Nov 13, 2010

Akulah orang paling gumbira dalam dunia buat masa ini kihkih~

  Subuh2 syafie lagi aku dah bagun. Tepat jam 5 pagi aku dan si dia meluncur laju menghala ke kampus. Pagi ni sunyi. Cuma sebutir dua kereta sahaja di jalan raya, sama seperti hari yang lain.


 Bak kata abang aku, "mulai jam 6 setengah pagi ko janganlah masuk area2 K.L, gerenti sesakk!". Bukan dia nak tunjuk2 pandai, tapi memang benar time tu la semua orang berpusu2 pergi kerja.


 Ramai orang bawa kereta macam orang gila ( tu sikap drebar tengah waras tu, kalau tengah betul2 gila, ntah macam mananalah gamaknya, nauzubillah !). Alhamdulillah pagi ini keadaan tenang je.. aku suka.. eh suka? suka apanya kalau tiap kali exam n kuliah mesti ada sampai ke hari hujung minggu! hujung minggu sepatotnya masa untuk aku berehat puas2 haha.



 Setelah dua jam berhempas pulas meledakkan otak dengan segala ilmu yang terpendam sejak sekian lama (kebanyakanya jawapan2 di hafal daripada past year punya paper ! itupun buat dalam tempoh 24 jam  sebelum exam bermula hehe pemalas! ) Alhamdulillah akhirnya aku dah free! tiba jua akhirnya saat yang aku idam2kan sejak awal semester ini, aku terasa dunia ini , aku yang punya! ( cheeewah lupa diri jap, dun worry tak lama, lepas ni ok balik.) Di depan dewan peperiksaan, sebelum pulang kawan2 memohon maaf sebelum berpisah, kebanyakan pelajar perempuanlah, lelaki cover macho.






Lepas salam2, mula berputar2 kembali idea di kepala masing2 yang telah disusun rapi semenjak study week, tapi aku semenjak awal2 semester lagi hehe. Ada sahaja plan nak pergi makan dengan classmate lah, dengan lecturer tersayanglah (sebagai hadiah, bukan rasyuah ya), dengan mak cik cleaner teramahlah, dengan pak cik guard PJK la, & dengan si dia-lah (ada sajalah korang ni). Aku salah seorang mangsa yg telah merancang untuk menawarkan diri terlibat dalam misi menawan Medan Ikan Bakar di Muara mukim Jeram! (Restoran Aroma Ikan Bakar). Berbulan lamanya kami stay di daerah Kuala Selangor, rugi jikalau tak pekena makanan laut bakar2 di saat2 akhir sebelum berangkat pulang ke kampung halaman masing2.








  Selepas makan, kami bergegas mencari masjid terdekat untuk menunaikan solat maghrib. 


  "Alang2 jalan apa kata ke Kuala Selangor ?".


 Mereka mengangguk, "ikut mu la nak bawa kami jalan2..besok masing2 dah balik ke kampung halaman..", tanda setuju. 


  Aku offer kawan2 meneruskan perjalanan, tak seronok rasanya lepas makan terus balik rumah. Setibanya di Kuala Selangor kami singgah sebentar di Bukit Malawati (dalam perancangan yela sebentar, hakikatnya tidak sama sekali). Sayangnya hari dah gelap, jarak penglihatan kami terbatas. Hanya replika meriam batu dan lampu dari pancaran rumah api sahajalah yang kami dapat dihayati. Kalau siang hari, tempat ini cantik. Macam2 pemandangan cantik boleh dilihat.


  Kita merancang, Allah SWT yang menentukan. Nak dijadikan cerita satu peristiwa yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami berempat stuck dekat puncaknya. Nak tak nak, hampir sejam jugaklah kami tersadai diatas bukit tu apabila si dia buat hal. Keadaan sekeliling memang gelap. Kehausan tahap cipan katanya! sehinggakan air yang kami suapkan ke bibirnya dihembur kembali. Dasyat! masyAllah.. hanya tuhan sahajalah yang tahu bertapa cuaknya aku, namun depan rakan2 aku tetap cover macho. Bukan apa, kalau aku terkantoi cuak, habislah budak2 tu sume jadi lagi cuak tahap babun! dah lah dia-orang 1st time datang tempat tu. Mesti dia-orang akan fikir aku cuak sebab kota tu keras! (memang keras..menenurut cerita penduduk setempat, kota ini dahulunya...terdiri daripada batu2 keras! hehe sebab tu lah keras..)


 Malam hening lagi gelap gulita! aku membuka cerita di sebalik sejarah Kota Pemerintahan Kerajaan negeri Selangor disitu. Kota tersebut digunakan sebelum Shah Alam dijadikan pusat pentadbiran baru di negeri Selangor. Pelbagai kisah silam yang mengerunkan telah berlaku di Kota itu. Eee seram, sampai berdiri bulu roma apabila satu persatu sejarah Bukit Malawati diceritakan. Tiba2! kedengaran salakan anjing ntah dari arah mana.


 Aku bagi hint dekat rakan2, " kalau ada apa2 yang korang nampak atau terbau, tolong senyap! kita cerita apabila dah sampai bawah nanti" (kecuali yang benar2 melepaskan gas kentut. Itu dibenarkan kerana dikhuatri mampu membunuh rakan2 didalam kenderaan ni). 


 Si dia dah ok, cepat2 kami start enjin dan terus memecut laju sebelum apa2 menonjolkan diri. Satu persatu spot2 bersejarah di atas bukit itu kami lalui.


 Aku hanya highlight spot2 tertentu, "ingat tempat ni !" 


 Sambil menuruni bukit, aku menunding jari sewaktu melintas di kawasan itu (risau juga kalau2 'sup punjut' tiba2 terpacul di cermin hadapan kenderaan kami). Dengan harapan kawan2 aku tengok dan menginterpretasi dengan baik visual yang dilihat, tanpa menyebut secara sepontan sekiranya ternampak apa2 yang tidak diingini.


 "Ini spot 1, yang ni pula spot 2, manakala yang ini pula spot 3 & bla2....".


 Setelah selamat sampai dibawah barulah aku memberitahu apa yang telah ditunjuk tadi. Salah satunya spot batu dimana kepala penjenayah zaman dahulu kala dipancung.


 Mengikut plak sejerah yang tertepek diatas batu (tempat memancung kepala pesalah) yang pernah aku baca dulu2 masa kecik2. Dia cakap darah orang yang telah dipancung seterusnya akan disiram disekeliling kota tersebut. Kesannya sehingga ke hari ini boleh dilihat apabila batang pohon berdekatan batu tersebut dikopek kulitnya sedikit, pasti akan mengalir sejenis cecair berwarna merah pekat! dipercayai darah siraman tersebut (ntah, aku rasa sejenis getah pokok je..sukar nak percaya tanpa penjelasan saintifik!).


 Akhirnya kami sampai jua ke rumah ku syurgaku ( rumah sewa je walau..hehe). Sebelum sesi keberangkatan aku ke rumah mak bapak (di kajang je kot), aku telah bersalam salaman dengan rakan sejawatan (serumah sewa) sambil berpelukan. Sedih gamaknya nak tinggalkan kawan2 serumah.. Harap semester depan kita sempat bertemu lagi. Kepada Si dia.. (yang aku maksudkan ialah van) thank you sebab sudi mambantu kami ke sana ke mari semalam walaupun kau overheated ditempat yang menyeramkan =)

No comments: