Menuju susur keluar Subang. Langit tiba-tiba berubah suram. Perlahan-lahan titisan air matanya bercucuran ke bumi. Dari Rawang ke Kajang tidaklah sejauh mana. Cuma bilangan kereta sedikit sesak menghala keluar daripada ibu kota. Kebanyakannya mahu pulang ke rumah masing-masing, setelah seharian beriadah bersama keluarga di hari ahad. Kami bertiga, baru sahaja selesai menyiapkan projek pendawaian di Rawang. Hujan renyai-renyai mula turun lebat. Abah memberi cadangan singgah sebentar ke kedai mamak sementara menunggu hujan reda. Mujur abang saya tahu serba sedikit mengenai kedai di Bangsar. "Bangsar mainanku gamaknya", hari-hari minum di kawasan itu selepas waktu kerja bersama teman sepejabat. Tetapi kali ini restoran persingahannya sudah lama tidak dikunjungi.
Hyundai Elantra 1.8 meluncur menuju parkir sebaik sahaja sebuah kereta waja meninggalkannya untuk kami (ketawa). Kedengaran riuh rendah suara mamak mengambil pesanan makanan. Penuh manusia seperti ada temasya. Kami bertiga melangkah keluar sambil melindungi kepala daripada terkena titisan hujan dan menapak masuk ke gerbang pintu retoran itu. Ramai pelanggan memenuhi meja-meja makan di bahagian hadapan kedainya.
Restoran Mahbub SDN BHD (the best nasi briyani madu). Itulah pertama kali saya dan abah menjejakkan kaki ke situ. Kedudukannya berhadapan dengan 'Bangsar Village'. Oleh kerana kapasiti diluar sudah tidak mampu menampung pelanggan, kami terpaksa masuk ke ruang berhawa dingin disebelah dalam. Sememangnya tidak selesa bagi kami. Bukan kerana janggal dengan ruangan esklusif, tetapi tidak kena pada masanya. Baru sahaja sebentar tadi kami di basahi hujan, kini terpaksa pula menahan kesejukan. Pelanggan diluar pula tidak putus-putus kunjung tiba. Seolah-olah mahu mencari tempat perlindungan sementara hujan berhenti. Kami tiada pilihan melainkan tetap disitu.
Tanpa membuka buku menu yang telah disediakan diatas meja, kami memesan makanan seperti biasa. Kebiasaan bagi kami makan di kedai mamak seperti itu. Bahkan di kawasan Bangi ataupun Kuala Lumpur, itu juga menunya. Jarang sekali kedai mamak yang menawarkan masakan Perancis semata-mata. Saya telah memesan roti telur bersama teh 'o' panas, manakala abang dan abah pula telah memesan roti canai kosong bersama teh tarik. Cuaca hujan begitu memang sesuai minum minuman panas, ditambah pula kesejukan penghawa dingin yang menusuk tulang.
Selesai menjamu selera, abang mengambil resit untuk dibayar di kuanter. Alangkah terkejutnya kami apabila mengetahui harga bagi setiap hidangan kami tadi:
-r.canai kosong(berhawa dingin) Rm 1.50 -r.canai paling tinggi sekalipun Rm0.80
-r.canai kosong(tidak b.dingin) Rm 1.20 -teh paling tinggi sekalipun Rm 1.20
-teh gelas kecil(berhawa dingin) Rm 1.70
Alasan yang diberikan mamak di kaunter "sini tempat mesti mahal punyalah.. lu sana pergi lagi mahal!", sambil menunding jari telunjuknya ke arah MidValley, Menara Rebung TM, Brickfields, Angkasapuri dan Central Market. Masalahnya sepanjang pengalaman saya menghabiskan masa lepak di kedai mamak di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur selama ini, tidak pernah pula saya melihat harga setinggi itu! barangkali dia cuba memberi tahu itulah 'trend' harga makanan dan minuman kepada kami yang disangkanya 'orang kampung'.
Satu manipulasi yang kejam dan sungguh tidak bertangunggjawab sekiranya sewa bulanan kedai dan kenaikan harga minyak dijadikan alasan harga roti canai di situ mahal. Bagi sesiapa yang sudah biasa ke kedai mamak seperti Pak cik 'Mat Giant', mereka pasti memahami keadaan ini. Pekara ini wajib di pantau oleh pihak berkuasa! lagipun rasa roti canai kosongnya sama sahaja seperti di kedai-kedai lain dan bukan ada emas pun dalam roti canai kosong saya itu.
Satu manipulasi yang kejam dan sungguh tidak bertangunggjawab sekiranya sewa bulanan kedai dan kenaikan harga minyak dijadikan alasan harga roti canai di situ mahal. Bagi sesiapa yang sudah biasa ke kedai mamak seperti Pak cik 'Mat Giant', mereka pasti memahami keadaan ini. Pekara ini wajib di pantau oleh pihak berkuasa! lagipun rasa roti canai kosongnya sama sahaja seperti di kedai-kedai lain dan bukan ada emas pun dalam roti canai kosong saya itu.
7 comments:
wahh , mahalnye .. memang ada emas kot dlm roti canai tu .. tehee :D
maybe...hehe
rumah aku roti canai rm 1 dah...
neslo bungkus rm 2.20
roti nan rm 2.00
dang!!
cekik darah betul. ishhhh3.
Nak dengar lagu terbaru dari Rebecca Black??
kene berdemontrasi nih ! bantah harga mamak yg semakin menekan rakyat..
syazana: cekik duit aku btul, cekik darah tu drakula kot..
akk pon br terkena semalam makan nasi goreng ayam dia harga rm10:50 mmg cekik darah
Post a Comment