Feb 1, 2011

Asta lavista bebey ! haha...

 Pertama kali dalam hidup aku menunggu makanan di restoran lebih dari sejam. Lapar bertukar mejadi sebu. Sedih, mak dan abah turut terlibat dalam konspirasi restoran ini ( aku tak apa lagi, sebab aku muda hehe..). Mak dan abah sudah tua. Kesian mereka, mesti lapar dibuatnya. 

Kita nak bantu bangsa sendiri, tapi bangsa sendiri ambil kesempatan pula..


" jom kita balik je-lah.." Kata aku.

" ish jangan, kesian kat orang ni. Mana tahu dia dah masak untuk kita." Balas mak.

 Lima minit kemudian makanan yang mak dan aku pesan sampai. Sepuluh minit kemudian, kami habis makan. Namun makanan yang abah pesan tetap tidak sampai. Kesian abah. 

" jum kita makan kat kedai lain je-lah..". Aku bersuara lagi. Kali ini mak dan abah bersetuju. Kami sebulat suara angkat kaki. 

 Aku terlebih dahulu ke kereta ( sebab aku pemandu rasmi untuk mak dan abah). Mak dan abah ke kaunter bayaran.

 Beberapa minit kemudian, mak dan abah masuk ke dalam kereta. Abah meminta aku menyemak semula bil. makanan tadi. Ada sesuatu yang tidak kena kata-nya. Betul, ada yang tidak kena dengan harga yang tertulis di atas resit kami.

 " kenapa harga dua orang makan rm 40 ?! ." Aku bermonolog sendirian. Menyirap darah aku tengok resit makanan ini.

 Punya-lah aku berhusnozon sejak awal menanti makanan tadi, boleh pula dia mengambil kesempatan ke atas kami. Abah dan mak turut berasa tidak puas hati. Kata-nya mungkin ada pesanan yang tidak dihantar, tetapi di kira juga. 

 Aku dan abah berpatah balik ke restoran tersebut. Kami berasa tidak puas hati dengan harga yang dikenakan. 

 " oh ya ini harga makanan encik tadi. Tiada masalah apa-apa pun ." Selamba badak mamat di kaunter bayaran itu berbicara. Dia tidak tengok ke apa kami makan ?

 " eh encik, awak tersalah kira ni. Ada pesanan kami yang tidak di hantar, tapi encik kira juga ." Abah mencelah.

 " eh tak ada lah pak cik.. ni yang pak cik makan tadi." Dia kental dengan hujahnya, tidak sedikit pun berasa salah. 


 Bahkan semakin meninggi suara kepada kami. Mungkin dia beranggapan abah sudah tua dan tidak mampu mengira dengan baik. Jika itu sangkaannya, dia silap. Abah bukan calang-calang orang ( otak abah macam kalkulate haha..).

 " tadi ayah saya tak dapat pun nasi goreng cendawan. Satu lagi, awak jugak cakap udang goreng tepung sudah habis. Tapi mengapa awak kira jugak ? ." Aku bersuara rendah dan tenang. Emosi kalau boleh dijaga serapi mungkin. Takut-takut darah Bugis yang mengalir dalam tubuh ini menguasai diri.

Mamat yang bertugas dikuanter bayaran. Sempat juga aku ambil gambar dia.

 Aku ingat dia sudah mula sedar dan terasa malu. " Bak sini duit pak cik ! ." Sekali lagi tinggi suaranya. Alasannya dia mahu kira semula. Menegakkan benang yang basah.

 Aku geram gila ( rasa cam nak hempuk je muka dia. Aku peduli apa, customer always right kan ?! ). Nasib baik bapak aku pandai kawal keadaan. Dengan tenang, dia berdiplomasi sekali lagi.

 " Mari sini, saya kirakan untuk awak pula ", kata abah sambil memotong senarai pesanan makanan yang kami tidak terima. Satu persatu kami terangkan.

 " oh ya ke ? maaf-lah saya silap ." Akhirnya dia akur. Merah padam muka mamat kaunter bayaran itu.


Sebaik sahaja selesai.


 " Assalamualaikum ".  Ucapan selamat tinggal aku kepada mamat tadi dengan gaya seolah-olah hero yang baru sahaja menang dalam pertarungan ( Asta lavista bebey ! haha...) sementara mamat itu pula tercengang badak melihat kami meninggalkan restoran mereka.

8 comments:

logorithm said...

Teruk giler ah!

Jimie SC said...

mark terus beb restoran tu...

zirconia said...

oh restoran nie memang terkenal dengan kelembapan dia. mahal pulak tu. skali terkena terus serik nak makan situ lagi.

respek la kat abah anda sebab boleh bersikap cool macam tu :D

ridoma said...

logorithm: haha teruk memang teruk.. tapi kalau bukan kita, siapa lagi nak bantu mereka.. nasihat dulu.

skype crew: haha mark dgn cat merah mcm crita p.ramlee - ali baba.

zirconia: hehe mmg sy bjaya jd cool pon, kalau x da lama kaunter tu terbalik hehe (gurau je..)

Hanis Azla said...

aduhai, sangat melampau.. bagusnya boleh bersabar mcm tu.. semoga kelembutan dan kesabaran yang dipamerkan menjadi pengajaran buat org tu berubah kepad yg lebih baik lagi..

Anonymous said...

padan muke. orang bodoh yang sombong.
lagi satu nak tanye nih "berhusnozon" tu ape kebendenye? ~ garu2 pale

ridoma said...

hanis: insyaAllah..

n!da: husnuzon = bersangka baik.

LiYAnA sYAmiMy ♥ said...

huh.. restoran mane ni???
berani gile ko amik gambar die.. ha~.
dont mess with farid if u dont want ur picture to be taken.. bahaye~~ hha..

darah bugis? same ar.. aku un ade darah bugis belah bapak. kite sedare ke?