..terjumpa sebuah video d'facebook, khutbah seorang Imam tentang jihad di Syria. Ia telah memberi tamparan hebat dalam hidup saya selaku remaja yg serba jahil. Sejujurnya saya lemah. Saya kerdil. Saya tak cukup genius untuk mencipta satu alat yg mampu mengubah dunia.
Saya pengikut arus sedia ada. Tapi saya seorang yang cerdik. Seperti cerita melayu lama, Mat Jenin mungkin tidak berkelulusan tinggi untuk jadi pandai, tapi dia seorang yang bijak. Dia punyai cita-cita yang jika ia berjaya direalisasikan, mungkin sebahagiannya bakal mengetuai arus dunia. Kebanyakan kisah teladannya telah membantu melayu hari ini terus mara ke hadapan.
Saya ibaratkan usaha saya seperti budak kecil berusia empat tahun yang membantu menghidupkan bara sampai jadi api. Tiupan demi tiupan. Belajar dan mengulangi seperti yang abah tunjukkan.
Saya akan teruskan apa sahaja usaha kecil yang telah saya lakukan setahun lalu. Belajar menerima dan memberi. Sehinggalah saya mampu memberi manfaat kepada umat Islam dunia setelah saya menerima ilmunya dari sesiapa sahaja. Itulah tujuan saya berada di kampus disamping berniaga meskipun secara kecil-kecilan.
Inilah cerita JIHAD saya...
2 comments:
jihad x semestinya di medan perang
jihad ideology dan ilmu seolah-olah potential energy. itulah yg dilakukan as shahid hassan al banna puluhan tahun lalu. kini pengikutnya bukan sekadar berdakwah di desa, bahkan terdiri dari pelbagai latar belakang intelektual, hartawan dan ahli politik di serata dunia.
Post a Comment