Dec 22, 2010

Sandiwara Z (3)

16/12/2010


 Hari ini Z diberi peluang untuk menjelaskan kekusutan berdasarkan dokumen semalam. Sudahlah kusut, kini renyuk pula. Serba tidak kena. Ustaz Hussin telah memanggil pihak isteri Z yang sah, begitu juga dengan pihak X ( keluarga yang telah menjadi mangsa kepada Z ) dan Z sendiri ke Mahkamah Syariah Ulu Klang.

 Tujuannya adalah untuk menjelaskan kembali isu yang sedang melanda semua pihak. Ustaz Hussin telah berkejasama dengan seorang hakim di sana, demi memperbaiki keadaan yang sedia tersimpul. Kronologi kes penceraian, rujuk dan permohonan bernikah sekali lagi oleh Z sejak tahun 1999 sehingga 2010, telah dibacakan oleh hakim tersebut di hadapan semua pihak yang hadir ke Mahkamah Syariah.


 Malangnya, perkara penting ini dibacakan tanpa kehadiran Z. Sewaktu Ustaz Hussin berurusan dengan tuan hakim, Z dalam sekelip mata telah meloloskan dirinya dengan sebuah kereta yang dipandunya sendiri melalui pintu belakang.


 Menurut Ustaz Hussin, Z memberi alasan untuk menunaikan solat asar sebelum lari meninggalkan kawasan berkenaan. Z semakin terdesak. Tembelangnya kini sudah pecah ! Z bacul apabila dipertemukan dengan karyanya sendiri.

7 comments:

Qaity Qit Odinary said...

sampai bila agaknya Z nak bersandiwara... kesian wanita yang suci dan baik telah menjadi mangsanya..

Kaum hawa diluar sana sila lah berhati2 dgn lelaki yang penuh dgn tipu muslihat nih.

Bagi kaum adam, beringatlah wanita yang dijadikan drpd tulang rusuk kita ni adalah menjadi tanggungjawab kita melindungi dan menjadi pemimpin kpd wanita.

*Aku mmg anti dgn lelaki yang melakukan keganasan dan menganiaya wanita!. Lelaki jgn la memalukan kaum kita dgn perangai dayus mcm tu.

Tahniah kepada Ridoma. Semoga entry ini memberi kesedaran kepada masyarakat kita hari ini.

hans said...

Z tu siapa?

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

ridoma said...

Mohd: Terima kasih. Semoga jantan seperti ini mendapat pengajaran sebelum jasadnya ditelan bumi.

Fabulous: Bersama-samalah kita menantikan endingnya ya ? Z pasti gagal dalam usahanya mencabar kebenaran.

hans: Z seorang lelaki yang sarat dengan sandiwara. Dia seorang penganggur yang telah berjaya mengaut kesenangan mudah terhadap wanita bekerjaya. Tetapi kali ini dia tiada ruang untuk lari apatah lagi berdalih..

Anda pembaca berani, ada sebarang cadangan untuk memerangkap Z atau ada jalan penyelesaian ? sila coretkan..

Pink Pearl Lady said...

mengapa perlu lari dr masalah

ridoma said...

hehe ntah, tanya-lah Z

NuSaNa NoSa 91 said...

ni cite betol ke?? =.="

Anonymous said...

Huhu... Kepada yang dah membaca diharap TIDAK mudah terpedaya dengan tipu helah Z...

Farid: Cepat2 ceritakan kisah selanjutnya