Suasana ibadah 3.00 am, 4.00 am berjemaah, bersahur 5.00 am & 6.00 am bersama teman sejati muslim, Al Quran. |
Ramadhan. Saya sedih akan kepergiannya. Dalam sebulan, saya hanya menikmatinya dalam bibit-bibit kehidupan yang serba sibuk. Saya pastikan hati yang menangis ini sentiasa terubat dengan berbekalkan pengalaman menyambut ramadhan tahun lalu dan senaskah Al Quran mini.
Saya tidak berasa iri hati dengan manusia yang dapat menunaikan solat terawih berjemaah di Masjid. Namun saya lebih memikirkan bagaimana saya ingin menghabiskan Ramadhan kali ini dalam aplikasi kehidupan yang lebih menyeluruh erti ibadahnya. Dari kata-kata sehinggalah ke perbuatan.

Ibadah tidaklah dilihat menerusi ibadah sunat yang diterjemahkan menjadi budaya semata-mata, bahkan ia lebih dari itu. Bagi saya ia bagus untuk memupuk sifat suka akan ibadah, kerana di Masjidlah kebiasaanya akan terbit rasa atau kefahaman akan ibadah-ibadah yang lain dalam kehidupan seharian. Disamping memperingatkan kita akan ramadhan menerusi suasana di sekitar masjid.
Bagi yang sibuk seperti saya, tiada lain melainkan menterjemah sepenuhnya ibadah kepada kehidupan bagi merasai erti kedatangan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah di penghujung Ramadhan kali ini saya masih berkesempatan untuk beriktikaf di Masjid Besi, Putrajaya.
Inilah masanya saya mengumpul pahala sebanyak mungkin di samping berkongsi kemeriahan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita.. Ramadhan tahun yang mendatang belum tentu milik kita.

3 comments:
First time singgah, adunan bahasa yg sgt baik! Done follow #1220
Alhamdulillah..singah singah selalu pun tak pe~
Belum pernah merasai pengalaman qiamulail ramadan di masjid, doakan di masa hadapan- zaujah
Post a Comment