Nov 9, 2010

tatkala banjir melanda...

Kehangatan mentari yang membahang sejak beberapa hari akhirnya berganti dengan hujan lebat yang turun mencurah ke bumi. Siapa sangka, titisan-tisan jernih yang datang bersama-sama udara nyaman lagi sejuk akhirnya berubah menjadikan kawasan sekitar terendam dan tenggelam...banjir kali ini di jitra, kedah disifatkan lebih teruk berbanding pada tahun 2005.Kegiatan seharian masyarakat terjejas, jalan-jalan utama di kawasan pekan, rumah-rumah penduduk, ditenggelami banjir...

Hari pertama, 2 November 2010 

Keadaan sungai dan kawasan sawah padi di jalan sg. korok, jitra. sungai adalah berhampiran dengan rumput yang panjang dan kawasan sawah padi pula di belakang rumput yang lebih pendek. paras air yang tinggi menyebabkan pokok-pokok padi tenggelam...







air sungai mula bertakung di tepi jalan raya...(jalan raya, sudut paling kiri bawah )










                                       

Hari kedua, 3 November 2010

Keadaan di pekan jitra 2, jitra. premis-premis perniagaan masih ditenggelami air banjir. pekan ini menjadi tumpuan penduduk kerana di sinilah letaknya kedai-kedai perniagaan yang menjual dari barangan makanan, perkakasan dalam dan luar rumah...








paras air banjir yang hampir menenggelamkan  tayar kereta...dalam keadaan meredah air banjir, pemandu dinasihatkan supaya tidak berhenti sehingga menemui jalan selamat agar enjin kereta tidak mati di tengah jalan...jika kereta berhenti, air banjir akan masuk ke dalam ekzos kereta...(situasi meredah air yang tinggi)                    





jalan utama di hadapan pekan jitra...












van yang tidak dapat diselamatkan...restoran yang terendam...










ini bukan laut..bukan tasik...sawah padi yang dilanda banjir...bayangkan berapa kerugian para petani...











Hari ketiga, 4 November 2010

Ini adalah kawasan air 'termenung'. di pintu masuk kolej height utara, selepas pekan tanah merah...

Kita lihat pula sekitar kawasan alor setar, kedah. air mula memasuki bandar pada hari ketiga banjir. banyak lencongan yang dilakukan pihak polis gara-gara jalan-jalan dalam bandar mula dinaiki air...

banjir di jalan putra, alor setar di hadapan hotel sentosa regency











banjir di  jalan teluk wanjah...bangunan putih itu adalah pusat jualan kereta honda.











jalan raya yang menghubungkan alor setar-ayer hitam.bukan sepanjang jalan ini tenggelam tetapi kawasan yang dipenuhi air sudah cukup membuatkan pemandu-pemndu gusar...bimbang kereta berhenti di tengah jalan ditambah pula dengan keadaan jalan yang sesak...fenomena kereta tanpa nombor plat depan perkara biasa ketika banjir ini, gara-gara meredah air...





kawasan sawah padi seakan-akan lautan...
 


pesanan : doakanlah kesejahteraan mangsa-mangsa banjir agar terus tabah menghadapi ujian Allah ini...sumbangkanlah bantuan, bukan cuma duit tetapi semangat dan doa tulus untuk mereka...

kpd 'ayahanda-ayahanda' perwakilan , janganlah isu banjir ini dipolitikkan...

3 comments:

fzamazlan said...

salam ukhwah,
aye pon ader terlibat gak dengan banjir..herm..mmg bharga pglmn ni..sebab kat selatan, aye memang tak pernah pun hadapi banjir..huhu..kuasa Allah

Nur Syafiqah Athirah said...

Saya pun pernah terlibat dalam banjir kat Kedah waktu 2005. Nasib baik, sy+keluarga pindah. Dengar kata, bekas jiran kat Kedah saya dulu, meninggal dunia akibat mati lemas dalam banjir. Inalillah..

ridoma said...

inanillah..