Dec 24, 2010

UiTM Puncak Alam


 3 Januari 2011, satu tarikh yang pasti memberi perspektif berbeza kepada semua lapisan masyarakat. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyekolah-kan anak-anak dalam darjah satu, ia adalah satu cabaran. Mana-lah tahu sekiranya si anak tidak biasa dengan suasana persekolahan, dan merengek hendak pulang ke rumah. Terpaksa-lah si ayah menunggu di tepi kelas sehingga tamat waktu persekolahan.


Fakulti Sains Kesihatan (FSK 6)

Tangga yang menghubungkan dari Plaza Sentral B (PSB) ke kolej kediaman pelajar di atas bukit.

 Bagi anak-anak yang sudah meningkat dewasa dan sudah lali ke sekolah, dua sahaja kebarangkalian yang bermain di kepala mereka. Pertama, liat untuk ke sekolah kerana sudah enak dibuai cuti panjang di rumah, manakala keduanya pula tidak sabar  lagi untuk masuk ke sekolah. Barangkali ada sesuatu yang hendak ditunjukkan kepada rakan sekelas.


Jambatan yang menghubungkan PSB di sebelah kanan ke dewan serta bilik kuliah pelajar di sebelah kiri.

 Inilah fenomena yang bakal berulang sehingga menjadi pelajar di IPT. Rajin atau malas, terpulang kepada pendapat masing-masing. Bagi aku, tarikh keramat itu membuat aku terasa tidak sabar hendak menyelusuri cabaran-cabaran yang bakal aku ketemui di awal tahun 2011. Barangkali perasaan ini didorong oleh sesi praktikal yang bakal menjelang pada bulan Mei tahun hadapan.

Reka bentuk dewan kuliah (sebelah kanan) yang unik.

Keadaan bahagian dalam dewan kuliah.

 Bersempena kali terakhir aku berada di kampus indah UiTM Puncak Alam pada tahun 2011 kelak, aku ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa yang menariknya di kampus ini iaitu pemandangan sekitarnya yang indah. Udara sekelilingnya juga segar. Dikelilingi hutan dara yang masih belum dicabuli oleh sesiapa.

FSK 1,5, terletaknya berbagai jenis makmal di dalamnya.

Tanda nama UiTM kampus Puncak Alam yang diletakkan di atas bukit sebaik sahaja memasuki pintu utama. Kelihatan tersergam indah dari jalan raya berdekatan.

 Kendatipun kampus ini masih baru, pelbagai kemudahan telah disediakan semenjak awal pembukaan sehingga kini. Aku adalah salah seorang di antara beribu pelajar yang merasmikan kampus ini. Oleh itu, aku berbangga menjadi warga kampus UiTM terbesar di Malaysia ini.

20 comments:

Cik Kira said...

wahh best!ntah bila la aq berpeluang g sana..huhuu

ridoma said...

insyaAllah ada rezeki study sni,dtg la..

hafif a.k.a larpip said...

penah pegi sekali jumpak kawan...best gak sana...

ridoma said...

jumpa kawan ke jumpa mata air?..hehe gurau je

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Wah, kagum juga melihat! :)

UPM-lebih mesra dihati...hehe

ridoma said...

hehe yg pntg kita mnuntut ilmu demi msa dpn..jgn lupa pada nikmat kurniaan Nya..insyaAllah semua berjaya

Anonymous said...

hehe.. Ini yang rindu nak sambung study balik past dekat 5 tahun dah tinggalkan alam nie...

Mama Mikhayl said...

hi ridoma....thank you for visiting me...i follow u back...u got an interesting story to tell everyone...good ;)

ridoma said...

yana: hehe sambung master

daria: tq..visit ridoma always k?

♥yana♥daniel♥ said...

Farid: Tgh difikirkan... N akan disambung thn depan... insyaallah...

NuSaNa NoSa 91 said...

best2~ tetibe rasa nk amik medic.. hik3~ ^_^

Blackpepper Department said...

aku pnah gak menjejakkan kaki ke uitm puncak alam last year..mmg best dan gah gitu ouh.. aku pun nanti nak jadi warga UiTM puncak alam lah... Jum ramai-ramai further study kat sane :')

Anonymous said...

Nursa: Sebelum kijer cakap berkobar ler... Nanti dah kijer dah presure compem nak sambung study balik... Hehe...

Untuk sesiapa yang bakal buat paktikal buat elok-elok blaja abih-abihsan jangan curik-curik tulang... Good Luck... GAMBATE!!!

azamhazril said...

homaigoddd..besttt!tpi saye syg lagi UUM!

Riki said...
This comment has been removed by the author.
MizzFran said...

wah...bestnya dewan kuliah mcam tu..mcm nampak besar jak tu and tinggi...tinggi eh???hehe

ridoma said...

azam: hehe

ridoma said...

fatin: semua baru..hehe

ridoma said...

mizzFran: ha'ah tinggi... hehe

haiqal said...

Aku ambik asasi kat sini.Serius best.tenang sahaja.Jauh dari kota.:)