Nov 24, 2010

sementara bujang, udah kahwin masak la kome!

  Sudah bertahun tidak berbual bersama, hari ini kami nekad untuk bertemu kembali. Rindu gamaknya. Biasalah sudah lama tidak bersemuka, asal jumpa sahaja " hey lu apa bikin sikalang? " atau... " alo cha! sudah laamma juga takda jumpa..ayoyo banyak tembamlah lu sekarang..". 



 Bagi saya bertanya khabar ada ampun lagi, tetapi yang jenis memberi pendapat tidak berlesen mengenai saiz fizikal saya, berdesing telinga beb!(ketawa). Topik sembang kali ini ialah ' membongkar kembali kisah-kisah zaman silam di sekolah rendah '. Kami bertiga agak nakal, nakal tanpa disengajakan. Bak kata orang, ada sahaja kerja hendak mendajjal orang di sekolah. Termasuklah mangsanya ialah salah seorang daripada cikgu kami. Peristiwa yang tidak boleh dilupakan ialah semasa Lim melekatkan dua biji gula-gula angin (hacks) di cermin pandang sisi sebuah kereta toyota buruk.

>SRK yang telah banyak mendidik saya.Terima kasih cikgu Noraidah (darjah satu setia),cikgu madam Wong(darjah 2 setia) dan cikgu Aida (darjah 3 setia)<


 " apa lu buat ni Lim?"

" lu tengok saja ma.. aku mau buat magik! hehehe.." (ilmu sains dikatakannya magik...)
Hendak mencuba teori baru yang dipelajari daripada senior gamaknya.

  Sebaik sahaja tamat sesi P&P, kami bertiga melangkah keluar daripada kelas tiga 'Setia' dengan gembiranya. Mana tidaknya, masing-masing gembira hendak balik rumah. Sewaktu kami melalui kawasan parkir, kami terdiam berdiri kaku ! kaget melihat ramai orang sedang berkumpul membelek serpihan kaca. Cermin sisi kereta cikgu Tan pecah! kami apa lagi, cabut larilah! nasib baik sekolah kami tidak ada unit khas mata-mata  (CSI) pada masa itu. Kalau tidak sudah pasti kami kantoi.( kami sebulat suara, ketawa berdekah-dekah!).


 Dalam gelak tawa saya  terdengar perbualan sepasang suami suami isteri dari meja sebelah, si isteri menunding jari telunjuknya ke arah mukabuku (FB) dalam komputer riba miliknya.

 " ha ni-lah bang kawan saya semasa di sekolah dulu, namanya Tohrin! kami sama-sama satu kelas". Si suami mengangkat kening, sambil menyelaraskan anak matanya dengan skrin. Silau gamaknya ye, aku tersenyum geli hati.

  " ish ish bang...tengok tu, cantik rumah dia. Udah kaya kawan lama saya ni gamaknya ye? " 

  " iya cantik.." si suami tampak tenang. Kembali kepada posisi asal, duduk menyandar.

  " tu lah bang, saya udah berapa kali kabor kat abang buatkan anjung dekat depan rumah kita tu! sampai sekarang tak dapat-dapat lagi.."


  Berubah wajah Pak Cik di meja sebelah tadi. Kesian. Mengapa si suami tidak memberi? mungkin wang dikumpul untuk tujuan masa hadapan keluarga atau si isteri perlu di biasakan dengan erti syukur, tidak semua kapasiti wang yang ada perlu dibelanjakan ke arah yang tidak penting. 


>kenangan.. pasukan DEBAT ala parlimen sekolah zaman muda mudi dulu<

  Dalam diam saya memikirkan apakah akan saya lakukan sekiranya saya ditempat Pak Cik tadi. Bukan iri hati dengan kawan lama si isteri, sebaliknya saya pasti bersedih diatas pe'elnya. Mula-mula yalah boleh bawa berbincang, lama-lama buat datang penyakit sahaja kalau dilayan. Ate udah jemu melayan si isteri berbahas setiap masa, selaku suami yang penyabar, pekakkan telinga selambakan muka aje le...

    Saya agak terkilan, apabila masih ada yang tidak berfikir dengan teliti. Tidakkah mereka (para isteri) bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T? berilah ruang kepada si suami membuat keputusan dengan tenang. Dia pasti memberi, bila Masa bin Waktunya? ntah tidak pula saya tahu. Tetapi yang pasti lelaki yang beriman dan baik tetap suatu hari nanti menunaikan permintaan isteri tercinta. Barangkali lebih daripada permintaan. Bagi isteri yang solehah, pastinya ada ganjaran untuk anda di akhirat kelak.


 Seteguk kopi membuat saya terpukau jauh memandang ke hadapan! fikiran saya enak di buai khayalan. Aroma klasik kopi ' restoran As salam' membuat saya hilang sebentar dari radar perbualan rakan-rakan semeja. Tidak semena-mena..


  "woi macha! lu apa pikir..." Muthu memecah lamunan. Aduh potong stim betul Muthu ni!


 "eh Muthu biarlah.. dia mau teringat pada si dia...lu belum ada, lu mana tahu ma..."Lim turun untuk.. bukan untuk membantu, tetapi menambah semangkuk lagi! Balok kepala saya dibuatnya dengan perangai orang sekeliling.


 Beginilah kehidupan orang bujang, remajalah katakan. Steady sahaja hari-hari. Apa sekalipun, mujur saya bujang tetapi akan datang, masak la kome!

No comments: