Aug 28, 2011

Bahaya Darwinisme

 Kata orang, manusia melalui tiga fasa sebelum memasuki zaman manusia moden seperti hari ini. Berbalik kepada buku teks sejarah, zaman Paleolitik berlaku sekitar 50 k- 100 k tahun dahulu, zaman Mesolitik sekitar 35 k- 10 k tahun dahulu, manakala zaman Neolitik sekitar 7 k tahun dahulu.

 Tiga fasa ini mengambarkan kronologi perkembangan dari segi pencapaian ilmu manusia yang mempengaruhi segala aspek kehidupan. Namun semuanya ini sekadar teori semata-mata. Beberapa ciri Paleolitik yang sudah berjaya membentuk stigma senget sebelah semenjak di bangku sekolah adalah lebih elok tidak diterima bulat-bulat.


 Dikatakan manusia pada zaman tersebut mengamalkan animisme, bertutur mengunakan bahasa isyarat dan jahil ilmu, tidak benar sama sekali. Apatah lagi sekiranya asal usul kejadian manusia disandarkan mentah-mentah kepada teori berpuaka Darwin, hujahnya sama sekali ditentang golongan ahli agama mahupun ahli saintis.

 Menurutya, manusia adalah makhluk yang terhasil daripada proses evolusi. Misalnya, mutasi pada DNA sel boleh mengakibatkan lahirnya spesis baru. Mana mungkin beruk dikatakan asal usul kejadian manusia. Sukar diterima akal !

 Jika benar, mengapa sehingga ke hari ini semua beruk sedia ada di dunia tidak bertukar menjadi manusia ? sedangkan ahli saintis sedunia sebulat suara membuktikan, sebarang mutasi pada DNA pasti mengakibatkan keabnormalan kepada kehidupan dan bukannya kesempurnaan.

 Masakan kepercayaan umat Yahudi, Nasrani dan Islam dipersendakan. Menurut kitab-kitab mereka, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Nabi Adam a.s, jelaslah dalil daripada kitab suci ketiga-tiga agama ini bertentangan dengan dakwaan palsu Darwin mahupun seperti apa yang tertulis pada buku teks sejarah.

 Kemudian diceritakan pula dalam kitab-kitab suci mereka, Allah SWT telah mengajar Nabi Adam a.s ilmu sebelum baginda diturun ke muka bumi selain mampu berkomunikasi dengan pasangannya, Hawa. Maka guru kepada manusia yang pertama adalah Allah SWT, mana mungkin manusia zaman awal sejahil gambaran Darwin mahupun buku teks sejarah.

 Dunia hari ini khususnya dunia Islam telah dimomok-momokkan dengan pelbagai fitnah (penipuan,pemalsuan,pembohongan, putar belit manusia bertuhankan syaitan) sehingga kita terkeliru dan tertewas.

 Ironinya, kini bangsa pengfitnah semakin menjadi-jadi dan kian di agung-agungkan masyarakat yang lena diulit mimpi indah. Inilah bukti kejahatan mereka dalam usaha menyesatkan umat Islam akhir zaman. Selaku umat Islam, sewajarnya kisah kronologi kewujudan manusia di dalam kitab suci Al -Quran dijadikan pedoman.

Waallahualam..

2 comments:

Unknown said...

The birth of the human being according to Al-Quran:

“We created man from an extract of clay. Then We made him as a drop in a place of settlement, firmly fixed. Then We made the drop into an alaqah (leech, suspended thing, and blood clot), then We made the alaqah into a mudghah (chewed substance)…” (Quran 23:12-14)

ridoma said...

Adapun begitu, masih ada sesetengah umat Islam yg menyokong teori Darwin dgn cuba mengaitkan ayat Al-Quran di atas secara membuta babi.

Misalnya, "We created man from an extract of clay"...

Mereka dgn mudah mengaitkan asal usul kejadian manusia dgn tanah, berpandukan teori evolusi Darwin mentah-mentah.

Darwin ternampak seekor katak melompat keluar daripada lumpur, lalu Darwin mendakwa asal usul kejadian katak adalah daripada lumpur melalui proses evolusi dan seterusnya mutasi.