Dec 1, 2010

hot Mocha.. romantik !

 Petir sana-sini. Hampir setiap petang, kebanyakan kawasan dilembah Klang mengalami hujan. Saya dalam perjalanan ke sebuah kedai di Bangi yang tidak diketahui lokasinya, setelah pulang menjaga mak di wad. (Eh pulang? keluar rehat je ya) Kebetulan giliran saya menjaga mak belum habis lagi.

 " kau nak makan apa-apa pergilah turun. Nah ambil duit ini ". Mak memberi saya lima puluh ringgit.

 " ok sekejap lagi orang turun." Saya mengiyakan sahaja ( hehe banyaknya duit...eh ingat, bukan duit aku. Gunakan mana yang perlu sahaja, selebihnya pulangkan kepada mak semula ).

 Hujan semakin lebat sewaktu saya tiba di Syeksen 3 tambahan di Bangi. Jarak pemandangan saya agak terbatas. Saya perlu lakukan sesuatu. Minda harus pantas merencana rancangan jangka masa pendek. Jika terlalu panjang, habislah perut kebuluran. 

 Alhamdulillah, dalam persinggahan tersebut saya telah di ketemukan dengan sebuah kafe
. Saya mencuba karipap putar berinti-kan sadin dan air Mocha panas. Tumpuan saya lebih kepada Mocha panas. Saya teringat sebuah rancangan yang telah saya tonton di televisyen suatu ketika dahulu. Rancangan berkisar tentang sejarah pembuatan kopi di negara-negara Asia Barat. Dalam rancangan tersebut, host-nya ada menunjukkan tradisi meminum kopi bersama sekeping cokelat bar.



 Saya telah mencubanya. MasyaAllah.. sedddap! terangkat saya dibuatnya. Seperti berada di alam fantasi. Saya mencuba sekeping cokelat dan sesudu Mocha panas lagi. Kesannya, saya hilang lagi dari tempat duduk ! ( hehe lupa diri kejap, rehat serehat rehatnya rasanya).

 Sambil menikmati juadah petang, saya membelek jam tangan. Terlintas dalam fikiran, saya harus pulang sebelum pukul lima petang. Kesian mak keseorangan di wad. Biarlah saya menemani mak. Abah sudah semalaman di wad menjaga mak, tentu letih. Saya harus pulang awal, kebetulan mak ada membuat pesanan makanan sebelum berpisah tadi. Katanya makanan di hospital kurang enak. Naluri kebiasaan bagi seorang pesakit.

 Saya memahaminya. Jadi saya harus pulang sebelum pukul lima petang. Tetapi cokelat dan Mocha panas seolah-olah berat untuk melepaskan saya pergi ( mabuk saya dibuatnya ! ). Sungguh romantik hubungan kami bertiga. Seperti sudah lama bersua. Rindu setiap kali saat disuapkan cokelat ke mulut. Lemak-lemak manis.. ( alamak terlebih sudah..). 


 Apa susah? bak kata abah dikala setiap kali menemui jalan buntu menyelesaikan masalah. Inilah kata-kata semangatnya sebelum meneruskan perjuangan.

 Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita..

 Berbekalkan kata-kata azimat itu, saya segera membungkusnya dan menghabiskan juadah enak saya itu sewaktu dalam perjalanan ke hospital..

14 comments:

misSbLurRy said...

gua nak try juga la....
ahahahah asik minum benda sama jerp kan

ridoma said...

hehe try la. terangkat punye beb!

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

singgah kenal2..thanks jadi sahabat iqbal =)

zirconia said...

macam best je nie. teringat mocha dah sekarang :D

Bee said...

wow sedap ni...pantang dengar mocha nii

ridoma said...

hehe mocha, capucino, kopi hang tuah..lalalalala mcm2 ada! hehe

shahjiehan said...

sedap woo coklat tuh~ mai sikit

Nurina Izzati said...

i luv milo more..
hehe
=)

shahjiehan said...

mc flurry oreo lagi sedap~

syamimihaziqah said...

erkk? tak pening ke? huhu

tapi mesti try ni. hehe

ridoma said...

ieqa: tp pening tp seronok terbang ke alam fantasi...hehe

Sya_Merpati Putih 88 said...

wah..sy pun minat air mocha & suka makan cokelat..tapi tak pernah try lagi hot mocha, slalu beli mocha ice blended jer..
~Semoga mak awk cepat sembuh ye..t.care..=)

ridoma said...

try dua2..sedap tau. em tq mendoakan kesihatan mak sy =)

nana said...

Hot mocha with chocolate bar ... Yummm! Plus hari hujan ... Ohmaiii~ Bestnya!!! Anyw, semoga mak awak cepat sembuh :)