Nov 28, 2010

Hablu minnallah, hablu minna nas..

16:15-  Hujan petang turun mencurah-curah. Kini aku dan angah berada lima ratus meter daripada susur keluar sebelum lebuhraya Sg. Besi. Kereta di hadapan memperlahankan pergerakan masing-masing. Kami seolah-olah sudah terhidu kesesakan di lebuhraya.

  Pasti lebuh raya di hadapan angkasapuri sedang sarat dengan kesesakan. Hypotesis yang sempat menyinggah difikiran aku. Walaubagaimanapun, kami mesti ke kampung Melayu Sg. Buluh juga. Along dah bising. hendak tahu kenapa dia bising?
MySpace


  Cepatlah pergi ambik ngah... aku nak pakai laptop aku ni. Time hujung-hujung tahun ni la aku nak kejar client prudential. Dia seorang agen insuran sambilan, sepenuhnya pula bekerja di PJH. Skrin komputer ribanya pecah akibat terjatuh minggu lepas.


16:20-  Selang beberapa minit kemudian. " eh brake aku tak berfungsi sepenuhnya la !", angah panik tiba-tiba. 

  " tak berfungsi macam mana pulak? ". Aku bertanya dengan reaksi seperti pura-pura tenang. Biasalah aku. Buat macam tiada apa-apa yang sedang berlaku. Biasanya resepi ini boleh menyelamatkan aku daripada rasa cepat 'panik'. 

  " ha kau tengok ni, sampai ke lantai aku pijak! tak ada brake " angah menjuirkan bibirnya ke lantai sambil kakinya menekan pedal brake. 

  Emosi aku masih dalam keadaan terkawal. Paling tidak aku perlu berada dalam keadaan tenang ( control machoMySpace) sewaktu pekara- perkara tidak terduga berlaku sekejap lagi. Alang-alang berada dihadapan Uniten, angah segera mengubah hala tuju destinasi sementara masih dekat.

  Nyawa kami 50:50. Kereta rosak perlu dihantar ke bengkel dengan segera, kata angah. Khuatir nyawa yang ada didalam kereta melayang. Perjalanan pusing balik ke bengkel di jalan Selaman syeksyen 10, Bandar Baru Bangi agak berisiko.

  Aku menasihatinya agar memperlahankan kenderaan yang sediakala perlahan. (nasihat yang dia sudah pun tahu heheMySpace). Tetapi tidak apa, aku ingatkan dia sekali lagi (ayat ini buat aku teringat iklan minyak masak di TV. Tambah satu lagi, baru cukup syarat kan mak! heheMySpace).

16:35-  " cuba perlahankan kereta dengan hand brake lepas itu turunkan gear daripada tinggi ke rendah satu persatu". Aku berusaha mengalih perhatiannya agar dia tidak panik. Sebarang tutur kata yang terhembur pada saat genting seperti ini boleh memberi impak yang besar kepada nyawa kami.

  Berbekalkan pengetahuan mengenai mechanical brake yang aku semat di dada selama ini (eh bukan semat di otak ke ? mana-mana sajalahMySpace). Perlahan-lahan kami menyusur di tepian lebuhraya. Namun perjalanan kami tidak semudah yang disangka, pelbagai cabaran yang terpaksa kami lalui.

  Kini kami dilanda dilema untuk memilih jalan yang mana satu. Pemilihan jalan raya berdasarkan rupa bentuk permukaannya, sekiranya  laluan tersebut berbukit, kemampuan kereta untuk berhenti seketika diatas bukit boleh mendatangkan masalah.

  " kalau kita nak ikut jalan yang lebih dekat itu boleh, tapi kena naik jambatan tu la"

  Kami terdiam seketika. " kalau naik atas, dan buatnya lampu isyarat tiba-tiba bertukar merah. masak kita, habislah kereta gelunsur ke belakanglah nanti ! ". Aku membuat perkiraan mudah.

  " baiklah, kalau macam tu kita ikut jalan jauh sikit. Kita terus menghala seolah-olah macam hendak ke Kajang, lepas itu kita buat pusingan U dibawah jambatan untuk mengahala ke Bangi semula"

  Kami lulus bahagian teori ! sekarang tibalah masanya untuk mencuba. Kereta kami sengaja dipandu perlahan. Manakala kereta-kereta lain pula sengaja dipandu laju. Sempang siur. Cuak kami dibuatnya. Takut-takut tidak sempat mengelak kereta lain sekiranya tiba-tiba muncul dihadapan kami. 

  " wowowo nasib baik selamat !", angah sedikit gelabah apabila sebuah kereta waja memotong silang dengan mengejut. Terhuyung-hayang kereta kami dibuatnya.

  Aku seperti biasa. Sentiasa tenang walaupun dalam keadaan begitu. Beberapa minit selepas berhempas pulas bertarung nyawa, kami berjaya juga sampai ke bengkel. 


16:52-  Mekanik bertugas menyapa dengan mesra. Penuh senyuman. Hilang segala rasa tidak selesa yang kami pendam sejak peristiwa tadi. Si mekanik bukan sahaja mampu menyembuhkan kereta, bahkan juga mampu menyembuhkan kegusaran yang melekat dalam hati abang aku. Aku macam biasa, tenang sahaja.


> pakar(berbaju hitam) datang membantu <


 16:53-  Sebaik sahaja penyakit brake didiagnosis oleh pakar yang bertugas. Pembantunya terus membuka organ yang disyaki rosak. Ya sangkaan doktor pakar memang tepat! spesimen yang telah dikeluarkan kini diuji oleh pakar penyelidik. Hasil ujian menunjukkan injap bahagian dalamnya telah rosak. Organ dikenal pasti kini perlu menunggu peganti. Kami berehat sebentar dibilik tetamu sementara menunggu organ yang baru, tiba sebentar lagi.

> Brake pump yang rosak telah diganti<


 17:44-  Aku bosan duduk dalam bilik itu. Jadi aku jalan-jalan sekejap ( macam YB lawat tapak-lah pulaMySpace). Tidak sampai sejam kemudian, barulah peganti yang kami nanti-nantikan selamat sampai. Walaubagaimanapun sedikit lewat kerana mat dispatch terperangkap dalam perjalanan sewaktu hujan.

  Proses pemasangan semula organ baru kini dijalankan. Kerja dilakukan dengan penuh berhati-hati. Sambil mekanik memasangnya, kami menunaikan solat asar. Bagus bengkel ini kerana menyediakan surau untuk bersolat.

  Hablu minnallah, hablu minna nasTidak hairanlah pekerja-pekerjanya sungguh berdedikasi dan mutu kerja ditunjukkan juga amat baik. Soal kotoran minyak yang melekat di tangan bukanlah halangan bagi mereka untuk menunaikan ibadah dengan sempurna apabila setiap kali masuk waktu. 

pemandangan dibelakang bengkel <





> hasil karya pekerja-pekerja bengkel di masa senggang <

> adif dan angah <

 > organ sudah sampai! tetapi bukan daripada India. Made in China <



18:15-  Alhamdulillah, kereta angah siap dibaiki. Niat ke Sg. Buluh mesti diteruskan, walaupun hari semakin gelap. Di lebuhraya Sg. Besi, kenderaan bertambah sesak. Memang benar hipotesis aku pada pukul 16:15 tadi. Dari tol Sg. Ramal sampailah ke persimpangan Bukit Jalil, pergerakan ciput-ciput sahaja.

> kereta mula sesak di persimpangan Serdang <

20:39-  Perut aku seperti sedang bermain tambo (kihkih lapar kotMySpace). Berirama penuh syahdu! kedinginan diluar dan didalam kereta ditambah pula suasana yang membosankan terperangkap didalam kesesakan, menyebabkan metabolisma aku meningkat.

 Bekalan makanan dalam perut aku dibakar untuk dijadikan haba, demi menstabilkan suhu badan. Kesannya, aku lapar ! (kali ini aku tak boleh control tenang lagi, setelah dua jam terperangkap dalam kesesakanMySpace). 

  BUKIT RAHMAN PUTRA. Jelas terpampang papan tanda kawasan tersebut. Petanda kami semakin hampir dengan rumah doktor pakar baiki komputer riba.


" eh ada kedai burger, tolong belikan jap". Angah memperlawa aku membeli burger

  Apa lagi, inilah saat yang aku nanti-nantikan sejak tadi ! ( lapar tahap cipan MySpace). Alang-alang rumah si pembaiki komputer riba itu semakin hampir, jadi kami mengambil keputusan berehat sebentar sambil makan burger. Rasa burger itu, betul-betul Holiau wo !

  Hasil tindak balas romantik diantara lada hitam dengan maggi seasoning buat aku terangkat sewaktu membuat gigitan pertama dibahagian sisinya. ( Seddap tidak terkata. hehe.. Bak kata orang, tengah lapar, semua sedap. Jadi korang pun kenalah lapar kau-kau punya sebelum makan burger macam akuMySpace). 

> Burger pak cik ennak tau ! <




21:33-  Selesai sesi bertemu doktor pakar baiki komputer riba seperti yang kami hajati sejak petang tadi, kini kami menghala ke Putrajaya semula. Along hendak pakai komputer riba yang telah siap dibaik pulih besok. Jadi misi kami yang terakhir kali ini ialah, menghantar dengan secept mungkin.



> tuan empunya komputer riba bepuas hati. Rindu gamaknya setelah seminggu berpisah <




00:00-  Akhirnya aku sampai ke rumah ku syurga ku ! Alhamdullilah syukur.
MySpace

3 comments:

zirconia said...

alhamdulillah semuanya selamat. brek tak berfungsi memang bahaya. nasiblah pandai buat keputusan.

misSbLurRy said...

dah lama x makan burger...malas nak bli sbb mahal..rm 3.50..berger biasa..cess

ridoma said...

hehe yang ni baru rm 2.30 je...