Semua umat Islam sedang menantikannya. Apabila datang berita kemenangan ini suatu hari nanti, semua orang akan ditanya apakah sumbangannya sewaktu hidup. Walaupun sumbangannya hanya sebesar zarah, bahkan dia sendiri tidak pernah menyangka sumbangannya itu.
Misalnya, anda telah menyampaikan satu ilmu ABC, kemudian ilmu itu diamalkan oleh para pejuang sewaktu menewaskan musuh Islam. Atau anda telah membantu meningkatkan sistem komunikasi, kemudian ia telah membantu para pejuang berhubung sewaktu menewaskan musuh Islam.
Atau anda secara tidak sengaja telah berkhidmat membantu penglihatan seorang ayah, kemudian ayah tersebut telah mendidik anaknya sehingga anaknya berjaya membebaskan umat Islam yg tertindas. Kesemuanya dikira, walaupun kecil. Inilah yang dimaksudkan dgn saham tadi.
Ia pasti berlaku, miskipun lambat atau belum kelihatan ada tanda2 kebangkitan umat Islam. Inilah adalah diantara janji2 Allah yg tercatit di dalam Al-Quran:
1. " Sesungguhnya telah tetap janji Kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami (orang yang beriman) itulah yang pasti menang". (As-Shaffat: 171-173)
2. " Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang kafir membencinya".
(surah As-Shaaf ayat 8 )
3. Antaranya hadis daripada Tamim Ad-Dari R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
" Pasti akan sampai Islam sebagaimana sampainya malam dan siang....".
(Riwayat Ahmad)
4. Dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
" Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi ". Mereka akan dibunuh oleh orang Islam sehingga orang Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok berkata: " Wahai orang Islam ! wahai hamba Allah ! di belakangku ada orang Yahudi datanglah dan bunuhlah dia", melainkan pohon Gharqad tidak memberitahu adanya orang Yahudi berselindung dibelakangnya kerana ia daripada pohon Yahudi".
No comments:
Post a Comment