Mar 18, 2011

Karya sulung (novel)

 25 Febuari 2011, tarikh yang paling mendebarkan aku. Dari jauh lagi jantung aku sudah berdegup laju. Sesudah menunaikan solat Jumaat, aku dan rakan-rakan segera menuju ke tempat yang dirancang. Aku tidak terdaya untuk berkata apa-apa, melainkan dapat tiba ke sana secepat munkin.

 Cuaca seolah-olah mencemburui kami sejak awal lagi, dari lebuh raya Persekutuan menghala ke Sungai Besi, hujan turun dengan lebatnya. Banyak kereta terperangkap dalam kesasakan lalu lintas. Rombongan kami juga tidak terkecuali. Mahu tidak mahu, aku  terpaksa ikut jalan pintas. Sambil memandu, talipon bimbit aku berbunyi.



" Assalamualaikum, masih dalam perjalanan ke ? " Tuan editor memberi salam sebaik sahaja pangilanya berjawab.

 " Waalaikumusalam tuan, ya saya masih dalam perjalanan "

 " Di mana ya ? agak-agak lama lagi ke untuk sampai ke pejabat kami ? "

 " Kami masih terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya sebelum PPUM, mungkin setengah jam lagi kami sampi tuan "

 " Ok baiklah, saya tunggu kamu disini sehingga kamu sampai. Hati-hati sewaktu dalam perjalanan ya "

 " InsyaAllah tuan. Terima kasih."

 Perjalanan tetap diteruskan, walaupun tidak seorang pun daripada kami dapat menjangkakan bila masa yang tepat untuk kami sampai. Asal ada sahaja jalan pintas yang diketahui salah seorang daripada kami, itulah pilihan kami. Sebaiknya masa dikejar, jikalau lambat pelbagai perkara yang tidak terjangka boleh berlaku. 

 Almaklumlah, karya sulung la katakan. Segalanya baru. Tidak biasa gamaknya. Risau kalau-kalau manuskrip di tolak mentah-mentah dek kerana gagal menepati masa. 40 min kemudian, alhamdulillah kami sampai jua. Sebaik sahaja tiba, aku disambut baik editor dan rakan-rakannya. Kami berbual secara santai di sebuah kedai kopi.

 Sebolehnya mereka tidak mahu terlalu formal dengan aku. Bagus ! aku suka (hehe..). Tenang dan senang. Diperingkat awal perbualan kami, topik perbincangan banyak tertumpu mengenai niat aku menulis. Iyalah bukan senang karya kita hendak diterbitkan orang, lebih-lebih lagi ini merupakan karya sulung aku. Semestinya pihak penerbit ingin mengenali sehebat mana atau sekental mana diri seseorang penulis baru itu.

 Kebiasaannya ramai penulis baru tidak biasa dengan perjanjian antara penulis dan penerbit ataupun hak mereka selaku penulis. Habis minum Teh O suam secawan. Aku di jemput ke pejabatnya yang bersebelahan dengan restoran tadi.

 Pelbagai hasil rekaan muka depan novel terbitannya, isi perjanjian antara penulis dengan penerbit dan soal bayaran di terangkan kepada aku satu persatu. Aku tidak banyak membantah atau menyoal, bukan segan tetapi sememangnya aku tidak kisah. Asalkan bagi aku, aku tidak ditipu dan berjaya melihat karya sulung aku diterbitkan. Puas rasanya !

 Akhir sekali sebelum berangkat pulang, aku di minta untuk menandatangani dua helai surat pengesahan penerimaan manuskrip. Sehelai salinan untuk mereka, manakala sehelai lagi untuk simpanan aku sebagai bukti penyerahan menuskrip diterima.

 Kata tuan editor, " Alhamdulillah segalanya telah selamat. Sememangnya manuskrip kamu telah terlebih dahulu diterima, namun kami perlu melakukan proses membaiki sekiranaya ada kesalahan-kesalahan kecil yang dapat dikesan. Selepas sebulan, barulah pihak kami akan menghubungi kamu. "

 " Baiklah tuan, terima kasih. Berbaloi saya datang jauh-jauh walaupun terpaksa meredah kesesakan jalan raya dan hujan. Jasa tuan dan rakan-rakan amat saya hargai "

 InsyaAllah kalau tidak silap, hujung bulan ini lahirlah karya sulung aku. Namun tidak pasti sama ada sempat atau tidak ia dibawa ke pameran buku di PWTC pada 21 April 2011 ini. Apa sekalipun, korang doakan-lah semoga segalanya yang telah dirancang berjalan dengan lancar..

12 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nurul Farehah Jaamad said...

Assalamualaikum,

Tahniah di atas kejayaan awak. Nanti sudah berjaya jangan lupa pada DIA yang melancarkan segala urusan kita. Restu ibu bapa yang banyak menyokong kita dll. Tahniah dan teruskan menulis. =)

Fariduddin El-Islam said...

damai impian: Terima kasih aunty. InsyaAllah cita2 dan hobi akan berjalan seiring.

Fariduddin El-Islam said...

nurul farehah: InsyaAllah doa di pohon sehingga ke akhir hayat. Demi kejayaan dunia akhirat, restu mereka juga wajib sy dapat.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Semoga diberi kekuatan untuk terus berkarya-.Nor Hayati Sapii

Fariduddin El-Islam said...

hayati: Terima kasih. Kini dlm proses penghsilan karya kedua. InsyaAllah hujung bulan ni siap tulis..

Daria said...

teruskan berkarya....selagi ada pembaca, selagi tu awak tak leh putus berkarya....

MiZi said...

novelis ka?? arrrr bangganya dapat kenal ngan novelis!!

BACA ENTRY BARU MIZI : Bawak pandai isi tak pandai

Fariduddin El-Islam said...

daria: InsyaAllah, selagi akal sy msh bfgsi dgn baik, slagi tu sy akn mnerusknnya..

Fariduddin El-Islam said...

mizi: apa nk bangga, semua orang bleh mnulis..Bro pon bole. Namun, yg mmbezakan pnulis adlh cara pnyampaian tntg apa yg di fikirkannya..

Syafiq Rosli said...

wah bleh buat cerita ni..:)

Fariduddin El-Islam said...

syafiq rosli: cerita apa?