Nasib Si Drebar
Salam perkenalan ! Nama saya sel darah merah tapi kawan-kawan memanggil saya "erythrocyte", glamor katanya. Saya mengiyakan sahaja. Setiap hari saya membawa gas ke seluruh kilang sel. Tak kira siapa, siapa yang paling banyak, dialah yg akan jadi penumpang saya. Saya seorang yang pemurah, kalau manusia perlu membayar untuk menaiki kapal terbang, bas, teksi, malah kereta jiran sebelah rumah pun, tapi untuk penumpang-penumpang saya, mereka tak perlu bayar apa-apa. Baik kan saya ?
Saya berbentuk bulat, dengan kehadiran haemoglobin, warna saya menjadi merah. Ramai yang memuji tubuh saya yang comel, macam keropok Super Ring kata mereka. Saya tahu, sengaja saya buat-buat tidak tahu. Di bahagian tengah badan saya berbentuk 'biconcave', di situlah penumpang setia saya, O2 biasanya duduk. Jika kecil ruang di tengah itu, maka sedikitlah bilangan O2 yg dapat diisi. Saya menggunakan saluran darah sebagai lebuh raya untuk ke mana-mana.
Tugas saya adalah membawa pekerja-pekerja berbangsa O2 ke kilang penghasilan protin. Disana , O2 diperlukan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Tanpa O2, bahan-bahan lain tidak dapat membentuk tenaga.
Saya berbentuk bulat, dengan kehadiran haemoglobin, warna saya menjadi merah. Ramai yang memuji tubuh saya yang comel, macam keropok Super Ring kata mereka. Saya tahu, sengaja saya buat-buat tidak tahu. Di bahagian tengah badan saya berbentuk 'biconcave', di situlah penumpang setia saya,
Pekerja berkualiti, O2
(Tolong-menolong kan amalan mulia lagi berpahala...:)
Tugas saya adalah membawa pekerja-pekerja berbangsa O2 ke kilang penghasilan protin. Di
Kemasukan Pendatang Haram, CO2
(Kita serang!!!)
Setiap hari saya membawa O2 ke kilang, namun sejak akhir-akhir ini telah berlaku peningkatan jumlah CO2 yang semakin menjadi-jadi. Akibatnya, jumlah CO2 melebihi jumlah O2, ini menyebabkan bilangan O2 yang menaiki pengangkutan saya juga semakin sedikit. Kilang-kilang juga mengalami kegawatan, bukan gawat gara ekonomi atau mogok pekerja yang minta dinaikan gaji dan bonus setahun sekali, tapi kerana kurangnya bahan mentah utama mereka, O2. Kehadiran CO2 ke kilang-kilang industri ini sama sekali tidak diundang, tak pernah dipelawa. Keadaan di kilang sel kian meruncing apabila bilangan CO2 sebagai bahan buangan kilang bertambah dengan kehadiran CO2 dari luar yang semakin menjadi-jadi.
Sistem Industri Protin Terganggu
Operasi kilang juga semakin terganggu. Bilangan toksin dalam negeri meningkat. Segalanya menjadi kacau -bilau di seluruh negara. Inilah punca fungsi-fungsi asas yg lain turut terganggu. Saya tertanya-tanya juga, mengapa tiba-tiba kadar CO2 dalam tubuh yang saya diami ini bertambah dengan mendadak. Kadang-kadang, pandangan saya terhalang gara-gara ‘jerebu’ serius yang berlaku setiap kali tuan tubuh ini menyedut asap. Asap pun nak disedut? Ya betul, asap rokoklah! Saya begitu kecewa dengan tindakannya. Mungkin dia tidak tahu bahawa saya amat berdukacita dengan jumlah penumpang O2 yang makin sedikit. Mungkin saya perlu menjerit sekuat hati menyatakan bahawa kilang-kilang yang menghasilkan protin berada di ambang gulung tikar kerana O2 yang kurang. Tetapi, mungkinkah dia memahami bahasa saya?
Paru-paru dah tak cantik...
Semasa
saya melalui kawasan paru-paru, saya lihat warnanya tidak lagi seindah
warna asalnya. Ada tompokan-tompokan hitam di merata-rata kawasan
paru-paru. Saya singgah sebentar di kawasan paru-paru dan bertanya
kepadanya, siapa pula yang menconteng arang ke mukanya. Maka paru-paru
pun menceritakan bahawa sejak tuan tubuh ini merokok, dia sudah hilang
serinya. Bukan sahaja CO2 ligat menari-nari semasa
pertukaran gas berlaku, malah musuh-musuh sampingan lain seperti tar
dan nikotin juga menempel sama. Itu belum lagi dihitung dengan
bermacam-macam bahan kimia lain yang mengekor juga.
(Kan tak cantik...)
Jangan biar O2 pupus
Kasihan
saya mendengar cerita paru-paru. Mungkin kesibukan manusia sehari-hari
menyebabkan tuan tubuh ini terlepas pandang bahawa tubuhnya sedang
melalui frasa yang sangat bahaya. Tabiat buruknya yang merokok jika
dibiarkan secara berterusan boleh mengakibatkan kekurangan O2 yang kronik. Kenapa? Tak percaya? Keadaan
anaerobik ini pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin
berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem badan, menjadikannya
tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid
di dalam tubuh adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik juga
menyebabkan mutasi sel.
Macam-macam ada
Pernah
juga saya mendengar tuan tubuh ini terbatuk-batuk. Semua itu puncanya
adalah rokok ! Sudah tahu tapi dibiarkan sahaja. Tuan tubuh ini masih
muda lagi, tapi saya takut jika dia terpaksa terlantar menanggung
penyakit-penyakit yang sangat popular kepada penyedut asap rokok,
kanser, sakit jantung, kerosakan buah pinggang, khabarkan apa-apa
sahaja, macam-macam pun ada. Dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Usah tunggu sakit
Saya termenung seketika, bersandar di dinding aorta. Mengenangkan nasib diri yang semakin kehilangan teman sejati, O2. Makin membengkak hati saya apabila melihat CO2 menghambur
ke sana ke mari dengan riangnya. Saya hanya mampu berdoa agar tuan
tubuh ini segera sedar dari lenanya dan menghentikan segala malapetaka
yang berlaku dalam sistem tubuhnya sendiri. Janganlah ditunggu sakit
itu datang barulah mahu dibawa berubat ke sana ke sini.
No comments:
Post a Comment