Jul 3, 2011

Makan-makan bersama staff Histopathologi.

 Mahu Nasi Arab ke Nasi Tomato ? permulaan sebelum perjanjian menu dimeterai dengan En. Abdul Ghafar (Pengusaha catering) beberapa hari sebelum harinya. Alhamdulillah genap dua minggu aku di Histo.

Suasana riuh makan di bilik rehat Staff.

Minggu Ketujuh

 Rutin harian seperti minggu lalu, cuma minggu ini lebih menarik lagi. Kali ini aku dan rakan-rakan diberi peluang melihat seketul daging besar, kanser testis milik seorang remaja 21 tahun diproses.

Yehaa..! amacam besar tidak saiz testis kanser ? kalau dihiris halus-halus, boleh di buat ganti daging burger-kan ? haha..

Sejenak bersama Pegawai Sains.

Biomed. MSU (da blogger girl), kak Ita dan MLT UiTM.

 Hei ingat senang-senang macam itu sahaja kami meninggalkan makmal Mikrobiologi ? tidak semudah itu.. sebagai bukti terjalinnya hubungan yang baik di kalangan staff dan pelajar LI, salah seorang Pegawai Sains di makmal Mikrobiologi telah membawa kami semua makan tengahari bersamanya  di Restoran Black Canyon, Jusco. Sedappp sangat, terima kasih kak !

Jul 2, 2011

Minggu Keenam.

 Salam.. yeah minggu ini aku di makmal Histopathologi. Bertemankan lampu kalimantang yang cahayanya tidak berapa hendak terang, aku tidak pasti sama ada ia tidak cukup power atau sengaja dipasang malap supaya mood romantik bersebelahan bilik mayat dapat dirasai. 


Grossing section. Potong spesimen.

Malam ke-30 bulan Rejab.

 Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah SWT akan memberinya tujuh kota di syurga Firdaus; dia dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama, dia berjalan di atas sirath bagaikan petir yang menyambar dan dia bebas daripada api neraka. Berkenaan dengan solat hari terakhir, diriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w berkata kepada Salman,

 Solatlah engkau pada hari itu sepuluh rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas dan surah Al-kafirun masing-masing sebanyak tiga kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, angkatlah kedua tanganmu dan bacalah,

 Tiada tuhan selain Allah satu-satunya. Tiada sekutu bagi Nya. Miliknya kerajaan dan bagi Nya pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, sedang Dia hidup dan tidak akan mati. Segalanya kebaikan di tangan Nya dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci, dan tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

 Kemudian usapkanlah kedua tanganmu pada wajahmu dan mintalah hajatmu kerana doamu akan dikabulkan. Dan Allah akan menjadikan antara engkau dan jahanam tujuh parit, setiap parit seperti langit dan bumi, mencatat untukmu sejuta rakaat untuk setiap rakaat yang engkau dirikan, menetapkan untukmu kebebasan daripada api neraka dan melalui di atas sirath dengan lancar.

Diminta para pembaca, supaya berdoa bagi seluruh manusia dan bagi penulis ( penulis buku).