Permulaan hidup yang ceria,
membawa ke akhir yang sejahtera.
Putera Sg.Chua, hensem dan bijak. Kini sering memikirkan persediaan untuk mempermudahkan urusan sehariannya. Baik hal akedemik mahupun hal kehidupan sebagai seorang mahasiswa ijazah di rantauan.
Jauh berbeza berbanding semasa bergelar mahasiswa diploma di IPTA dulu. Kini kehidupan sangat mencabar dan memerlukan kekentalan yang luar biasa. Siapa yang pernah merasa, mungkin mereka lebih tahu. Hanya ketenangan abadi mampu mengekalkan kesejahteraan hidup.
Cinta-cinta warna keceriaan,
Cinta-cinta ayat ketenangan,
Cinta-cinta amal perbuatan,
Cinta-cinta Nya sepanjang zaman.
Mujur Allah menemukannya dengan sahabat serumah yang baik. Gelak tawanya penawar hati yang lara, kuat dan pasrah diuji sepanjang perjalanan usia. Mereka antara mahasisiwa jurusan perubatan tahun tiga. Kental memulakan pengajian terpuji seawal usia 28 tahun.
Tiada apa yang menjadi halangan, asal minat dan semangat ditiup sepanjang zaman. Katanya, di sini pelajar bukan sekadar memikirkan hal akedemik, bahkan hal urus kehidupan seharian juga.
Seperti kulit, semakin banyak digunakan, maka permukaannya semakin kasar dan mengeras. Seperti sistem pertahanan badan, semakin banyak bakteria yang dikenalinya, semakin kuat antibody melawan penyakit.
Begitu juga dengan peribadi manusia yang menghadapi kitaran hidup penuh rintangan. Mereka lebih kuat menghadapi rintangan dan lebih besar peluang untuk berjaya di kehidupan luar kampus. Perancangan untuk berjaya sangat penting. Dalam perniagaan, rugi itu pasti. Selaku lelaki yang bergelar mahasiswa, maka gunakan kelebihan otak bergeliga sebagai persediaan menghadapi kebarangkalian ini.
Intai-intai peluang yang ada,
Tiada yang tahu rezeki dimana,
Andai geraknya teliti,
InsyaAllah jayanya pasti..
Pengalaman berharga, aset seseorang dalam dunia jual-beli ini. Berhutang jika perlu, dalam berhutang, berhutang lagi. Pastikan ada cara pasti mampu untuk membayar setiap hutang. Bahagikan mengikut peruntukan yang telah diasingkan. Kata seorang mentor perniagaan, ada orang takut membuat sesuatu hanya kerana alasan dia sedang berhutang.
Nasihatnya, dalam berhutang mesti masih boleh berbuat baik dan kebajikan kepada orang. Jangan jadikan alasan sekiranya ingin berbuat baik. Jika mahu menunggu hutang habis dilangsaikan, maka sampai bila-bila sekalipun belum tentu kita mampu melaksanakannya.
Berpandukan beberapa pengalaman comel dalam perniagaan cokelat secara kecil-kecilan. Putera Sg.Chua komited dalam misinya menumbangkan tembok-tembok kesangsian. Bergerak dalam seribu ketelitian, jatuh terus bangkit satu kemestian. Usah berputus asa dengan rahmat Allah yang sangat luas.
1 comment:
menarik penulisan ni...
Post a Comment