Jul 23, 2011

Malaysia VS Singapura 2011

Video perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Singapura 23/07/2011


                 
                               Singapura (5) VS  Malaysia (3)


 Datuk K. Rajagobal masih kabur dengan kelemahan anak buahnya. Selepas dua perlawanan menetang Arsenal dan Liverpool, Malaysia seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan lampau.

 Gopoh mengawal bola menyebabkan barisan tengah kelihatan seperti tidak bermaya, situasi ini sekaligus membebankan barisan pertahanan. Sehebat mana sekalipun barisan pertahanan, lambat laun tertewas juga. Nama penjaga gawang gol yang terpaksa berhempas pulas akan disebut-sebut dek kerana gagal beraksi dengan baik, walaupun kesilapan pasukan Harimau Malaya bermula dari tengah lagi.

 Itulah masalah Malaysia di separuh waktu pertama. Namun pada separuh masa kedua, setelah kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain, Malaysia mula menampakkan kematangannya walaupun seringkali mengulangi kelemahan hantaran bola yang kurang kemas.

3 comments:

Encik JI said...

next match, malaysia blasah singapura. yeah!. :)

ridoma said...

yeehaa..!!! arap2 gitu la ye Encik JI..

AMMAR YASIR said...

Kurang asam punya Singpura.. datang Malaysia nanti siap lah ko..hehehehe