Jul 23, 2011

Rancangan kegemaran Adik & al-Quran direhatkan?

"Apabila kehendak mereka tidak di fahami, sebaliknya hukuman pula yang diberi maka banyaklah perkara bermanfaat terhenti"

Rancangan adik & Al-Quran ustaz Zamri di studio.

 Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Gara-gara terlalu marahkan individu yang menyertai himpunan jalanan baru-baru ini, tidak semena-mena sebuah rancangan kanak-kanak Islami yang lebih dekat di hati penonton seluruh Kepulauan Nusantara kini direhatkan.


 Tindakan merehatkan sebuah rancangan 'mudah faham' (bukan sahaja kanak-kanak, bahkan orang dewasa) mengenai pendidikan Islam sama sekali tidak wajar. Sebaiknya carilah jalan penyelesaian melalui perbincangan.

 Pihak berkuasa seharusnya mendekati golongan-golongan agama dan rakyat agar benar-benar memahami kehendak mereka. Apabila kehendak mereka tidak difahami, sebaliknya hukuman pula yang diberi maka banyaklah perkara bermanfaat terhenti.

 Pihak bertanggungjawab wajar mengesan titik-titik jalinan ke arah wawasan negara maju 2020 lebih awal, sekiranya usaha-usaha memantapkan minda melalui makanan rohani ini dikurangkan maka sukarlah masyarakat minda kelas pertama dilahirkan. Bagi aku pendidikan  dunia semata-mata mustahil dapat melahirkan manusia yang sempurna dan hebat.

Ustaz Zamri dan anak-anak muridnya.

 Aku sekadar mampu memberikan pandangan, sememangnya itu sahaja yang aku mampu lakukan selaku rakyat biasa. Akhir kata, aku mahu rancangan Adik & Al-Quran ustaz Zamri Di TV 9 ditayangkan semula.

3 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

like like

ridoma said...

=)

kaizen said...

puncenyer sbb pic ustaz zamri ke Perhimpunan Bersih...

*ni keje pemimpin yg busuk hati & jahil tentang Islam...

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI