Jun 12, 2011

Malam ke 5-10 bulan Rejab.

Malam ke-5.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala empat puluh siddiq dan empat puluh syahid, serta dia akan berjalan di siratol mustaqim bagaikan kilat yang terang dengan menunggang kuda daripada cahaya.

Malam ke-6.
Rasullah s.a.w bersabda,sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung denga ayat Kursi sebanyak tujuh kali pada setiap rakaatnya, maka dia akan dipanggil dari langit dengan pangilan, " wahai hamba Allah, engkau adalah wali Allah yang sesungguhnya. Untuk setiap huruf yang engkau baca, engkau mendapat syafaat daripada kaum Muslim dan bagimu 70,000 kebaikan, yang itu lebih baik di sisi Allah daripada gunung-ganang yang ada di dunia."


Malam ke-7.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas tiga kali kemudian disambung lagi dengan membaca surah An-Nas dan Al-Falaq masing-masing sekali pada setiap rakaatnya, kemudian selesai solat membaca selawat sebanyak sepuluh kali dan membaca,

Maha suci Allah; segala puji baginya-Nya; tiada Tuhan selain Allah; Maha Besar Allah,

Sebanyak sepuluh kali pula, maka Allah akan menuanginya dengan 'arsy-Nya, memberinya pahala orang yang berpuasa pada bulan ramadhan, para malaikat meminta keampunan untuknya sehingga solatnya selesai, Allah meringankan tekanan dan siksaan dalam kuburnya, dia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga dan Allah memberinya keamanan pada hari yang paling menakutkan.


Malam ke-8.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-fatihah sekali dan disambung denganh surah Al-Ikhlas, Al-Kafirun, An-Nas dan Al-Falaq masing-masing tiga kali pada setiap rakaat, maka Allah akan memberinya pahala mereka yang bersyukur, yang sabar, serta memasukaknnya ke dalam golongan siddiqin.

Malam ke-9.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan di sambung dengan surah At-Takatsur sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan mengampunkannya, memberinya pahala seratus kali haji dan umrah, menurunkan beribu rahmat untuknya, menjauhkannya dari api neraka sebelum dia bangun dari tempatnya dan jika dia meninggal dunia sebelum berlalu lapan puluh hari sejak dia mengamalkannya maka dia dinyatakan mati syahid.

Malam ke-10.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua belas rakaat setelah Maghrib pada malam ini dengan membaca surah Al-fatihah sekalin dan disambung dengah surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan mendirikan untuknya istana yang tiangnya dibina daripada batu yaqut merah di syurga.



Rujukan: kelebihan & Amalan di Bulan Rejab, Syaaban & Ramadan-Cetakan kedua 2009.

8 comments:

Aida Omar said...

entry bermanfaat..
banyak kebaikan dari malam2 tersebut kan..
tnkz kongsi benda nie..

NURUL AINI NORAZMAN said...

terima kasih berkongs,.sgt berguna,.=)

Fariduddin El-Islam said...

aida omar: terima kasih, insyaAllah selagi berkesempatan dan terdaya sy akn tulis lg entri ini

Fariduddin El-Islam said...

nurul aini norazman: sama2..

ceritasekupang said...

nice share bro...

Fariduddin El-Islam said...

ceritasekupang: =)

Nabila Nadzeri said...

ruginya dah terlepas :(

Fariduddin El-Islam said...

xpew2..still ada masa lg. mlm ke 10 dan seterusnya.. insyaAllah saya akan updtd