Sep 10, 2011

Mampukah kita membalas jasa mereka ? -Iklan Raya Petronas 2007.

\
Burung apa nak ? burung Murai abah..

 Mampukah kita membalas jasa mereka ? tidak kira siapa, di saat usia sedang sibuk mengenal erti matang. Berapa kali-kah dalam hidup, kita berjaya menundukkan logik akal dalam mendepani kerenah mereka yang semakin hari semakin memerlukan perhatian kita selaku anak.

 Jika seorang ayah atau ibu boleh berkorban apa sahaja, bila pula giliran kita  untuk membalas jasa mereka ? pengorbanan tidak semestinya dengan wang ringgit, kadangkala kesanggupan kita sudah cukup meredakan hati mereka. 

 Berbuatlah kebaikan sementara mereka masih ada, walaupun adakalanya mereka pernah berbuat silap pada kita. Sememangnya mereka juga manusia, tidak semuanya sempurna. Selamat mencuba. Salam Aidilfitri daripada Ridoma..

Kenangilah pengorbanan mereka..

3 comments:

Unknown said...

suke tgk iklan2 ni..sgt2 menyentuh hati..

ridoma said...

betul tu..semoga diri ni tdk lupa daratan..kmbli kpd fitrah.

PemikirpolitikJerantut said...

singah jap..