Dec 13, 2010

KUALA LUMPUR seribu satu macam cerita, selesai sudah sebelum..

 Kakak aku hendak kahwin. Dia hendak kahwin. Aku pula yang kena memandu (ah malasnya !). Mujur jalan di Kuala Lumpur tidak sesak. Letih, bukan kerana letih memandu tetapi letih berjalan. Almaklumlah menemankan orang perempuan membeli belah-lah katakan. Semalam aku, abah + mak, along + laki dia, alang + tunang dia ke jalan Tunku Abdul Rahman, KL.


Abang ipar aku berjalan menuju ke kedai makan.



 Usha kain untuk bermacam jenis sesi (baju potong kek, baju bersanding, baju malam berinai macam-macam lagi..), kata mereka. Bagi aku, jalan-jalan cuci mata. Aku suka tengok orang ( jeng jeng jeng ! mata ku hebat, memikat dan terikat  haha..).


 Bukan sebab benda lain ek...! Aku suka berfikir tentang kelakuan sesorang. Tentang mengapa jadinya begitu dalam tiap-tiap perkara. Utungnya aku, kali ini aku berada di takungan masyarakat yang bermacam ragam !, KL.. ada yang menghiburkan, ada yang menimbulkan simpati dan yang menjengkelkan ( haha macam-macam ada..).


Saat bahagia.. senget pokok ditariknya tadi !

Ramai gila Myvi ! Apalah dia-orang cari..


 Lepak di K.L kali ini, tidak banyak seni bina bangunan yang aku diagnose ( rata-rata sudah banyak yang aku tahu). Aku lebih gemar memilih manusia sebagai mangsa cernaan otak. Bukan kenalan nafsu yang memandu minda, sebaliknya usaha mencari alasan mengapa terjadinya sesuatu dan penyelesaiannya. Kuala Lumpur adalah bandar, belum lagi mencapai status Metropolitan.


Suasana harmoni orang kita melintas jalan.. ( inilah yang orang luar suka tengok.. Barack Obama cakap, contohilah keamanan Malaysia, kerana sebahagian daripada budaya di dunia ada disini. Shah Rukh Khan cakap, Malaysia adalah destinasi pengambaran yang menarik ! Dia nak joget kat tengah-tengah jalan tu, dicelah-celah kepelbagaian bangsa)

Ups mereka main  tembak-tembak mengunakan pistol bubble ! ( Nasib baik tak masuk dalam hidung aku..)

 Terkandung di dalamnya ( KL ) seribu satu macam cerita malam yang dibawa ke siang. Hari ini ke esok. Esok ke lusa. Namun ada sahaja yang selesai sebelum fajar menyising. Kotanya sesak dengan orang. Situasi terbaru, sedih apabila aku melihat warga asing menjadikan KL semacam kota di negara mereka sendiri ( Sebenarnya bukan-lah baru sangat, sudah lama ).


 Halamak lagi sorang... sekejap lagi berebut kawasan, mula-lah peperangan !


Globe, dan Semua House. Shopping center dulu2. Sebelum SOGO, mak aku ke sini-lah.

 Chow Kit, masyaAllah.... sendat ! Semua kaum kerabat mereka ( warga asing ). Ada sekali dulu aku berjalan dengan rakan-rakan selepas pulang daripada membeli buku di Kamal bookstore SDN. BHD. Gatal, sengaja hendak berjalan kaki.

 Kononnya berjalan kaki sambil menghayati suasana kota. Hendak dijadikan cerita, aku tersalah masuk kawasan. Semua orang-orang dia ( warga asing ).

 Siap layan lagu dangdut lagi. Pandangan-pandangan pelik pula tidak habis-habis mengekori pergerakan kami. Apa lagi, aku dan rakan-rakan segera mencari jalan keluar.


Restoran kegemaran arwah atuk aku kalau berkunjung ke sini.

Gelagat seorang mamat sedang mencari rezeki. PENJUAL RANGKA BOLA  WARNA-WARNI ! Membazir je, dapat dekat anak buah aku, sekejap je terbarai !


  Semalam aku dan keluarga ke Semua House. Sambil itu singah jugak di Gulatis ( Kedai Banggali jual kain. Dulu Banggali naik basikal jual kain, sekarang Banggali sudah berjaya. Berderet francais dia-orang haha..!).

 Jadi seorang lelaki ( lelaki tampan macam aku hehe..), lebih mudah. Tidak banyak songeh macam orang perempuan. Tidak perlu bersusah dan payah memikirkan soal baju, yang penting menutup aurat dan selesa cukup sudah. 


Yang istimewanya bola ini, ia boleh mengembang dan menguncup ! Bila disepak ia akan mengembang dan kemudian kuncup semula...



 Kelihatan orang ramai ke pasar malam di lorong belakang kedai. Pelancong luar negara ada, pelancong dalam negara juga ada. Biasanya pelancong dalam lebih ramai mengalahkan pelancong luar.

 Pakaian tok sah citer, macam pertama kali datang ke negara beriklim khatulistiwa ! Semua nak didedahkannya. Lupa daratan, asal usul makan belacan ! Sedih, orang Melayu kita juga. Mat saleh pun tahu hendak mengenakan pakaian yang sopan-sopan.


Suasana malam di kota raya KL..



 Sesekali tengok makanan di pasar malam, terliur juga aku dibuatnya. Bila difikirkan soal kebersihan, terbantut selera aku. Orang di situ, jangan cakaplah..masyaAllah... ramai tidak terkata ! Nta apa nta yang diaorang cari.

 Dari siang sampai ke malam kami di situ. Akhirnya mereka selesai berurusan dengan mak andam dan membeli kain. Kuala Lumpur.. seribu satu macam cerita, selesai sudah sebelum..

No comments: