Jun 17, 2013

D-Shirt pertama ridoma !

Recharge Your Iman Bro, 
 design inspired by ridoma kini boleh dimiliki. 


Kategori: Dakwah Shirt, D-Shirt.
Harga Sehelai: Rm20.00 sahaja.
Tawaran untuk remaja: 20% untuk yang berminat menjadi agen jualan kami.
Untuk tempahan: sms ke 013 340 2790/ PM di FB ridoma.
Email: ridoma_blogger@yahoo.com











Jun 5, 2013

Saham ?




Semua umat Islam sedang menantikannya. Apabila datang berita kemenangan ini suatu hari nanti, semua orang akan ditanya apakah sumbangannya sewaktu hidup. Walaupun sumbangannya hanya sebesar zarah, bahkan dia sendiri tidak pernah menyangka sumbangannya itu.

Misalnya, anda telah menyampaikan satu ilmu ABC, kemudian ilmu itu diamalkan oleh para pejuang sewaktu menewaskan musuh Islam. Atau anda telah membantu meningkatkan sistem komunikasi, kemudian ia telah membantu para pejuang berhubung sewaktu menewaskan musuh Islam.

Atau anda secara tidak sengaja telah berkhidmat membantu penglihatan seorang ayah, kemudian ayah tersebut telah mendidik anaknya sehingga anaknya berjaya membebaskan umat Islam yg tertindas. Kesemuanya dikira, walaupun kecil. Inilah yang dimaksudkan dgn saham tadi.

Ia pasti berlaku, miskipun lambat atau belum kelihatan ada tanda2 kebangkitan umat Islam. Inilah adalah diantara janji2 Allah yg tercatit di dalam Al-Quran: 

1. " Sesungguhnya telah tetap janji Kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami (orang yang beriman) itulah yang pasti menang". (As-Shaffat: 171-173) 

2. " Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang kafir membencinya".
(surah As-Shaaf ayat 8 )

3. Antaranya hadis daripada Tamim Ad-Dari R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

" Pasti akan sampai Islam sebagaimana sampainya malam dan siang....".
(Riwayat Ahmad)

4. Dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

" Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi ". Mereka akan dibunuh oleh orang Islam sehingga orang Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok berkata: " Wahai orang Islam ! wahai hamba Allah ! di belakangku ada orang Yahudi datanglah dan bunuhlah dia", melainkan pohon Gharqad tidak memberitahu adanya orang Yahudi berselindung dibelakangnya kerana ia daripada pohon Yahudi". 

Janji Allah itu benar.



Dulu umat Islam dikhabarkan akan ada seorang lelaki beriman bakal membuka Kota Baitulmaqdis, beberapa ratus tahun kemudian benarlah muncul seorang lelaki yang dimaksudkan. Dia adalah Sultan Salahuddin Ayubi.

Dulu umat Islam dikhabarkan akan ada seorang lelaki beriman bakal membuka Kota Konstatinopol/ Instanbul. Dia merupakan seorang lelaki yg baik, mempunyai tentera yg baik dan rakyatnya juga baik. Lelaki itu adalah Sultan Muhamad Al Fateh.

Dulu dikhabarkan akan tumbangnya sebuah kerajaan yg kuat tetapi zalim, iaitu kerajaan Rom. Setelah beberapa tahun turunnya surah Ar-Ruum, terbukti benar akan kekalahan tentera Rom di tangan tentera Parsi.

Selagi mana ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Quran ini tidak terpadam, dan dipegang oleh setiap umat Islam di dunia, maka selagi itu umat Islam akan terus berusaha dan mendapatkan saham darinya, kerana janji Allah itu pasti benar.











Hero sebenar yang wajib diketahui umum dan dicontohi kehebatannya



Di manakah Spiderman, Superman, Thunder Cat, Power Rangers atau Batman ketika runtuhnya menara pencakar langit WTC, di Amerika Syarikat ?

Jika rata-rata remaja atau pemuda hari ini ingin membesar dengan bersatelitkan kisah kehebatan Superman, Batman atau sebarang watak hero rekaan Barat, saya pula lebih selesa membentuk keperibadian dan cara fikir melalui kisah dua orang Sultan. Hero sejati sepanjang zaman dan terlakar kehebatannya dalam sejarah dunia.

Tak percaya ? sila google nama Sultan Salahuddin Ayubi dan Sultan Muhamad Al Fateh. Jangan salahkan saya jika cara fikir seharian anda juga berubah.











Jun 1, 2013

Segmen Pilihan Bijak Siswa: Chicken wing


Bismillah..Puas hati dapat makan panas-panas, sedddap. Chicken Wing dan tonkeng ayam bro di lampu isyarat simpang tiga seksyen 8, berhadapan Mc Donald Bandar Baru Bangi memang terbaik.

 Aroma daun serai dan rasa madu meresap jauh ke dalam dagingnya. Terasa jusnya yang mengalir enak keluar melalui celahan daging. Pengalaman gigit yang sungguh menakjubkan. 

Menurut bro ni, dia menetap di Puchong. Namun dia sanggup berulang ke Bangi untuk menjual Chiken Wing kerana permintaannya yang tinggi di sini.

 Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Die die must try !