Namun, ini hanyalah dari sudut pandang keseluruhan semata-mata. Overview, bak kata orang kampung Sg. Chua. Segalanya nampak halus, dan licin dari jauh.
Ibarat muka yang berjerawat tetapi berjaya ditempelkan segala macam make up yang tebal. Apabila di zoom in, tersingkap sudah segala macam yang tersembunyi disebalik pandangan mikro.
Hujahnya, mudah merancang itu berbanding merasai sendiri hakikat sesuatu perjalanan hidup. Ada orang berjaya, dan ada juga orang yang gagal.
Ada orang diuji susah, ada orang diuji senang. Ulang semula, bukanlah mudah menuju masa depan.
Bermula dengan azam, Putera Sg. Chua tekad meneruskan demi mengejar cita-cita. Bersalaman, lalu merantau membawa harapan orang tuanya.
Memikul tanggungjawab sebagai seorang putera bongsu. Kelak dia-lah yang bakal memayungi ayah dan ibu.
Kini Putera Sg. Chua telah keluar. Keluar menuju impian yang tidak pasti. Sasaran yang selama ini hanya menggamit nun jauh mata yang memandang.
Di pertengahan kembaranya, Putera Sg. Chua telah jatuh hati pada seorang puteri. Peristiwa itu, langsung mengingatkan Putera Sg. Chua kepada beberapa rangkap lirik nasyid.
Isteri cerdik yang solehah..,
penyejuk mata, penenang hati, penajam fikiran.
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan.
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan..
Waduh-waduh, manis.. mendalam maksudnya. Membina masjid mengusul agenda, daulah Islamiah.
Namun sebelum itu katanya, " Saya cinta kamu, ayuh bersama dalam perjalanan ini. Jauh lagi untuk kembali semula dan membalas jasa ibu dan ayah.
InshaAllah jika apa yang dilihat dari jauh selama ini, benar-benar menjadi realiti. Dapatlah merasakan rezeki tak seberapa ini kepada mereka.
Andai ada kesenangan dalam proses itu nanti, awak akan saya nikahi, InshaAllah."
8 comments:
syok bace..hihi
untunglar putera sg chua jatuh cinta dgn puteri idaman. btw sg chua ni kat maner yerk.
hawiz: Terma kasih tuan =)
fara: Sg.Chua area2 gak la kajang =)
siapa putera sungai chua???hehehe
biqa: err putera yang suka duduk di sungai chua. Mungkin kerana rumahnya di persisiran sungai chua juga.
Mungkin juga mualaf. Ntah saya kurang pasti, kerana dia masih dalam perjalanan menuju impian dan masih belum pulang ke sg.chua =)
lirik nasyid tu sedap,mendalam maksud..;)
muka cam femes je.. ridoma dulu blaja kt smkbbb ke?
Post a Comment