Jan 23, 2011

wHAT Malaysia have done to malaysian ? ! extreamly stupid.

Kisah perjuangan Ismail lepat.

 Umum mengetahui, rakyat ibarat Tauge. Lembik. Lemah. Tetapi sedap dijadikan hidangan sampingan dalam apa-apa hidangan utama kita kerana kerangupannya. Tauge dipukul patah, memukul pun patah.

 Kita tidak diberi peluang membela nasib. Kata mereka, " Suara-suara lantang tauge yang berkumandang di angkasa, harus pantas dicantas ! ."

 Bukan sekadar tauge, kalau boleh tauge yang jenis mendengar kata. Dipermulaan yang serba ringkas ini, sayugiya saya mengingatkan yang baik boleh kita ikut, tetapi yang salah jangan sesekali.

 Seiring dengan perubahan zaman yang semakin pesat membangun, minda-minda segar harus segera bangun dari tidur yang lena dan dipacu ke jalan yang diredhai Allah. Kini bukan lagi masanya si buta meraba-raba dibawah cahaya mentari. 

 Apakah tauge selamanya lembik ?

 Apakah tauge selamanya hidup sekadar menyerah nasib untuk dikunyah ranggup ?

 Tauge tidak boleh bertukar menjadi kuat, sekuat batang pohon gergasi. Melainkan semua tauge bersatu erat. Selaku rakyat yang berkuasa memilih mereka, adakah kita akan membenarkan ketidak adilan berlaku dengan sewenang-wenangnya ?

 Oleh itu, kumpulan yang hebat, adalah kumpulan yang masih berpegang pada dasar-dasarnya. Bukannya yang berubah-rubah, ibarat sekali air bah, sekali pantai berubah. Bermakna mereka lupa pada miqasid asal perjuangan mereka. Jika ini yang kita benarkan, maka kelam-lah masa depan..

4 comments:

zirconia said...

perumpaamaan yang menarik. taugeh ye? bersatu itu kan kuncik kejayaan :D

ridoma said...

hehe taugeh ada sedap punya.. mkn dgn bihun.. masyaAllah...... sedddap !

Jimie SC said...

din..anda mmg berbakat dlm bidang penulisan.

keep it up & saya sokong dgn kenyataan sastera anda...

ridoma said...

skype: terima kasih