Aug 16, 2015

An apps for children eye alignment test & preshcooler's science of light book


Pertama, langkah awal menjaga kesihatan mata anak-anak untuk masa depannya. Kedua, persiapan hala tuju pendidikan anak-anak untuk masa depannya.

#malaysiaeyehealthawareness , #aplikasitelefonpintaruntukmata ,
Muat turun percuma. Periksa segera sebelum terlambat.

 Inilah perkara pertama yang saya katakan tadi. Aplikasi telefon pintar yang mampu membantu ibu bapa mengesan juling pada mata anak-anak di peringkat awal dengan mudah.

Tahukah anda, juling mata boleh menyebabkan anak-anak hilang fokus belajar dan mengalami simptom seperti pening dan pandangan terganggu?

#malaysiaprofesionalhealthsciencecourse
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dapatkan buku ini secara
 online di Karangkraf sekarang.

 Inilah perkara kedua yang saya katakan tadi. Buku ini menarik kerana menjelaskan keajaiban fenomena alam dengan Sains Optikal kepada anak-anak. Tahukah anda ramai rakyat Malaysia mengalami buta akibat kurang kesedaran tentang kesihatan mata? 

Dan tahukah anda, bidang Optometri merupakan salah satu kursus Profesional Sains Kesihatan di Malaysia dan mempunyai masa depan yang cerah? Rebutlah peluang ini untuk masa depan anak-anak tercinta.










May 31, 2015

Mee goreng. Verry the mamak.

Restoran Amal
 Tmn Jaya, Cheras.
 Bersebelahan bengkel motor Mr.John.

Semalam usai ke Jualan Gudang Karangkraf,
 aku pekena mee goreng.
 Verry the mamak.

Makanan ni seolah2 tak
 banyak songeh dengan selera tekak ni.
 Semacam senang je lalu dalam
 terowong oesophagus ni.

 Sesampai je kat perut, pintu duodenum pun
 macam tak cerewet sangat nak bagi masuk.
Aneh. Tu kadang salah makan, padah jawapannya.

 Hasilnya, apa lagi menari2-lah daku angkara mee
 goreng mamak yang sangat lazat ni.
 Boleh terbayang lagi aromanya dengan kuih
 yang digoreng dengan garing tu.

 Macam senang je mee
 goreng mamak masuk ke dalam-kan?

Sebenarnya, DNA yang tersemat dalam
 darah daging ni saling mengenali. 
Keturunan arwah nenek,
 mamak Penang.

Mak salu masak masakan kegemaran arwah nenek.
 Kari mamak. Sayur kubis atau peria goreng kunyit.
 Kadang rasum, sejenis sup seperti singgang.
 Begitulah cerita semalam.
Semua semalam. Takde lebih2. 

Die die must try!




May 2, 2015

Gelagat para pengunjung PBAKL2015

Adik-adik di #pbakl2015 sedang asyik membelek buku yang aku tulis!

Inilah gelagat para pengunjung ketika aku
 berkunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,
 PBAKL2015 semalam.
 Meriah beb!

 Cakap je booth mana, semua penuh dengan
 orang ramai yang hadir. Macam ulat.

Mana-mana aku lalu pun ada ulat!
 eh silaplah, orang! 

Antara buku yang sempat aku sambau semalam!


Pautan seterusnya













Apr 25, 2015

"Second child born"


Tak terkata dapat tengok air tangan sendiri berjaya diterbitkan. Setiap kali terbit, rasa seronok macam menimang anak pertama. Macam! haha..

Jum serbu PBAKL2015, PWTC!
Terbitan| Buku Prima Karangkraft
Judul| Apa itu Cahaya
Penulis|FRED OMAR


Pautan seterusnya 














Mar 18, 2015

Bila Putera Sg.Chua mula-mula kenal blog?

ridoma , chairman , shawlaris , jongkong emas , campuslicious chocolate , buku illustrasi kanak-kanak terbaik Malaysia

Saat awal mengenali dunia blog dan kenapa aku berbloging?
Pejam celik pejam celik kejap je dah 5 tahun aku berbloging. Alhamdulillah bertahan, walaupun masih tak layak bergelar blogger. Aku masih newbie. Banyak benda yang aku tak tahu. Bermula sebagai budak yang teruja menulis sebab nak bantu parents.

Dulu abah kerja swasta. Lepas bersara, income abah drop gila2. Tak macam orang kerja kerajaan. Tak cecah pun separuh gaji semasa dalam perkhidmatan. Kehidupan kami berubah. Makan pakai terpaksa dicatu. Mak kembali membuat kuih di usianya yang sepatutnya bersara masa itu.



 Blog-lah tempat aku meluahkan segala yang terpendam. Lama-kelamaan aku semakin mengenali dunia alam maya. Tipulah kalau aku menulis tapi tak membaca blog orang lain. Aku suka baca blog2 otai. Antaranya Blog cikgu SaDo, Ben Ashaari.

ridoma , shawlris , chairman
Jongkong

Motivasi Emosi Inspirasi dan melangkah lebih jauh dalam dunia aplikasi.
Subhanallah inilah bank pengalaman bagi aku. Alhamdulillah, erti susah mengajar aku eksplore lebih.

 Mak pesan, belajar rajin2 sebab adik-beradik sekalipun belum tentu boleh membantu kita kalau tak ada ilmu. Bukan cakap nak menghasut, tapi inilah realiti masing2 akan ada komitmen dengan keluarga masing2. Kita akan keseorangan bila mak abah dah takde.

 Jadi aku tekad untuk sambung belajar. Orang2 yang aku jumpa juga banyak memberi sokongan. Pengalaman sepanjang menimba ilmu di kampus banyak membuka cara aku berfikir. Macam2 ragam dan rintangan aku hadapi.

 Duit bukanlah segala-galanya, tapi duit jugak penting untuk kegunaan asas sepanjang di kampus. Makan minum pakaian aku serdahana. Asalkan aku faham dan lulus periksa. Aku boleh je hidup dengan berbekalkan sebatang roti Gardenia 60 sen untuk sehari. Ini sahaja makanan aku kalau malas nak fikir banyak.



Aku mula mencari sesuatu yang boleh aku jadikan duit.
Semestinya berniaga. Kelebihan menulis style jalanan yang aku miliki nak diasah sampai boleh dibukukan. Sindir, tawa, hina, perlekeh segalanya aku lalui begitu sahaja. Ditipu, tak dilayan dan tak diterima kerana tak cukup syarat sampailah ke penghasilan buku pertama yang hambar.

 Namun sedikit pun tak melunturkan minat dan kesungguhan aku, paling tidak aku dah berjaya maju selangkah daripada remaja2 lain yang sedang asyik dengan dunia mereka. Macam2 seni nak hidup atas dunia aku timba, sedikit demi sedikit.

 Tak susah. ada mata pandang, ada hati rasa, ada akal pertimbangkan. Itu sahaja mungkin tidak mencukupi. Sekadar hipotesis jalanan lagi tidak berlandaskan ilmu.

 Kemudian ada telinga dengar. Dengar pengalaman semasa berkawan. Semasa mengutip pengalaman, aku lebih gemar mengangguk kepala sambil memasang telinga dengan sungguh2. Paling sempoi, cara ini mengajar aku kesilapan orang lain.

 Aku tak suka cari musuh. Setiap orang adalah guru aku. Bagi yang pertama kali join dunia luar, kita ibarat anak ikan yang dilepaskan di lautan yang luas. Tak ada ilmu mati lemas atau mati dibaham ikan paus-lah kita.

Alhamdulillah aku dijauhi dari segala fitnah dan bencana sosial di sepanjang perjalanan yang gersang ini.
Rezeki semakin menjadi-jadi. Rezeki hasil terbitan buku, dan seterusnya kepada penjualan coklat homemade sehinggalah ke jongkong emas.

 Kaya tu belum lagi-lah, Alhamdulillah cukup untuk lepas diri sendiri. Ada lebih dapatlah bantu kaum kerabat terdekat yang memerlukan. Sesuatu yang menarik apabila orang yang kita sangka financial stable dan berkerjaya juga kadang-kala dalam kesusahan.

 Mungkin hal ini biasa bagi yang sudah bekerjaya, "biasalah tu, ko mana tau komitmen". Orang bekerja juga perlu membayar itu dan ini. No money freedom.

 Ini bermaksud pandangan aku selama ini salah, kerja itu bakal menutup segala kesusahan. Macam masa zaman abah kerja dulu, 4 orang anak dia taggung sampai masuk Universiti. Sedikit pun tak merungut tak cukup duit, barakah!

 Cuma aku sahaja yang tak sempat merasa kesenangan abah masa berkhidmat. Bahkan daftar masuk ke Universiti dengan duit kumpul berniaga. Inilah nasib anak bongsu yang kebanyakan orang sangka 'anak emas' atau 'anak manja' yang tak kenal erti susah.
prima karangkraft , buku kanak-kanak , buku illustrasi , illutsrasi sains kanak-kanak , buku addeen , penulis buku kanak-kanak terkenal Malaysia , buku pilihan Malaysia , Apa itu cahaya? , Mata pelangi the series , buku sains kesihatan kanak-kanak , optometry malaysia , optometry msu , eye center msu shah alam , msu malaysia
Buku illustrasi kanak-kanak

Aku berniaga untuk lepas duit belanja.
Syukur Alhamdulillah. Paling tidak tak aku tak sedih bila terpandang budak kecik jilat aiskrim depan mata. Serius sadis tengok orang membeli-belah dan makan angin sana-sini, sedangkan kehidupan kami juga dulunya seperti mereka, bahagia. 



 Dengan duit yang cukup2 ini, aku boleh survive tanpa mintak mak abah duit. Aiskrim bukanlah soal utama mengapa aku mencari duit. Tapi yuran belajar, peralatan belajar seperti retinoscopy, duit belanja seharian, dan sedikit yang ada untuk dikongsi bersama. 

 Dunia aku semakin sibuk. Sedar tak sedar, kadang berbulan aku tak update blog. Rasa berdosa apabila kesungguhan menulis semakin terpinggir, tak macam dulu. Sedangkan inilah platform aku mula2 melakar idea, berkarya sepuas-puasnya.

Berbekalkan laptop buruk dan berkarat.
Inilah yang telah membantu aku sepanjang mencari rezeki menulis buku. Tak percaya boleh datang ke rumah, tengok sendiri keadaan laptop ini. Bukan nak cakap apa, bateri pun takde. Direct current je.

 Silap2 sambil menaip terkena current, tu normal. Jari-jemari kena betul2 landing atas keyboard plastik ni. Kalau tak, ngilu beb terkena current. Aku bersyukur, berniaga menjadikan aku manusia yang lebih humble. Lebih mengenali Allah. Juga lebih manusia di luar sana.

 Semasa kita di kampus, keadaan yang cuba nak gambarkan ini mungkin tak berapa nampak. Persaingan antara kita hanyalah CGPA untuk mendapatkan segulung ijazah. Tapi di dunia luar, wang dan hutang mengubah segalanya.



Persaingan terbuka dan terdedah dengan pelbagai ancaman yang tak terduga.
Kawan makan kawan. Tu belum lagi tengok kawan yang jadi Hulk hijau. Hari2 tengok macam nak makan orang kat office.

Rupa-rupanya ada masalah hutang dan konflik dalaman keluarga. Puncanya duit. Susah banyak mengajar aku berterima kasih kepada Allah. Bagaimana dan di mana? Misi pencarian seseorang berbeza2.

Hidayah milik Allah. Ia dirancang dan disusun rapi oleh Yang Maha Esa. Kita hanya watak yang bergerak di muka bumi. Maka GPS-nya adalah agama. Ke mana sahaja kita merantau, jangan lupa rumah Allah. Jangan lupa pesan Allah. Jangan lupa pewaris pesuruh Allah.
 Merantaulah ke mana kita nak pergi, sejauh mana dan sesusah mana, In sha Allah selamat dunia akhirat. Indahnya hidup bersatelitkan Allah. 

 Kini penulisan tetap diteruskan, berniaga sambilan dan kecil-kecilan juga masih diteruskan. Alhamdulillah apa yang lebih menarik, aku dikurniakan orang sekeliling yang cukup berpengalaman untuk membantu.

 Apabila kita sudah biasa susah, tak susah untuk kita mengeluarkan idea yang kreatif untuk menyelesaikan masalah. Bermula dengan monkey see monkey do, kemudian berinovasi. 'Tiruvasi'. 












Mar 15, 2015

Apa itu Cahaya? Buku cerita illustrasi kanak-kanak pilihan Malaysia


"Di mana Sains berakhir, 
        di situlah kudrat Allah bermula.."

buku illustrasi kanak-kanak , buku illustrasi pilihan kanak-kanak Malaysia , buku illustrasi sains kanak-kanak , buku illustrasi kanak-kanak apa itu cahaya? , buku cerita illustrasi kanak-kanak 2015 , buku kanak-kanak 2015 , Children book 2015 , Illustration science book for children , Karangkraft Malaysia children book , buku prima karangkraft , prima karangkraft , Prima karangkraft book for children , #optometrymalaysiachildrenbook , #vissionscienceforchildrenbook , #primakarangkraft , #MOA , #penglihatanmata , #bukuillustrasikanak-kanak , #bukukanak-kanakterbaikmalaysia

Sinopsis| SIRI MATA PELANGI

Jalan cerita berkisarkan cahaya dan mata disampaikan secara santai dan bersahaja bertepatan dengan jiwa kanak-kanak. Permulaan kisah dimulakan dengan petikan daripada ayat Al-Quran yang bersesuaian. Info-info sains berkaitan cahaya diselitkan dalam penceritaan dengan penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami.

 Watak utama iaitu Zara digambarkan sebagai seorang kanak-kanak riang yang gemar bertanya tentang sesuatu kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Fakta berkaitan cahaya disampaikan melalui perbualan antara Zara dan bapanya seperti pergerakan cahaya secara lurus dan kelajuan cahaya berbanding kelajuan bunyi.

 Selain itu, fakta berkaitan cahaya seperti boleh dipantulkan oleh permukaan cermin dan permukaan bulan juga dibincangkan secara dalam perbualan. Buku ini juga menerangkan secara ringkas dan padat tentang sifat lain cahaya seperti pembiasan cahaya yang menyebabkan air di kolam renang kelihatan cetek dan pembentukan bayang-bayang. 






Mar 14, 2015

Penulis Cerita Sains Kanak-Kanak



buku kanak-kanak, sains kesihatan, sains penglihatan, sains mata, sains cahaya, Zara, Zara suka cahaya, karangkraft Malaysia, farid omar

Mempersembahkan buku bersiri Sains kanak-kanak abad ini, oleh penulis kreatif. Penulis bijak mengabungkan elemen Sains Kesihatan dan Agama dalam satu adunan yang mantap.

Harga | Semenanjung RM9.90 | Sabah/Sarawak RM12.90

Dapatkan segera buku cerita illustrasi kanak-kanak yang pertama seumpanya di Malaysia. Adunan idea kreatif penulis yang mengajak anak-anak mengenali ilmu Sains dan Sang Maha Pencipta. Semoga 'Allah is Great' bermain di bibir dan kekal di hati mereka.

 Doakan agar kelima-lima siri buku cerita penulis berjaya diterbitkan secara berperingkat-peringkat bermula April ini. Sokongan anda membeli buku cerita kanak-kanak 'APA ITU CAHAYA?', terbitan Buku PRIMA oleh KARANGKRAFT ini amat dihargai.



FARIDOMAR Apps