Pagi ni, aku bangkit awal. Seawal waktu bersiap ke kuliah setiap hari. Lalu aku mencapai sehelai kain dan sebotol shampoo kereta. Hatiku tenang sekali. Gembira pun ada. Burung-burung pun berkicauan. Air terjun kolam turut serta bermelodi. Seolah-olah berpakat mengalun irama alam. Aku tersenyum sendirian. Sesekali kotak penghawa dingin dalam kereta VW menarik perhatian. Aku terpersona. Aku tidak selesa memandangnya terlalu lama. bukan apa, sekali pandang, membuatkan pemikiran ku jauh melayang melakar angan-angan mat jenin. Padahal baru dapat ekon je pon.. Terima kasih kepada mak dan abah.
Sebaik sahaja selesai misi aku mencuci kereta, mak,abah dan aku keluar makan angin sekitar Kuala Lumpur. Kami mencuba kemampuan alat penghawa dingin tersebut. Seronok sangat dapat memandu kereta kesayangan bersama ekon baru ini. menyerap sejuk sampai ke tulang !
Kenangan ini telah berjaya menambat hatiku. semakin lama, semakin aku jatuh cinta padanya. Aku tidak mahu melepaskannya. Setiap inci tubuh VW ini akan ku belai setiap hari. Akan ku pastikan tubuhnya bukan sekadar bersih berkilat, bahkan jauh daripada segala jangkitan kuman. Apatah lagi bisul !
8 comments:
fuyoo keding nya orang lidi lakaran farid tuh mahahahaaa
perggg..aku dpt rasakan ekon baru tue....
pergg besh
fatin:org lidi mmg keding.. hehe xtau nak ckp pe lg mahahahaaa
missblurry: haha jauh ek? sampai leh share ekon dgn semua blogger
wah untg lah..:)
syafiq: next mission, ekzos with silencer ! haha..
sorry new followe here....so, x tau apa2 cerita...just nk tny, ekon baru? kereta sblm ni xde ekon eh? ada eh kereta zmn skrg yg beli xde ekon? soory saya x tau sgt psl2 kereta..
nini hartini: =) kereta ni kerata lama.. mmg xd ekon masa beli tahun 1965 dulu.
Post a Comment