[1]Alif, Laam, Miim.
[2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Surah Al Baqarah, ayat 1-7.
2. Kata mereka, 'inilah selera penonton zaman sekarang..saya atau anda semua di rumah tidak dapat menolak trend masa kini. Kita harus menerima kecanggihan teknologi pembuatan filem masa kini. Apa orang nak kata, katalah. Saya akan tetap bekarya.'
3. Bagi aku ya tidak salah kamu bekarya, tetapi jangan sesekali menjahilkan orang yang sediakala kurang ilmu pengetahuan. Kita sedang menuju ke arah masyarakat yang bertamadun mengikut acuan keislaman. Janganlah dek kerana perbuatan sesetengah individu yang tidak bertangungjawab ini, orang muda kita rosak melayan khayalan. Maka benarlah kata Dr.M yang telah ditulis semula oleh Blog Riffzam.
4. Bagi yang menolak atas dasar ideologi moden, 'mana ada hantu lagi sekarang ni..'. Peliknya, bila terserempak dengan syaitan, barulah dia mahu solat. Solat sekadar bertujuan menghalau hantu gamaknya.
5. Bagi yang percaya tetapi malu nak mengaku, 'ala aku tengok je..bukan aku takut pun dengan hantu. Aku takut tuhan la, buat apa takut hantu'. Padahal bila dalam kegelapan, dia-lah orang yang paling takut. Tiap-tiap bulan melanggan majalah misteri.
6. Sebilangan kanak-kanak pula diracuni minda mereka dengan bayangan hantu di mana-mana. Dari bilik tidur, sehingga ke ruang laman rumah. Semuanya berhantu. Mengapa? Kerana terlalu banyak larangan yang diterima kanak-kanak ini mesti bersulam dengan ayat seperti "Jangan bermain di luar rumah pada waktu malam, ada momok". Sebenarnya ibu bapa yang malas menemani anak-anaknya ketika itu.
7. Para penggiat dalam bidang seni sewajarnya lebih peka dalam penghasilan sesuatu karya. Rata-rata mengatakan filem mereka membawa pengajaran, tetapi alangkah lebih baik jika pengajaran itu diolah dalam suasana yang lebih harmoni. Kita bukan mahu penonton untuk takut pada hantu, tetapi takut pada Allah. Filem seperti Syukur 21 sewajarnya dijadikan contoh dalam mendidik jiwa mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
8. Bagi yang benar-benar memahami, 'maaflah, saya tak gemar tengok cerita hantu, bukan kerana saya tak percaya akan kewujudannya tetapi saya tidak mahu memperbodohkan diri ini. Bagi saya hantu itu tidak wujud, ianya sekadar istillah di kalangan masyarakat kita dan tidak dijumpai perkataan HANTU di dalam kitab suci Al Quran. Sebaliknya, perkara ghaib itu memang wujud. Saya beriman dengannya tetapi tidak sesekali taksub dengan syaitan '
10 comments:
terlalu byk cerita hantu. masyarakat sekarang pun dh terhimpit dengan cerita-cerita begini
terlalu byk cerita hantu. masyarakat sekarang pun dh terhimpit dengan cerita-cerita begini
putput: betul tu, semakin lama semakin melampau-lampau si pembikin cerita..terima kasih saudari..
jd apa usaha yg kita dh bt skrg???
mudah sahaja..dari kite tgk cite2 mengarut tu..baek kita dengar ceramah...
jemput2..
kepada rakan2 yang tidak berapa jelas mengenai hukum hudud...lai..lai...kita tambah ilmu...
Tajuk : Diskusi Hudud
Panel : Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Nurul Khalil Al Hafiz
Tarikh : 16 Oktober 2011
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Amaniah, Batu Caves
kalo pergi karaoke..kene bayar...kalo pegi wayang..kene bayar...
kalo pergi ceramah...FREE jee...
saudagar kerbau: terbaek..!
bukan hantu tak wjud.. hantu wujud.. ada benda2 ghaib di muka bumi ini.. kadang2 syaitan yang menyerupai hantu utk menakutkan umat muhammad SAW..
mmg tak dinafikan cerita sebegini boleh merosakkan iman.. tapi cerita lain pun sama.. lagi mempengaruhi moral sesorang.. macam klip 3gp.. cerita tue tue lagi merosakkan iman, sama jugak macam cerita drift, rempit.. semua itu akan menjadi ikutan orang ramai.. kalau berlaku xcident.. dah meyusahkan orang. kalau die xcident dgn org lain.. pastu org yg dilanggar tue meninggal.. tapi dia lari.. sama juga kan.. so.. jangan kata yang cerita hantu je boleh merosakkan iman.. cerita lain jugak boleh merosakkan iman.. tapi dengan cara yang tersirat...
wallahu 'Alam..
ini pendapat saya..
pssst:: tolong tukar tulisan kat ayat al-quran tue boleh?? tak nmpk la. kecik sngat
Atiq salleh: Ya benar saudara atiq, tidak dapat tidak semua perkara ada baik dan buruknya, cuma terpulang kepada cara kita menerimanya. Namun fokus entri saya hanya pada cerita hantu =)
Saya bersetuju dengan pedapat serba ringkas saudara iaitu hantu itu ada, namun harus diingat ianya hanyalah sekadar istillah yang wujud bagi mengambarkan samaran syaitan, lbh2 lagi dikalangan masyrakat kita.
Bagi saya adalah lebih baik kita menjurus seperti apa yang tertulis dalam Al quran, ringkas dan straight to the point. Wallahualam..
ye.setuju dgn atiq dan ridoma. :) hantu tak wujud.tapi itu adalah mahkluk halus iaitu syaitan dan iblis yang menjelma sbg hantu utk menakutkan kita.utk menjauhkan kita drpd Nya. dan darjat kita sbg hamba ALLAH lebih tinggi drpd mereka.itu shj.itu pendapat sy. :)
Riffzam: Terima kasih di atas perkongsian saudara riffzam =)
Post a Comment