Dec 16, 2011

ridoma SC: KIAMAT 2012. Kebenaran atau helah semata-mata ?

Filem kiamat 2012, agenda barat.

 Dulu, kini tetapi tidak selamanya. Setelah berabad lamanya geng the hidden hand berusaha, kini kemuncaknya sudah hampir tiba seperti yang dirancang. Kiamat 2012. Namun sebelum umat Islam mempercayainya bulat-bulat, ayuh kembali kepada kitab suci Al-Quran. Adapun kiamat itu termasuk dalam perkara ghaib, maka hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Bukan manusia. Jadi apakah motif kiamat 2012 dirancang ? 

Gambaran berlakunya pelangaran di antara planet lain dengan bumi.

 Kiamat 2012 dikatakan telah dikira dan dijangka kedatangan tarikhnya semenjak kewujudan kaum Maya lagi. Geng the hidden hand percaya kaum Maya merupakan kaum yang hebat dari segi pengiraan matematiknya. Mereka mempunyai sistem pengiraan yang jauh lebih maju daripada sangkaan manusia moden.

Kalendar kaum Maya yang menunjukan berakhir di tahun yang setelah dijangka berlakunya kiamat.

 Misalnya, kaedah pengiraan kaum Maya yang bermula dengan angka satu dan kemudian terus lompat ke angka dua puluh sehinggalah seterusnya. Berbekalkan kelebihan yang sedikit di sisi Allah SWT ini, mereka telah mencipta kalender yang jauh ke terkehadapan sehingga mampu meneka kiamat yang bakal berlaku beribu tahun daripada tahun mereka pada ketika itu. Teori ini kemudiannya diagung-agungkan para intelektual the hidden hand barat seperti ahli Astronomi dan Jurutera atas alasan tertentu. Kini dunia sedia untuk dimanipulasi. New world order begin.

 Andai kata kita tidak bersedia, maka berita ini mungkin menggemparkan. Apa yang pasti, pada saat itu manusia akan tertanya-tanya dan keliru sama sekali. Sains atau agama. Lumrah manusia memilih yang logik kerana relevan dengan peredaran zaman.


 Natijahnya, dua golongan manusia bakal terbentuk pada ketika itu. Pertama golongan yang tunduk di bawah telunjuk mereka, kedua golongan yang masih berpaksi pada ajaran Islam yang benar. Mereka yang tunduk atas dasar logik Sains misalnya teknologi angkasa lepas (yang telah direka-reka oleh geng the hidden hand), akan berada dalam kesesatan. Manakala mereka yang berpaksi 100% pada ajaran Islam pula akan selamat.

 Di sinilah terletaknya matlamat konspirasi mereka sekiranya kiamat sebenar (seperti yang diketahui umum) tidak berlaku, sebaliknya ' Kiamatkan Akidah Manusia ' secara besar-besaran pula yang berlaku. Tatkala ketaksuban menguasai diri manusia terhadap ramalan geng the hidden hand, mereka kemudiannya mengambil kesempatan memesongkan manusia tanpa sedar. Pada ketika itu, bermacam teori tokoh-tokoh sains geng the hidden hand diketengahkan, demi menguatkan lagi hujah mereka.

Mengumpul dana secepat yang mungkin. Mencontohi semangat bangsa yahudi.

 Saintis barat dan bomoh mereka sudah tiada bezanya lagi. Kedua-duanya bergabung menabur bakti dalam misi menyesatkan penduduk bumi. Modus operandinya tidak ubah seperti yang dilakukan Darwin. Beliau mengaitkan sains dengan logik akal sebelum menolak segala apa yang disuruh dalam agama. Begitu jugalah misi Kiamat 2012 ciptaan geng the hidden hand yang penuh tipu muslihat.

1.Giat menyampaikan. 2.Perancangan mapan menghadapi fitnah akhir zaman. 3.Perbanyakan majlis ilmu melalui saluran media yang mendidik minda. 4.Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan musuh mahupun ketentuan illahi.

 Syukur Allahamdulillah, ada juga di kalangan umat Islam yang telah melakukan serba serbi penyelidikan mengenai ' Helah Kiamat 2012 ' ini. Persediaan bagi menghadapi agenda geng the hidden hand ini memerlukan pengelibatan ramai pihak, dalam erti kata lain penyatuan umat Islam. Penyelidik, penulis, pendidik, kerajaan sehinggalah ke rakyat jelata harus berganding bahu.


 Usah khuatir, kejar akhirat, Insha Allah dunia  dapat. Persoalannya, di manakah kita sewaktu peristiwa tersebut berlaku ? dan apakah umat Islam sudah cukup bersedia untuk menghadapi kiamat sebenar atau kiamat palsu ?

12 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

org kini cuma takutkan kiamat yg besar dan sibuk memperkatakan tentangnya tp bekalan untuk akhirat -- zero. seharusnya kiamat diri (mati) adalah yg sepatutnya kita lebih takutkan. peringatan utk diri sendiri jua. SubhanaAllah =(

rotiboi said...

nak bising2 psl kiamat bila psaepa? kan hanya Allah shj yg mengetahui bila kiamat akn brlaku..

ridoma said...

Mariam Ismail: Terima kasih saudari. Semoga peringatan saudari membuka lebih banyak mata pembaca.

ridoma said...

Yincik Rotiboi: Betul tu saudara, kiamat rahsia Allah..

YanaKhai said...

BILE CERITA PASAL KIAMAT 2012 NI TERINGAT IKLAN SYAMPO..

2012 DUNIA BERAKHIR??? SIAPA TAHU?? BAGAIMANA PULA DGN KELEMUMUR??

MOTIF*
MODEL TU SIKIT PUNYA SEKSA DITAYAGKAN UTK SEBUT PASAL KIAMAT..DIRI SENDIRI XTENTU LAGI YG HADAP HARI KIAMAT TU DALAM KEADAAN YG MCM MANE..

SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH LINDUNGAN ILLAHI..AMIN.. :) NICE POST DER..WELL DONE ! HEHE :)

CikTeddyCorner said...

insyaAllah..kita akn brsedia..pape pon bila kiamat tu kan rahsia Allah..yg pnting kita prlu istiqamah dlm bribadah..kan?

ridoma said...

yana khai: terima kasih saudari yana. Mereka akan cuba apa sahaja untuk menyelitkan agenda mereka. Even dlm iklan.

ridoma said...

Teddy: Alhamdulillah =)
terima kasih saudari.

iz said...

Ustaz saya penah cakap, kumpul SAHAM AKHIRAT banyak2..so Hidup Mewah dekat Sana. Harap kita tak ada time kiamat tue. Tapi So far Alhamdulillah. Islam Still Dipertahankan. Sebab salah Satu Tanda kiamat iala h bilatak ada siapa pertahankan Islam lagi..

Putry said...

tahnx ye info :)

ridoma said...

iz: insha Allah.. saya suka kalau kita dapat rajin2kan diri ke usrah, dgn ni kita sentiasa berada dlm keadaan beringat dan bersedia dlm apa jua ancaman yg mndatang.

ridoma said...

Putry Ain: welcome =)