Pada mulanya tiada apa yang perlu diragukan. Segalanya seperti biasa. Sinaran mentari di waktu tengah hari memancar indah, aku dan dia berada dalam kereta baru sahaja pulang daripada pekan. Seronok rasanya dapat pergi bersiar-siar sambil mendengar cerita-cerita lama si rakan karib yang menarik ( yang pasti dia kali ini tak bercerita gebang hehe..).
Lepak bawah pokok sambil mencuba ABC, mee goreng mamak dan cendol. Masyaallah... seddap ! impian setiap insan yang pernah merasai pengalaman ini. Tinggi mana sekalipun jawatan anda, kalau sudah biasa ke tempat begini, pasti datang lagi. Tidak hairanlah sekiranya tempat ini seringkali dipenuhi ramai golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Dari si dewasa bertali leher sehinggalah ke kanak-kanak yang berseluar pendek (menemani emak hehe..).
Namun siapa sangka tempat kebiasaan kini dicemari ketidak ikhlasan ( uhh kecewa aku...). Sluurrrp.. ! sesedut ABC yang memebekukan otak aku. Seddap ! ( ada karan-lah, yeeehaa ! ). Rasanya sungguh mengasyikkankan ! seolah-olah sedang menari-nari, menjiwai warna-warni dekorasi di atas ais kisar ( hasil air tangan mamak ).
Sesekali aku tergigit kekacang yang ditabur dengan begitu yakin sekali oleh mamak itu ( tanpa menghiraukan cagu dihujung jari-jemarinya ). Ranggup sekali ! tiba-tiba..aduhai potong stim betul-lah hendak sambung bercerita dengan korang..
Sedang aku baik punya sedut ais kisar tadi menggunakan straw, pandangan aku terus terfokus ke arah nama yang tertera pada pintu lorinya ( itupun ihsan rakan karib aku tadi, kalau tidak.. sampai habis aku sedut ABC itu ). Nama empunya warung itu sungguh mengelirukan dan sungguh meragukan ( aduh sakit jiwa aku bila membaca namanya berkali-kali ! ). Apa lagi, dari suapan laju yang bertali arus tadi, terus tersentap selera aku !
Halalan toyiban ke ? apa nak jadi, jadi-lah. Suapan mesti diteruskan. Bezanya kali ini lebih perlahan, tidak lagi seligat tadi ( Tiada apa yang dapat mengugat ABC aku. Soal yang menganggu fikiran aku tadi, lepas makan baru aku fikir ya ? haha.. ). Cuma yang aku tidak puas hati, kenapa nama dia Mohamed Iqbal A/L Abdul Hamged ! mana pergi bin-nya ( agrkh sangsi ! ) ..... = (
9 comments:
hahha,anak lelaki.
tu la pasal, suka suki je tarok nama dia macam tu kan ! ish2..tak patot
tiada yang benar melainkan benar belaka drp rakan karib tu, xde gebang2nya, hahah, sakit perut aku x ilang lagi la, len mcm je, mlm ni aku g kencing kat kedai die, hahaha revenge2
yang rasa2 tu x pasti la, tapi yang pasti perut kitorg memang sakit... kau la g terjah berdasarkan kes yg berlaku arini, and that should be you hehe ni aduan rakyat ni, karam singh , nas ahmad xmenla... hahaha
Asal pulak laa korang nak salahkan mamak yg TIDAK bersalah tur lengkali nak makan 'cendol' pi periksa dulu tuan punya kedai ISLAM or HINDU skunk dah bayak kedai mamak yg diragui kesahihannya... :) 'pendapat dari orang yg mmemang tak minat makan cendol' hehe...
mula2, mamak beerti india muslim. masalahnya dia berkupiah, kami pula berhusnuzon ( bersangka baik hehe..). almaklumlah sudahj bertahun kami ke situ. sejak zaman sekolah. selepas baik punya makan, baru kami perasan nama pada lorinya sedikit pelik (bukan sedikit, pelik banyak ! haha). kalau dari mula, mmg kami tak makan.
erkkk..?? dia xtukar nama kot.. ha3~
p/s: keen follow blek ni.. thanx yep.. slmt berkenalan yep~ ^_^
p/s p/s: erkk..?? kenal mana zarkashi tuh? =.="
NISS perasan bende ni da lame sejak keje LHDN..semak2x..borang cukai..huhuhuh..mase tu pelik gak..tgk kat dalam borang bangsa adalah agama lain selain islam...skang ni kalo nak mkn kene siasat dulu..;P
Niss: oyeke? huhu bahaya ni.. di malaysia mungkin sdikit janggal dgn pengunaan nama seperti ini. tetapi di luar negara mungkin tdk, malah satu kebiasaan di negara yang agama islamnya tdk berapa di pantau serius..
Post a Comment