Nov 26, 2010

Khutbah Jumaat: PANGGILAN KUBUR...


  Apakah persiapan kita sebelum mati? setiap yang hidup pasti merasainya suatu hari nanti. Sebaik sahaja dikebumikan, maka akan munculah dua malaikat yang bernama Mungkar dan Nangkir. Satu bertugas selaku penanya soalan dan satu lagi bertugas selaku pemukul. Antara soalan yang bakal ditanya kepada kita didalam kubur kelak (ini bukan soalan bocor macam soalan-soalan SPM ya)












  • ..siapakah tuhan kamu?














  • siapakah nabi kamu?














  • siapakah saudara kamu?














  • siapakah imam kamu?














  • apakah kiblat kamu?.. sehingga tamat soalan.











  •   Meskipun soalan-soalan ini akan dibacakan sebaik sahaja tanah ditimbus. Ia hanya boleh dijawab sekiranya si mati disaat hidupnya benar-benar mempraktikkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh. Pada ketika itu yang dapat membantu hanyalah amalan di dunia ketika nyawa masih dikandung jasad! sayang seribu kali sayang jika...



     Surah AL-'ASHR
    (masa)
    Diturunkan di Mekah.
    3 ayat.
    1. Demi masa,
    2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
    3. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.





      ..Kita semasa hidupnya mensia-siakan masa yang telah diberi. Sewaktu didalam perut ibu kita dapat segalanya. Apa yang ibu makan, kita juga makan. Jika ibu ke masjid, kita juga ke masjid. Jika ibu mengaji kita juga mengaji. Jika ibu mandi, kita tak perlu mandi lagi. Namun apabila kita keluar sahaja daripada perut ibu, segalanya kita perlu lakukan sendiri. Sejak di usia anak-anak sehinggalah dewasa. Ketika itu kita berada dalam keadaan yang amat rugi. Melainkan orang-orang yang beriman, melakukan amal solih dan sentiasa nasihat menasihati dengan penuh sabar.

    5 comments:

    ridoma said...

    Berdoalah agar kita juga diberi petunjuk, insyaAllah dengan pertolongan Nya, kita dapat menjawab soalan2 itu.

    Cik SHiNJU said...

    Salam...

    Alhamdulillah..tima kasih share info..
    Semoga kita semua dirahmati olehNYA..



    follow ur blog :)

    ridoma said...

    untuk shinju: as salam..terima kasih kerana membaca dan menyokong. insyaallah slot khutnah akn diteruskan pada jumaat yg akan dtg. harap anda turut sudi memberi pandangan.

    farhan said...

    fariduddin entry menarik..memberi peringatan kpd manusia yg akan menuju ke sana

    ridoma said...

    farhan: terima kasih..