Pelik. Tiba-tiba kecoh, Syria pula bakal dipulaukan oleh negara liga-liga Arab. Ntah dari mana konflik tercetus pun aku tidak tahu dengan begitu jelas.
Terima kasih Pak cik Google, ' Bashar Al-Assad ', Presiden Syria.
Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Syria, Hafez Al-Assad. Ringkasnya, inilah corak pemerintahan anak-beranak.
Beliau dan keturunannya kelihatan seperti penganut Islam. Tetapi..
Tidak banyak perbezaan jika dilihat dari segi fizikal. Namun siapa sangka, sepanjang menziarahi Pak cik Wikipedia, aku terjumpa sesuatu yang tidak dijangka. Basyar Al-Assad beragama, Alawi.
Alawi atau juga dikenali sebagai Alawites, Nusayris, dan Ansaris, merupakan pecahan daripada mazhab Islam Syiah yang berpusat di Syria. Maka sudah tentu dari sudut ibadah, mereka juga berbeza daripada pengikut Islam Sunni. Disinilah puncanya pergolakan, yang sedang heboh diperkatakan negara liga-liga arab.
Persoalannya, mengapa berita kekejamannya tidak begitu meluas ?
Jawapannya mudah. Apa sahaja kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria (pengikut Islam Syiah) ke atas rakyatnya (pengikut Islam Sunni), pasti ada pihak ketiga yang melindungi perbuatan tersebut. Sebolehnya pihak ketiga ingin pengikut Islam Sunni dipecah-pecahkan kepada beberapa kelompok.
Inilah sahaja kaedah musuh menjatuhkan Islam, iaitu menerusi penganut agama Islam itu sendiri. Sebaliknya Islam yang telah diacuankan mengikut kehendak mereka.
Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan Syria dituduh bertindak zalim terhadap rakyatnya yang mejoritinya pengikut Islam Sunni dan mengapa negara liga-liga Arab sepakat memulaukannya.
Aku masih teringat kata-kata seorang Doktor berbangsa Arab suatu ketika dulu. Dia berpesan kepada aku, hati-hati dengan orang Syiah.
Aku masih teringat kata-kata seorang Doktor berbangsa Arab suatu ketika dulu. Dia berpesan kepada aku, hati-hati dengan orang Syiah.
" They (Syiah) look like you, they talk like you, but they not one of you. "
Juga pesan seorang pelajar UIAM, rakan yang berasal daripada Palestin. Selepas ditanya apakah pendapat mereka, terhadap kemampuan tentera Iran di rantau itu dalam peranannya melindungi hak orang Islam di Palestin.
Jawabnya, " We (Palestine) never ever believe them (Syiah), because they will cheat on you."
No comments:
Post a Comment