Jalan mana2 pun tetap tak akan jumpa permainan atau anak patung yang berperwatakan animasi budaya malaysia. adakah ini kerana kadar kemasukan barang import lebih banyak sehingga menenggelamkan produk kita atau memang kita sendiri belum sedar untuk menghasilkannya? jauh sekali ketinggalan daripada negara jepun yang berlumba2 memperkenalkan pelbagai jenis alat atau permainan yang mempunyai latar belakang budaya sana yang pekat! mereka tidak malu bergelar orang jepun.
Saya pasti kita juga tidak malu bergelar melayu, tetapi penerapan watak2 animasi berbudayakan budaya sini masih lagi kurang. upin & ipin telah memulakan langkahnya, yang lain bila lagi? yang paling ketara sunway lagoon, mereka lebih gemar berpakaian seperti red indian dan mengagungkan hiasan senibina ala2 pyramid! apa kurangnya watak2 epik kita... salah ke berpakaian seperti pahlawan melayu hang tuah atau watak animasi seperti yang pernah ada dahulu silat lagenda,sambil berlatar belakangkan permandangan kampung2 melayu yang sy fikir menjadi kegilaan pelancong dari luar(terutamanya barat) apabila melihat kostum atau cara hidup unik bangsa kita.
Belum ada taman tema seumpama itu. Adakah dengan berpakaian serba tradisional nusantara, segala persembahan atau pergerakan mereka akan terbatas? Tak boleh naik kuda seperti orang red Indian? Tak boleh tiup api dari dalam mulut? Tak cukup Nampak gagah? Atau kos mengembalikan semua ini dalam satu taman tema standing Disneyland memerlukan kos yang mahal? Kesimpulannya, maka janganlah di salahkan anak2 kita sekiranya lebih tahu tentang animasi luar berbanding dalam negara sendiri dan janganlah memarahi mereka sekiranya dewasa kelak mereka lebih tahu budaya luar berbanding budaya bangsanya sendiri.
No comments:
Post a Comment