Jun 19, 2011

Andai Ridoma diberi peluang.

Hasil imaginasiku selepas membaca Surat Najib untuk PBB

 Andai Ridoma diberi peluang memiliki 2 juta USD. Pertama sekali, aku berhajat memiliki syarikat sendiri. Langkah seterusnya, aku berhajat memiliki sekurang-kurangnya 51% share dengan syarikat buku di sekitar Kuala Lumpur.

 Mengapa ? ha... sebabnya aku hendak satu-kan kedai-kedai buku ini, di samping membantu syarikat yang situasinya, seperti hidup segan mati tak mahu ( kih kih kih =P ). Semua kedai buku akan bernaung di bawah Ridoma ( hehe perasan lebihkan ?). Startegi ala-ala KPJ Health Care.

 Selain itu, aku berhajat membuka sebuah francais Mc Donald. Bukan apa, aku sekadar berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai sistem yang digunakan mereka. Terutama-nya berkaitan hal-hal seperti pengurusan. Selepas itu, baru-lah aku akan membuka sebuah restoran fast food ala Malaysia aku sendiri. 

 Kebetulan sudah ada dua idea, aku bercadang mengabungkan kedua-duanya. Sebuah restoran Ridoma yang berkonsepkan 'restoran dalam kedai buku' atau 'kedai buku dalam restoran'. Amacam boleh tidak ?

6 comments:

saudagar kerbau said...

komen gambar..

hang nak pi lawan israel pakai keris??? tu dia eyh...inilah org kata berpantang maut sebelum ajal...

ridoma said...

lawan tetap lawan! haha melayu pantangg di cabar

Anonymous said...

act, plan tu ok gak..aku ade jumpe ctyle tu..rasenye name restoran tu library kut... kat KL ade...

tp bukan restoran sangat la..die mcm cafe.. (^_^)/ gud luck

ridoma said...

anoynymous: haha aku suka2 jela.. Mana mungkin aku dapat peluang tu kat dunia realiti ni beb ? but thnz coz sudi brkongsi =)

ridoma said...

umum: gambar diatas sebenarnya related dengan ayat dibawah.. tp ia memerlukan kritikal thnking! =)

Terbang Bersamaku said...

sy pun ade cita2 nk bukak restoran yg ade kemudahan mini library, so then customer boleh sewa buku2...

tp ia masih jadi cita2 yg tergantung, entah bila dpt dlaksanakan....huhuhu..:p

btw, smoga cita2 kamu akan tertunai jua, smoga menjadi usahawan bjaya 1 hari nnti.....good luck ye...:)