May 28, 2012

ridoma homemade chocolate 7.0


Assalamualaikum, hi kawan-kawan.. korang suka makan coklat ? Kalau suka, tahu tak yang sebenarnya coklat mampu merendahkan paras kolesterol. 

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. 

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut.


Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

50 pcs of Milk & 50 pcs of Dark chocolate with Almond from Mr.Anuar. 
 
Coklat mengurangkan risiko sakit jantung. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat makanan penuh tenaga. Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.


Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

40 pcs of Milk Chocolate with Almond from Suhaini (round box).

Ridoma chocolate bukan sekadar sedap, bahkan halal dan bersih. Apa yang penting, korang membeli produk muslim tanpa ada rasa was-was. Pendek kata, ridoma chocolate recomanded kepada sesiapa sahaja teringin untuk merasanya. Sila PM ke fb ridoma atau hubungi 013-3402790 (farid) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Terima kasih kepada kerabat terdekat, rakan-rakan, siswa siswi UiTM dan warga JPMD PPUKM yang selama ini tidak pernah putus memberi sokongan terhadap ridoma chocolate.

2 comments:

Prince of Noob said...

sedapnya home made coklat... done follow - Noob

Unknown said...

1 lg kluaran org muslim..TQ yee..