya meminta izin terlebih dahulu sebelum menghulurkan kad pengenalan kepadanya. Kebiasaanya pihak security akan segera menguruskannya sejurus mendapat maklumat lengkap.

 Saya perlu mendapatkan pass masuk, bagi membolehkan saya lepas segala pemeriksaan keselamatan. Lain ceritanya, andai saya seorang Bad Man atau Tony Stark-Iron Man versi anak Melayu. 

 " Awak nak ke bahagian pinjaman mana tadi ?" Soalnya kembali.

 " Saya nak ke Bahagian Pinjaman Pelajaran kak. Pegawai berkenaan pinjaman pelajaran minta saya supaya berjumpa dengannya di tingkat tiga." Jawab saya. Soalan yang sama ditanya berulang kali olehnya, mengimbau kenangan saya sewaktu menonton iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas. 

Mana perginya gula dalam senyuman ?

 " Bahagian Pinjaman Pelajaran yang mana satu ?" Soalnya lagi.

 Bahagian Pinjaman Pelajaran juga perlu di described jenis apa ke ? aduh janganlah harapkan saya hafal semua nama penuh Jabatan di situ.

 Saya orang luar yang baru pertama kali bertandang. Maafkan saya. Kalau mahu saya jawab nama penuh Jabatan tersebut, baik saya jadi president di tempatnya bekerja.

 " Pinjaman pelajaran macam mana yang akak maksudkan ya ? sebabnya saya baru sahaja secara tidak sengaja terserempak dengan pegawai berkenaan di Lobi. Beliau sendiri memberitahu saya agar menemuinya semula selepas mendapatkan pass pelawat. Kalau tak silap, di Bahagian Pinjaman tingkat tiga. Maaflah, saya sendiri tidak ingat nama penuhnya."

 Saya tersengih dengan soalan yang sama diajukan kak security. Sedikit hairan dengan pe'elnya. Tidak mengapa dengan sikapnya, asalkan saya dapat pass pelawat.

 Alhamdulillah mujur keadaan masih terkawal dan saya mampu menahan sabar. Jika tidak, apa guna saya ke sekolah selama ini.

 " Iyalah, saya tanya awak nak ke pinjaman pelajaran yang mana satu ?" Suaranya sedikit tinggi sambil memandang sinis ke arah saya.

 Saya bertambah curiga dengan pandangan tidak berlesennya. Sekali-sekala saya mengarahkan hidung yang mancung persis Shah Rukh Khan ini, mendekati ketiak untuk mencium baunya.

 Manalah tahu andai bau badan saya atau hingus yang melekat pada pakaian menjadi punca dia bersikap sedemikian rupa. Ternyata saya tidak bersalah.

 Saya bersih daripada segala masalah. Barangkali dagu yang licin tanpa sebarang janggut ini telah menguatkan stigmanya, 'saya sekadar anak muda yang tidak perlu dihormati.'

 Kisah bertradisi anak muda tidak dihormati, telah terlukir dalam kitab Al-Quran semenjak dari zaman Nabi Ibrahim a.s lagi. Jadi ? no wonder-lah saya juga diperlakukan begini.

 " Bahagian PINJAMAN-lah kak. Nak tanya lebih-lebih berkaitan nama jabatan, saya tak tahu." Saya membalas dengan nada yang memadai menghormati usianya.

 Tolonglah faham keadaan pelawat yang serba serbi naif. Paling tidak hormat dengan urusan pelawat yang sanggup bersusah payah untuk ke situ.

 Dibuli Mak cik security

 " Ok kalau begitu, nah ambil kad pengenalan awak semula ! terus ke bahagian permohonan dan isi borang di tingkat dua, gunakan escalator sahaja tak perlu naik lif." Balasnya sambil mengempan dengan muka masam mencuka. 

 MasyaAllah.. saya terdiam seketika, bagaimana saya boleh dibuli oleh mak cik security, sedangkan saya adalah pelawat ditempatnya bekerja. Saya tidak minta hamparan karpet merah, saya cuma minta pass pelawat untuk membolehkan saya naik lif dan berjumpa dengan pegawai berkenaan.

 Jangan kerana pelawat tidak ingat nama penuh jabatan, mereka dilayan sebegitu bodoh sekali. Ini bukan akaun Pacebook yang perlu di Log-in, mak cik.

 Tiada kaitan langsung dengan permohonan. Tujuan asal saya ke mari sekadar ingin menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dokumen.

 " Kakak.. saya sebenarnya mahu ke tingkat 3, baru sebentar tadi saya berjumpa dengan pegawai berkenaan dan dia yang menyuruh saya berjumpa dengannya di atas. "

 " Awak tak perlu ke tingkat tiga ! dan awak tidak perlukan pass ini."

Ralat & pandangan

 Ewah mak cik security, ini sudah lebey tau. Sesuka-suki sahaja tentukan hala tuju saya. Bukan nak cakap helok-helok dan sopan santun. Mana etika kerja ?!

 Kalaulah yang datang itu orang kampung, atau insan yang berpakaian tidak mengikut protokol sekalipun, tugas awak hanya melayan pelawat dengan baik dan menasihati. Bukan mengarah atau menunjukkan reaksi yang kurang baik. Awak security, bukan raja segala haiwan di rimba.

 Tidak semena-mena, muncullah seorang security lelaki berpangkat sedikit tinggi daripadanya dari arah belakang.

 " Oh kalau begitu, berikanlah pass itu kepada dia. Teruskan destinasi tuan." Katanya sambil tersenyum.

 Terima kasih kerana bersikap baik, setidak-tidaknya saya tidak melepaskan kata-kata 'Sila pergi kursus dan belajar !', sebelum menoleh keluar daripada menara itu.

 Sebaliknya, saya sempat menghadiahkan kepadanya sekeping kad yang tertulis ayat-ayat nasihat. Semoga dengan kad yang sekecil itu, sedikit sebanyak dapat menginsafkan hatinya untuk menghormati orang lain.

 Sentiasalah menyimpan kad kecil di dalam poket, yang tertulis kata-kata motivasi atau nasihat. Semoga Allah SWT mempermudahkan kita menjalani kehidupan harian sambil berdakwah.

Contoh Kad kecil.


12 comments:

Luqman Zakaria said...

fuh! sabar sabar..

shafiqabdshukor said...

sabar2.... mungkin mak cik tu tgh tensen kot..

farid omar said...

Luqman zakaria: Terima kasih. Separuh masak jugalah bersabar dengan mak cik tu. Tapi tak apa, tak rugi apa pon kalau kita bersabar..

Shafiq abd. Shukor: Terima kasih. Mugkin juga dia sedang tensen atau dia tidak faham apa yang saya sampaikan.

Sarah Mohd Saleh said...

makcik td tu period kot.hihi.tp bgs lah awk ni sabar sket orgnya ;)

Unknown said...

tipikal govment servant barangkali... mujur ko yg kena... kalau kena kat aku... mungkin tercarut jugak aku kat mak cik tu... tabik atas kesabaran kau...

farid omar said...

Sarah:
Terima kasih. Haha 'Nampak Bulan' mungkin.. pengajaran kepada semua staff yang bertugas.

Ingat anda memberi service, walau siapapun kami, orang muda ke orang kampung ke, atau kanak-kanak ke. Kalau anda tak menghormati kami, anda buat hal dengan kami.

Kami juga ada hak untuk menulis. Cumanya saya tak sampai hati nak sebarkan nama organisasi dan security yang bertugas.

Sam:
Terima kasih bro, eh kalau ikutkan nak ngamuk-lah jugak. Tapi masih ingat batas-batas as Muslim.

Ketika itu, saya hanya terfikir nasihat lebih baik daripada memarahinya kembali.

new hope said...

report, jgn diam, mereka igt mereka siapa, kerajaan terlampau manjakan mereka ^^

KLIK murid orang asal ditampar kerana tidak baca doa

farid omar said...

pak joe:

Terima kasih di atas 'Anugerah 4C' oleh pak Joe. Insyaallah saya akan terus menziarah dan memberikan komen dari semasa ke semasa kepada sesiapa sahaja yang meulis perkara bermanfaat dan menarik =)

New hope:

Terima kasih. Haha saya menulis je pun dah dikira repot.. ada bukti penulisan.

Walaupun saya kurahg berminat dengan cara muslimah yang berpurdah style bendera DAP (bukan kerana politik, tapi corak tambahan yang tidak manis dilihat), penulisan awak sangat matang dan mengandungi info menarik.

Unknown said...

tak ramai yang mampu sabar dalam situasi gini :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

kadang bos besar tak berlagak pun
tapi org bawahan yg lebih sudu

idea simpan kat kecil tu menarik perhatian momoy =)

Zie said...

hebat. boleh masuk list jadi calon suami ni.

munna said...

mungkin masa tu makcik tgh pms agaknya...