Nov 30, 2012

Dua kisah yang mengubah dunia


 Anak muda, tercari-cari rentak meredah onak duri kehidupan. Semoga saya tidak alpa dalam perjalanan.

 Takut, was-was. Bukan tidak yakin, kerana semuanya dalam peringkat percubaan di usia ini. Alhamdulillah makhluknya masih dipimpin andai bersyukur.

 Ia adalah cahaya, cahaya tidak datang dalam kegelapan. Sebaliknya cahaya pula yang menerangi kegelapan. Ia tidak datang bergolek.

 Perlahan-lahan ia kembali menyusun skrip hidup ini. Gembira setelah kekosongan selama ini terbayar dengan rahmat-Nya.

 Syukur alhamdulillah. Selaku anak muda, tiada lain selain mencontohi dua kisah ini, lantas merubah paradigma untuk terus mengangkasa peribadi dan matlamat hidup.

 Biarlah hidup dan mati ini, kerana Allah. Dua kisah ini telah memberi saya ilham, agar mendidik diri ini semoga berjaya dalam perniagaan, memberi ilmu tidak terperi, dan jangan sekali hidup meminta-minta.


Kisah seekor burung & Nabi Ibrahim as

 Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu.

 " Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

 Lalu dijawab oleh burung tersebut, " Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."

 Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim.”


Kisah seekor semut & Nabi Sulaiman as

 Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut.

 “ Wahai semut ! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun ? ”

 “ Sebesar biji gandum,” jawabnya.

 Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, di dapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

 “ Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

 “ Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut.

 “ Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

 Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri.

 Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya.

 Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.


 Bagi anak-anak muda yang masih tercari-cari, renungilah kata-kata semut dan burung dalam dialog di bawah. In Shaa Allah inilah kisah yang mampu memberi inspirasi buat-mu, memandu semula halatuju destinasi buat-mu, sekaligus menginjak tinggi lagi prestasi buat-mu.

Burung..
Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.- Sumbanganmu dalam memberikan sesuatu atau berdakwah, walaupun sedikit namun dikira usahanya.

Semut..
Aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah dan dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku.- Kebergantunganmu dalam mencari rezeki hanyalah kepada Allah.




6 comments:

✿INA AINAA✿ said...

sedangkan binatang pun utamakan Allah, takut pada Allah.. kalau manusia ni tak mahu ikut perintah Allah, lebih teruklah dari binatang

farid omar said...

=)

Aisyah Sanusi said...

following you ! follow me back !

farid omar said...

Siti aisyah:
In Shaa Allah..

Anonymous said...

nice story for us :D

farid omar said...

Nurul Izzaty;

Teruskan =)