Sempena cuti di hujung minggu, ramai yang keluar untuk meraikan walimatulurus kaum kerabat terdekat (termasuk-lah aku kihkih). Seawal pagi lagi mak sudah mempelawa aku untuk turut serta. Mak cakap, walaupun bukan saudara mara terdekat, tetapi apa salahnya ikut. Lagipun aku sudah lama tidak ikut mak dan abah ke majlis perkahwinan kaum kerabat.
Apa pun, aku tidak kerugian hari ini. Menjelang usia yang semakin meningkat dewasa, apa salah-nya aku mendekatkan diri dengan suasana begini. Aku bukan apa, kepala otak aku sudah sedia kala terlekat dengan persepsi majlis perkahwinan adalah sesuatu yang membosankan. Suasana panas, sesak dengan ramai orang, bunyi suara penyanyi yang terlalu sedap sehinggakan aku rasa kalau dia tidak menyanyi lagi sedap dan makanan yang hampir lebih kurang sama dimana-mana kenduri kahwin (kecuali yang menyebabkan aku terkena cirit-birit).
Sebaik sahaja selesai, mak dan abah mengajak aku ziarah rumah arwah nenek Ju (Sepupu mak. Tapi dia sudah tua, so aku selesa panggil dia nenek, bukan mak cik). Di rumah arwah, ada atuk Din, suami kepada arwah. Umurnya 74 tahun. Dia redha isterinya pergi dahulu, daripada siang malam beradu sakit. Mak dan abah berbual dengan dia seperti biasa. Aku pula banyak tersenyum sipu daripada berkata-kata apabila setiap kali atuk Din kalih ke arah aku (hai anak teruna la katakan hehe..).
Ada sesuatu yang buat aku tertarik dengan kata-kata atuk Din ialah apabila dia mula menasihati aku.." nak..ni atuk hendak bagitau kau ni. Berlajar rajin-rajin, dan jangan tinggal solat. Atuk cakap ni kau jangan marah ya? Nantikan pulak kau cakap atuk ni baru je kenal kau sehari sudah pandai bagi nasihat pula.."
" eh tak ada la tok, saya ok je"
" bukan apa nak.. hanya solat yang boleh menyempurnakan hidup kau selaku manusia berguna. Belajar pandai-pandai sekalipun tapi tak solat, tak jadi apa pun.." Aku dengar dengan penuh kusyuk suara atok yang tersekat-sekat itu, jauh di sudut sanubarinya atuk Din tetap merindui arwah isterinya. Menurut atok, arwah isterinya adalah seorang bekas pelajar sekolah arab dan sangat mementingkan usaha+solat(doa) dalam mencapai cita-cita.
Tenteram bila mendengar nasihatnya. Terasa seolah-olah kepala ku diusap-usap, dimanja oleh atuk sendiri. Aku hanya tersenyum sambil menganguk kepala tanda patuh dengn begitu cermat sekali.
Kakinya bengkak, kata anak bongsunya kesan bengkak pada kaki atok Din mungkin berkait dengan masalah jantung.
Tepat sejam kami di rumahnya, tibalah masanya kami beransur. Sebelum pulang atuk Din memberi nasihat lagi sebaik sahaja aku mencium tangannya.
" nak, atuk tak ada duit nak bagi kau. Apa yang atuk dapat bagi hanyalah nasihat. Jangan lupa solat, lepas selesai solat, berdoa dan mintak lah dengan Allah SWT sebanyak mungkin.." Aku terharu mendengarnya. Sekali lagi kata-katanya sampai ke dalam sanubari ku.Tenteram. Sayang atuk Din( huhu.. )
4 comments:
syahdu...rindu tok wan..
yuppie~ solat tiang agama...=P
yup betul tu hehe
touching.... =).. pengisian yg bagus.. peringatan kepada semua termasuk diri sendiri..
sbb tu bila kawan iqamat.. kite kene cepat2 solat sekali.. hehe
hehe ye...
Post a Comment