Sep 17, 2014

Segmen Pilihan Bijak Siswa | Pizza Manara Bandar Baru Bangi


Ingin menikmati tekstur pizza dan roti selazat roti dari negara Arab? tak perlu pergi jauh. Kali ni saya nak review sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Bandar baru Bangi! Rotinya sangat lembut dan segar.

 Menikmati roti dengan kehangatannya membuatkan saya sehingga terpejam mata. Mengenggam permukaan sebuku roti yang bersih lagi gebu bertepung, rasa seolah-olah saya sedang menikmatinya negara Timur Tengah. Haruman roti segar keperangan-perangan dari oven memenuhi setiap pelusuk ruang kedai menjadi pelengkap keenakkan roti Arab ini.




 Sebut tentang keaslian kualiti Arabic pastry, jum ke sini. Lokasi berhampiran Surau Al Islah, seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sebaik sahaja tiba di sini, tanyalah sesiapa di mana Taman Sepakat Indah, anda pasti tak akan dikecewakan.

 Harganya jauh lebih berpatutan. Landmark roti terbaru penduduk sekitar Bandar Baru Bangi bagi yang mencari roti asli dari negara Arab. Hanya di terdapat di sini!

  Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Roti cheese leleh RM2.00
Roti ayam cheese RM2.00
Roti daging RM2.00

Mai mai must try !

Hubungi

  1. Delivery | 0162667266.
  2. NIkmatinya di kedai | Pizza Manara di Taman Sepakat Indah 2 Kajang & Food Court Bangi Gateway.
  3. Fb | page pizza manara.




1 comment:

Kak Mahh said...

Nampak gayanya kena terjah bandar baru Bangi.