Jun 26, 2011

Si keli gergasi dalam kolam.


Perbezaannya dengan keli yang lebih kecil.
  Lima tahun sudah berlalu, ntah apalah agaknya perkembangan ikan-ikan aku. Ikan perhiasan tidak manjadi masalah untuk dipantau kerana sisiknya di saluti warna-warna terang dan cantik. Sebaliknya ikan-ikan kampung sukar untuk dilihat kerana sisiknya agak gelap sewaktu di dalam kolam. Sekilas pandang ikan kampung dalam kolam, sukar untuk aku menentukan jantan betinanya (hehe).




  Namun mutakhir ini, satu persatu ikan perhiasan aku lenyap ditelan pemangsa. Kami sekeluarga kebingunggan, puas kami bermesyuarat sambil mengintip menerusi tingkap dalam rumah untuk mengenal pasti si pemangsa. Bukan apa, jauh sekali mahu bersangka buruk, cuma kami berhipotesis ini mungkin kerja si Musang durjana.
Si Keli gergasi di sebelah atas.


 Setelah berhari-hari mengintip, ternyata kami silap kerana tiada makhluk yang datang menyinggah di bibir kolam. Allah SWT maha berkuasa ke atas setiap sesuatu, dengan berkat doa dan usaha memahami teori si hidupan akuatik mujur tidak lama kemudian kami ketemui puncanya.
Besar dan meronta-ronta.



 Modus operandi si Keli gergasi dalam kolam akhirnya terbongkar. Rupa-rupanya kami tidak sedar yang selama ini seekor keli gergasi yang dahulunya dilempar ke dalam kolam sebesar dua anak jari kini telah bertukar menjadi pembunuh karnivor yang dasyat !

Panjangnya berukuran dua kaki lebih.


 Habis ikan-ikan yang lebih kecil daripada saiznya dibaham tanpa rasa perikeikanan. Demi kelansungan kehidupan ikan-ikan lain, abah mengambil kata putus untuk menagkapnya dan di jadikan hidangan istimewa, keli gergasi masak sambal. Sumpah aku tidak lalu memakanya !

Bahagian permukaannya juga sedikit berbeza berbanding keli saiz kecil itu.

5 comments:

Faizal Fredley said...

wow..geli tgk ikan tu..haha..

ridoma said...

faizal fredley: haha aku pon..

Anonymous said...

hehe..geli tgk keli..tp keli2 kat mesir lg besar dr keli gergasi tu..lagi la b'double2 geli tgk keli2 duk menggeli2...sumpah mmg xlalu nak makan, geli.

ridoma said...

yang ni keli afrika tp lahir kat malaysia.. sebab tu cm tu jd nya

Anonymous said...

Mcm mana kalo aku ckp keli ni berkulit, bukan bersisik?