Nov 20, 2010

Eid Al Adha..


20/11/2010..

 Seawal 8.00 pagi, saya dan abah ke masjid bagi menunaikan solat aidil adha. Dirumah, mak dan kakak melakukan sentuhan terakhir. Mak tidak sihat, dalam keadaan begitu dia gagahi jua dirinya masuk ke dapur. Semenjak keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) bulan febuari lalu, kudratnya sudah tidak seperti dulu lagi, sudah banyak yang kurang.


 Jantungnya lemah, mujur organ-organ lain tidak sempat rosak akibat penyakit kencing manis yang dialami sejak dua puluh tahun lalu. Susuk tubuh badan juga mengecil sedikit berbanding tahun sebelum ini.


 Terbaru beberapa hari sebelum hari raya aidil adha, batuk yang dialaminya semenjak pulang daripada tanah suci Mekah tiga tahun lalu kembali aktif. Doktor (pakar di Sentosa Medical Center) memberikan beberapa jenis ubat siang tadi. Antaranya antibiotik, bagi membunuh bakteria yang telah menyerang bahagian dalam paru-parunya.

 Kesungguhan mak bersama-sama keluarga tersayang untuk menyambut aidil adha tiada tolok bandingnya. Apatah lagi mak tidak pernah pencen dari tugasnya selaku ibu mithali. Sesungguhnya inilah pengorbanan yang tidak ternilai bagi abah, along, angah, alang dan saya bersempena iadil adha 2010 ini. Begitu juga yang mengenali peribadinya dengan dekat. Bermulalah al kisah sehari sebelum dan sewaktu Perayaan Aidil Adha..

16/11/2010..
Disinilah mak membeli barang mentah. Pasar besar kajang.


Bukan daging kurban. Tetapi ini adalah daging Tesco(pasar raya).


17/11/2010, 11.00 am..

Aktiviti gotong- royong di Surau Taman Kajang Mewah, Sg.Chua.

Penduduk setempat yang datang mengambil daging kurban.

Suasana masyarakat menguruskan pemberian daging ditepi surau.

'Orang dapur' yang memasak daging di belakang surau.

Sekilo daging yang saya dapat. Alhamdulillah..

10.00 am(Lembu hasil sumbangan Mak Lang & Pak Lang dikampung sebelum dikorbankan)

Lembu korban di kampung saya, Kampung Bukit Cheng, Melaka. Kurus kering badannya.. Seharian tidur dibelakang rumah Mak Ngah saya.

2.00 am, Bukit Cheng, Melaka..

Usai menumbang lembu. Pak cik-pak cik berkumpul sambil berborak.

Orang kampung juga dijemput ke rumah. Mak Ngah saya(yang hanya mengenakan anak tudung dikepalanya), menghulurkan sedikit lauk kepada jiran disebelah rumahnya. Sebilangan penduduk miskin kampung Cheng juga menerima sumbangan daging kurban(lembu kurus kering tadi).

18/11/10..

Dirumah Mak Ndak, di Krubong  Melaka. Mak saya membeli ikan kelinya, kami berehat sebentar sambil berborak di lamannya. Pelbagai topik-topik menarik diperbincangkan. Sekali sekala pulang ke kampung, tidak sah rasanya kalau tidak singgah ke rumah adik-beradik abah sebelum berangkat pulang ke Kajang. 

No comments: