Aug 21, 2011

Di mana kita tatkala diperlukan...

Wonderpet, Wonderpet,
 kami datang, membantu mereka yang di dalam kesusahan..

Apa yang penting ? kerjasama..

Bangun seawal pagi mengajarku seribu erti kehidupan. Apatah lagi bangkitku sejak dilahirkan sebagai seorang Muslim dengan izin Nya. Alhamdulillah atas petunjuk kurniaan Mu Ya Allah..

 Sedutan udara segar ke dalam paru-paruku bukan sekadar membawa masuk gas oksigen yang mencerahkan lagi setiap sel darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah, bahkan kehadirannya yang tersemat alunan zikirullah turut membantu menyuburkan lagi sel-sel tubuhku ini dengan izin Nya. Alhamdulillah atas kesihatan kurniaan Mu Ya Allah.


 Namun khabar pagi ini tidak semena-mena membuat aku terasa sejuk mengigit jiwa, berita di dada akhbar seolah-olah mendung. Hilang nafsu membaca dibuatnya.

 Apa khabar anak-anak kecil yang sedang ditarbiah pengikut agama lain?

Wajarkah kita selaku masyarakat yang intelektual lagi perihatin berdiam diri sambil memerhati daripada jauh atau mengambil kesempatan menyalahkan pihak-pihak tertentu ? 

 Adakah masih ada masa untuk kita berkelahi ? Sejak bilakah politik berperanan memisahkan umat Islam yang berbeda parti untuk terus bekerjasama ?

 Di manakah kita sewaktu seorang guru memberitahu..

 Kalau kamu tidak nyanyi, cikgu tolak markah !

 Lantas anak muridnya menjawab dan terus bernyanyi..

 Baik cikgu !.. hari ini ku rasa bahagia, berkumpul bersama saudara seiman, Tuhan Jesus sudah satukan kita, tanpa memandang di anatra kita. kau sahabatku, kau saudaraku, tiada dapat memisahkan kita..

 Ramai yang tidak berpuas hati. Tidak kurang juga kepada pihak yang menangguk di air keruh. Persoalannya di manakah kita ?

 Dikala pada tahun 2000 seorang guru merangkap usahawan berjaya di kawasan Tanjung Karang menawarkan bayaran RM 2 (atau kadangkala secara percuma kepada mereka yang benar-benar tidak berkemampuan) sekali masuk di pusat tuisyen-nya, demi membantu anak-anak kampung yang kurang berkemampuan. Di manakah kita ? Adakah kita juga sedang mendekati usaha murni seperti ini ?

 Malangnya masih ramai rakan senasibnya tidur sambil diulit mimpi, enak dibuai wang ringgit bukan kepalang jumlahnya. Mengapa timbul isu kebajikan jika benar umat Islam masih berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah ?

4 comments:

Anonymous said...

Mengapa? Maknanye umat Islam keseluruhannya masih tidak berpegang teguh la.. Not all, only half or some of them. Let us reflect ourselves~

Or....
Mungkin pihak atasan yang 'bermasalah', kerana biasanya rakyat sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Wallahu a'lam~

ridoma said...

Bukan urusan kita untuk menentukan seseorang itu berpegang teguh atau tidak.

Rakyat merujuk kepada masyrakat sekeliling. melihat kembali kepada contoh yg diberi seperti guru di TK, itulah yg dikatakan rakyat sudah menunaikan tangungjawab.

Ingat semula seperti mana yg disebut2 dalam islam, rakyat dan pemimpin seharusnya berganding bahu. andaikata segalanya dilepaskan kepada pemimpin larat ke mereka hendak laksanakan?

Anda sendiri jika diminta melaksanakan segala urusan dari a-z pasti anda juga tidak mampu.

Anonymous said...

Ana rasa, rakyat sudah menunaikan tanggungjawab apabila melakukan ape yang dituntut oleh Islam sebagai seorang rakyat, bukan hanya taqlid semata2 kepada guru ataupon org atasan.

Ya, ana setuju dgn pendapat anta. Rakyat & pemimpin perlu berganding bahu... tetapi dalam menuju mardhatillah, bukan sebaliknya...

Sebagai contoh, kekasih kita, Rasulullah s.a.w, baginda tidak melakukan segala2nya secara berseorangan. Marilah kita mencontohinya dlm melakukan segala2nya.

Wallahu a'lam. Sekadar pendapat~

ridoma said...

Tdk pula sy kata kan sebaliknya dlm pnulisan di atas, baik anda cek semula.. =)

Berbalik kepada perkongsian anda," Sebagai contoh, kekasih kita, Rasulullah s.a.w, baginda tidak melakukan segala2nya secara berseorangan. Marilah kita mencontohinya dlm melakukan segala2nya. ".

Alhamdulillah kerana anda juga bersependapat dgn sy. Sy amat berbesar hati kerana anda setuju dgn pendapat sy walaupun di permulaannya anda kelihatan seperti kurang memahami =)

Sy seperti memahami perasaan anda, mana bisa umat daripada mazhab yg sama boleh menongkah arus. Plg tdk sekalipun hanya berbeda pendapat, namun tujuannya tetap sama bukan ? =)