" Tidaklah menjadi hal atau mencapai tahap kempunan akan keinginan terhadap kepentingan duniawi itu sehingga terpaksa melepaskan agama untuk dicicah-cicah lalu dikunyah sampai lumat."
ridoma rindukan bulan.
Wajah bulan purnama malam ini sudah puas aku tatap. Semakin larut malam, semakin ramai pula yang beransur ke kamar masing-masing. Aku keseorangan di ruang tamu bersama lapy berkerak aku ini. Sambil menaip aku menelinga, kalau-kalaulah ada bunyi ganjil di luar rumah. Bukan sebab aku takut hantu ya? Tak mainlah takut-takut hantu, macam budak-budak !
Al-kisahnya, tempoh hari kecoh jiran-jiran sekawasan aku dengan isu semasa yang hot, si pencuri kasut. Tidak ada lain, ini mesti kerja si Mat Pit yang suka-suki jual semula kasut orang yang dicurinya ke kedai bundle. Meluat aku fikir.
Cara mereka cari duit lebih gamaknya. Paling tidak aku sudah bersedia. Kalaulah aku berjaya menangkap mereka, kuali tembaga mak aku-lah bakal menjadi mangsa hempukan dengan gaya sekuat hati ke atas kepala haram jadah pencuri itu ! Haha baru puas hati aku.
Sejak beberapa hari lepas jugalah geng sekampung aku ada berkongsi sesuatu. Kali ini bukan al-kisah Mat Pit, Mat rempit bersama minah rempitnya atau kes tangkap khalwat lelaki Nigeria bersama wanita tempatan.
Tetapi isu HUKUM HUDUD video sembang rakyat. Puas aku memikionya. Adakah video ini sengaja dibuat untuk mengambarkan masyarakat semasa yang jahil supaya penonton dapat mengambil iktibar daripadanya, atau video ini memang dibuat untuk memancing hati masyarakat (Hasut pengundi) yang sediakala jahil. Jika benar alasan yang kedua itu yang menjadi tujuan utama video ini direka, sungguh menjengkelkan ! Ini bukanlah masanya yang sesuai untuk aku menunding jari ke arah sesiapa.
Hukum Allah SWT, bukan milik sesiapa. Apatah lagi milik mana-mana parti. Namun, lakonan yang dilakonkan oleh watak-watak di dalam video ini berkesan sekali membuat aku beremosi di bawah kawalan akal yang secukupnya. Mujarab sungguh hasil kerja mu wahai si penyampai mesej.
Perbualan sekumpulan pelanggan warung tersebut memang memberi kesan kepada kelompoknya, tetapi mungkin tidak bagi sekumpulan besar lagi manusia yang tahu membezakan mana baik dan mana buruk. Tidaklah menjadi hal atau mencapai tahap kempunan akan keinginan terhadap kepentingan duniawi itu sehingga terpaksa melepaskan agama untuk dicicah-cicah lalu dikunyah sampai lumat.
Sebaik-baiknya ditanam, biar bercambah ilmu di dada. Segak dan berkeyakinan selagi usia dikandung badan. Usah sesekali membiarkan kejahilan sedia ada menambah kredit anda ke neraka jahanam.
Sebaik-baiknya ditanam, biar bercambah ilmu di dada. Segak dan berkeyakinan selagi usia dikandung badan. Usah sesekali membiarkan kejahilan sedia ada menambah kredit anda ke neraka jahanam.
Isu penyakit AIDS, kerajaan negeri dan hukum Allah SWT jangan sesekali disamakan. kegagalan manusia tidak bermakna salah undang-undang. Jika benar terdapat kelompok manusia seperti mana yang dilakonkan watak-watak dalam vidoe tersebut, ingat amatlah berat siksaan orang yang sesat lagi menyesatkan orang lain.
Terlalu banyak kelemahan yang boleh dipersoalkan sama ada kepada watak yang berkupiah atau yang hanya melindungi kepalanya beralaskan keratin rambut semata-mata tanpa sehelai benang, mengenai pengetahuannya disebalik agenda video atau hukum Allah SWT.
Sekadar peringatan, kamu itu manusia, kamu tidak sempurna. Maka jangan senang hati membuat kesimpulan membabi buta berdasarkan hipotesis meleset dek kerana statistik lisan AIDS yang dimodalkan. Tanpa mengira parti, sebaiknya isu mempersendakan agama seperti ini sudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa atau mahu KAMI bertindak sendiri.
No comments:
Post a Comment