Sep 27, 2014

beyond underwear

Ridoma beyondunderwear atau versi bahasanya, ridoma BukanSekadarSpender bukan cerita main-main. Ini serius. Cerita jenama dan produk sendiri. Cerita persiapan sebelum melangkah masuk ke dalam dunia usahawan. Ridoma Bukansekadarspender bukan cerita main-main. Ini cerita serius! Karya luar biasa yang bakal kita coretkan dalam sisa-sisa kehidupan. Di sinilah tempatnya kita bersyukur memahami konsep Ar Rahman..Ar Rahim si Sang Pencipta. Cogito Allah Sum!

1. Tekanan sosial.
Saya dikelilingi individu yang bukan bergelar usahawan, sesuatu yang biasa bagi kebanyakan manusia. Mereka kebiasaanya tidak memahami apa yang saya lakukan. Tiada lain hanya menambah tekanan.

Saya juga tidak terlepas daripada memikirkan apa orang akan kata. Tiada lain fikiran ini menambah rasa takut meluahkan idea terpendam lalu membasikan hidup saya.

Saya terlalu kasar sehinggakan sanggup menghukum diri sendiri yang kononnya disiplin. Hanya semata-mata mahu mengumumkan kejayaan saya secepat mungkin. Sehinggalah suatu hari, saya sedar akan kesilapan saya ini.

Jika kita terlalu memikirkan apa orang akan kata, kita akan membazir masa untuk membuktikan yang kita berjaya berbanding memberi fokus terhadap apa yang telah kita mulakan. 

2. Teman yang menyokong.

 Sepanjang memulakan kehidupan yang luar biasa ini, pelbagai dugaan datang menduga. Saya berasa simpati melihat rakan usahawan yang berpisah dengan teman mereka di perjalanan ini.

Memulakan perniagaan sendiri semestinya mencabar. Lebih mencabar daripada apa yang saya pernah bayangkan. Adakalanya orang memanggil dengan gelaran CEO muda. Menarik bukan? Namun ia hanya sekadar nama yang tidak memperlihatkan kehidupan tungang-terbalik saya. Jika anda mempunyai teman, pastikan dia memahami. Bahasa mudahnya, pasangan anda mestilah be professional.

3. Simpanan yang mampu bertahan selama setahun?

Bagus. Kemudian gandakan kepada tiga kerana simpanan kita akan pantas mengalir keluar seperti air. Ini disebabkan beberapa bayaran yang kita tidak akan ketahui. Seperti komputer rosak, telefon rosak ataupun kereta rosak.

Bersiap sedialah menjadi seorang individu yang sederhana. Berjimat cermat membelanjakan minyak kereta, tol, top-up telefon, dan makan. Fikir sebaik mungkin sebelum berbelanja.

Beberapa bulan sebelum kehabisan wang sememangnya sukar. Tekanan semakin bertambah dan tidur malam yang tidak lena.

Kejayaan datang merangkak, wang mengalir pantas seperti paip yang bocor. Jadi lebih bijak, rancang seawal hari pertama.



4. Sudah bersedia untuk tidur dalam waktu yang singkat ?

'Seorang usahawan sanggup untuk bekerja 80 jam seminggu daripada bekerja 40 jam seminggu'-Lori Greiner.

Bermula pada suatu malam yang panjang. Saya terjaga di pertengahan malam. Saya mempunyai terlalu banyak idea. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan saya tidak sabar untuk mencuba keesokannya.

Tiba satu masa, saya menjadi terlalu obses. Saya terlalu ghairah ingin mencuba semua idea yang saya ada. Akibatnya saya kurang tidur dan produktiviti menurun.

Satu kisah perjalanan yang sangat panjang. Kekecewaan, keperitan, keletihan, penolakan dan kegagalan yang berterusan hari demi hari. Kejayaan hanyalah secebis manisan dari semua itu. Ipoh mali tada sombong!

5. Apakah maksud kejayaan bagi anda?

Setiap orang mempunyai keutamaan berbeza dalam hidup. Kebanyakan orang meletakkan wang dalam senarai kejayaanya. Dalam erti kata mudah, setiap manusia mempunyai maksud kejayaan yang berbeza-beza.

Bergantung kepada maksud kejayaan yang anda telah tentukan, tahap kepayahan anda selaku usahawan akan berbeza dengan usahawan lain. 

"Jika anda tidak membina impian anda, seseorang akan mengupah anda untuk membantu membina impian mereka. "-Tony Gaskin.







5 comments:

Unknown said...

singgah sini n follow blog ini...

Khir Khalid said...

Assalam.. setuju.. setiap org mempunyai maksud kejayaan yg berbeza2. Apa yg penting ialah semoga segala apa yg dikejar & dilakukan mudah2an beroleh keberkatan Allah swt, in shaa Allah.. T kasih atas perkongsian. saya follow sini & salam ukhwah.. :)

Dunia Mommy Comel said...

assalamualaikum.. singgah untuk kenal2.. jemput singgah page sy nt bila lapang..

At-Tarmizi said...

Hmm..menjadi usahawan bukan proses yang senag =)

http://seronoknyermelukis.blogspot.com

arun said...





kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees