Feb 11, 2011

Disebalik sejuk mata memandang

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Dalam kebimbangan kita menanti perkembangan saudara-saudara kita yang menuntut dan bekerja di Mesir, ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Perkara yang saya maksudkan adalah aurat sebahagian besar ukhti-ukhti kita di sana. Sejuknya pandangan mata melihat mereka yang walaupun terperangkap dalam situasi rusuhan di Mesir, dengan segala macam ancaman menanti, tetapi mereka masih tegar menjaga aurat mereka.


Tudung yang dipakai labuh menutupi dada dan segala perhiasan mereka. Pakaian mereka juga longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh mereka. Mungkin ada yang mengatakan, mereka ini pelajar jurusan agama seperti syariah, usuluddin atau sebagainya namun ada juga yang mengambil bidang perubatan dan pergigian tetapi aurat mereka masih juga dijaga rapi. Ya Allah...lindungilah tiap langkah mereka.

Kita renung pula keadaan ukhti-ukhti kita di sini, uppss bukan semua ya, segelintir sahaja. Kita tinggal dalam negara yang aman, tiada kacau-bilau, tetapi mungkin kerana nikmat berpanjangan ini membuatkan kita kadang-kala terlupa untuk menunaikan tanggungjawab seorang hamba kepadaNYA.


 Ramai yang tidak menjaga aurat dengan baik, ada yang katanya sudah menutup aurat tetapi sebenarnya hanya membungkus aurat itu...etika berpakaian dalam Islam mestilah tidak jarang, tidak nipis sehingga mendedahkan tubuh, longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh, suci dan bersih dari najis serta tidak mendatangkan riak kepada si pemakai.


 Tudung pula mestilah menutupi dada dan perhiasannya. Cuba kita renung-renungkan kembali dalam diri kita masing-masing, adakah cara pemakaian kita sudah cukup menepati etika pemakaian yang menutup aurat? Kepada yang masih bertangguh dalam menutup aurat kerana ungkapan 'belum bersedia', ingatlah kita tidak tahu bilakah kita akan dijemput kembali mengadap Maha Pencipta. Menutup aurat bukanlah suatu pilihan kepada umat Islam, ia adalah tuntutan wajib yang perlu dilaksanakan. InsyaAllah, semoga kita semua berusaha memperbaiki diri dan berusaha menjaga aurat serta kehormatan diri dengan baik.

1. Aurat seorang lelaki dengan wanita mahramnya : antara pusat dengan lutut

2. Aurat seorang lelaki dengan wanita bukan mahramnya : antara pusat dengan lutut

3. Aurat seorang lelaki dengan lelaki lain : antara pusat dengan lutut

1. Aurat seorang wanita dengan lelaki mahramnya : antara pusat dengan lutut
     Walaupun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram.

2. Aurat seorang wanita dengan lelaki bukan mahramnya dan wanita bukan Islamseluruh tubuh kecuali kedua tapak tangan dan muka

3. Aurat seorang wanita dengan wanita muslimah lain : antara pusat dengan lutut 

Aurat suami isteri :
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Namun, di sebalik kesejukan mata memandang muslimah kita di sana, jangan sesekali kita leka sehingga membiarkan pihak-pihak tertentu berani mempersendakan Islam dengan apa jua cara sekalipun.

23 comments:

EmanCloud said...

*geleng kepala sambil mengeluh..

Along Usop said...

erkk... laa....

Fariduddin El-Islam said...

tu la pasal..huhu

sarah honey said...

haiya!

AIMAN said...

uihhhhh biaq betoi ni...? sapa dia ni

Mr Daha said...

biasa la tu.. taktik mereka menjatuhkan islam.

Wan Hafisah Collection's said...

baca entry ni buat i insaf n terfikir bila ni nak berubah??????????

Fariduddin El-Islam said...

sarah: dush2 ! haha

Fariduddin El-Islam said...

aiman: betoi bro.. kalau xbetoi xde entri ni tertulis sendiri.

Fariduddin El-Islam said...

mr daha: konspirasi dajjal..

Fariduddin El-Islam said...

wan hafisah: alhamdulillah.. mulakan berubah hari ini walau dgn sekecil2 perubahan..

Anis izyan Abd Rahman said...

tQ for this entry , suke nie

Fariduddin El-Islam said...

anis: suka kenapa ya?

Anis izyan Abd Rahman said...

kenapa anis suka ??
kerana isi ini mengingatkan ~
cume gambar akhir tuh tak boleyh terime

Fariduddin El-Islam said...

oo kira kenangan la nie.. haha

erm pic gul pki tudung dgn skirt tu mmg xleh d trima. jgn tgk lama2 ya? ada karan !

legendaready said...

jgn tgk skirt dia je, tgk tudung dia, nampak rambut, tu yg kita sbnarnya perlu titik beratkan.. kebanyakan perempuan saya telah lihat, mereka hanya memakai tudung tetapi tidak menutup aurat.. kadang2 org 'kapiak' lgi berpakaian sopan drpd mereka..

Fariduddin El-Islam said...

haha stylo la, legendaready mengumen ! betul tu, byk perkara yg kita tdk boleh pandang remeh. Apa sekalipun, perubahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan..tapi istiqomah.

Ini disebabkan, budaya membuka aurat ini sudah lama bernenek moyang di negara kita ni. The diseases already look good..

::wan fadhilah:: said...

eemm... nice.

Fariduddin El-Islam said...

wan: tq.. =)

Anonymous said...

Dalam Al-Quran telah digariskan panduan untuk seorang wamita itu menutup aurat mereka dan golongan2 yang boleh ditampakkan aurat mereka...sila rujuk surah An-Nur:31.. ingatlah hadith Rasullulah yang memperihalkan tentang cara berpakaian bagi wanita Islam iaitu tak jarang, tak menjolok mata dan ketat. kerana wanita seperti ini tergolong dalam wanita yang tidak berpakaian.
"BERTUDUNG ITU TIDAK SEMESTINYA MENUTUP AURAT TETAPI MENUTUP AURAT ITU SEMESTINYA BERTUDUNG"
Islam itu indah dan lagi indah apabila agama Allah dan ajaran Rasulullah di praktikkan dalam kehidupan harian kita..wallahu`alam aini

Anonymous said...

Wahai wanita muslimah, perhatikanlah bagaimana kita berpakaian sekarang. example, tudung.
Adakah kita pasti tudung yang kita pakai sekarang sudah cukup untuk menjaga diri kita??
Adakah tudung kita mempunyai ciri-ciri yang islami atau ciri-ciri seperti wanita yahudi dan kristian dimana tudung yang ketat di leher, yang labuh di depan tetapi pendek dibelakang ataupun yang depannya pendek tetapi labuh di belakng??
Ataupun yang memakai sanggul tinggi seperti bonggol unta??
Ingatlah hadith Rasullulah bahawa kalau kita mengikuti agama selain dari agama Allah biarpun dari segi pakaian,percakapan dan perbuatan, kita ibarat telah menganut agama mereka..
Jadi berhati-hatilah.marilah kita berusaha menjadi seperti Saidatina Aisyah, Fatimah (puteri Rasulullah) dan para sahabiah yang lain agar apabila di syurga kelak kita berada dikalangan mereka..amiin

ridoma said...

sokong anda, aini.. =)

amirnawawi said...

Erm, terkedu tengok gambar kat bawah tu..