Jun 26, 2011

family gathering

 Malam ini merupakan malam yang paling meriah dan bermakna untuk kami seisi keluarga di Villa Maria Mariana, setelah berminggu-minggu di ulit sepi. Kebetulan hari sabtu yang lepas, hari jadi Adif jatuh pada hari bapa, jadi kami bercadang untuk menundanya ke minggu ini.

 Persediaan BBQ.


 Rancangan kami mudah, daripada beria-ria membazir duit makan dekat kedai, adalah lebih baik kami buat BBQ di Villa Maria Mariana sahaja. Tujuannya mudah, duit jimat dan masa bersama keluarga juga dapat.


Hasil panggang di peringkat permulaan. 
Hirisan daging kambing yang dipanggang.



 Begitulah cara kami mendapatkan saat yang indah, apatah lagi bila dapat bersua bersama adik-beradik sambil bergurau senda. Sekali-sekala tidak mengapa makan di kedai, insyaAllah mengikut perancangan along, dia bercadang untuk menyambut hari jadi anaknya di ***** di bulan Ramadhan nanti.
 Comotnya Ashraf..
Sebahagian juadah pada malam ini.



 Sebaik sahaja selesai solat Maghrib, masing-masing mula melakukan tugas. Seperti biasalah, along dan alang di dapur masak. Manakala aku dan angah pula di laman, menyediakan tempat memangang. Mak dan abah pula berehat sambil melayan kerenah cucunya.

Sayur yang disediakan oleh alang.




Daging kambing bersama daging ayam panggang.

Makanan sampingan yang dibeli along atas permintaan Adif.


Sos untuk di makan bersama daging kambing. Disediakan oleh alang.


 Hasil titik peluh kami tidak sia-sia, alhamdulillah makanan sedap, melimpah ruah serta berjaya merapat silaturahim di antara kami semua.

Sos cendawan untuk dimakan bersama roti panggang sebagai sumber karbohidrat.

2 comments:

Anonymous said...

wah... happy family..
nk cite pasal makan2 gak ar ...

--mimy--

Fariduddin El-Islam said...

mimy: =)