Masih tersimpan cermat didalam fail si Pendakwa Raya.
""saya minta maaf pak cik, peguam saya tidak membenarkan ke sana selagi saya tidak berjaya mendapatkan semula surat menyurat permohonan nikah saya daripada pihak Jabatan Agama Islam".
Sedangkan Z masih gagal mendapatkan khidmat peguam untuknya, apatah lagi membuat apa-apa persetujuan atau sebarang perbincangan secara formal dengan pihak peguam terbabit. Dia seorang penipu."
Pada malam tersebut, mungkin atas desakan mangsa yang telah diperbodohkannya, Z akhirnya akur untuk bertemu keluarga si mangsa. Barangkali pada sangkaannya, bapa si mangsa orang tua yang 'slow', mudah untuk 'di makan'.
Namun Z terlupa, penulis juga turut ada sewaktu dia melarikan diri. Maka ketika sesi bertentang mata pada malam itu, Z telah dibantai penulis dengan pelbagai bukti dan soalan-soalan panas. Ternyata dia bersalah. Tiada bukti daripada pihak mahkamah yang dapat dipatahkannya.
Semoga Z mendapat petunjuk.
Penulis kelihatan selamba, dengan tenang mengawal keadaan. Barangkali sudah biasa berdepan dengan keadaan tegang seperti ini, berbekalkan pengalaman aktif bersama skuad debat suatu ketika dahulu.
Z mungkin sudah berjaya, berjaya meloloskan diri ketika pada waktu siang di mahkamah tetapi tidak pada malam harinya. Z yang gagal membuktikan dirinya tidak bersalah di rumah keluarga si mangsa pada malam itu, beberapa kali di lihat menelan air liur.
Z seolah-olah merapu dikala dia di tekan dan hilang punca. Kebodohan Z semakin terserlah apabila dia menolak pelawaan bapa si mangsa untuk berjumpa dengan pegawai di Jabatan Agama Islam, Putrajaya.
Dia berkali-kali mengulangi, " saya sedang menunggu arahan daripada peguam, saya tidak akan ke sana jika tidak di benarkannya".
Keesokannya pula, dia memberitahu "saya minta maaf pak cik, peguam saya tidak membenarkan ke sana selagi saya tidak berjaya mendapatkan semula surat menyurat permohonan nikah saya daripada pihak Jabatan Agama Islam".
Dia sengaja memutar belit dan menimbulkan isu baru. Sedangkan Z masih gagal mendapatkan khidmat peguam untuknya, apatah lagi membuat apa-apa persetujuan atau sebarang perbincangan secara formal dengan pihak peguam terbabit. Dia seorang penipu.
Kemudian, jika benar dia mahu mendapatkan semula surat menyurat pernikahan yang telah dipalsukannya itu daripada Jabatan Agama Islam di Putrajaya, mengapa dia perlu rasa tergugat atau takut ? pergi dan ambil sahajalah, tiada siapa akan mengapa-apakannya sekiranya dia di pihak yang benar.
Kembali kepada perbincangan pada malam itu, sebaik sahaja tamat perbincangan keadaan kembali seperti sediakala, gelak tawa tanda sedikit persefahaman berjaya di capai memenuhi ruang tamu rumah.
Z yang tidak ubah seperti cacing kepanasan, tidak semena-mena meminta izin daripada tuan rumah untuk ke tandas sebaik sahaja tamat perbincangan, barangkali dia terlalu takut sewaktu sesi perbincangan dengan tuan rumah tadi sehingga terpaksa menahan kencing.
Sayangnya, sehingga ke hari ini, kes Z masih di takuk lama. Diam daripada sebarang tindakan. Masih tersimpan cermat di dalam fail si Pendakwa Raya. Tiada siapa mahu berusaha membawa kes Z ke kandang perbicaraan.
Lembab sungguh ! seolah-olah ada orang yang mempunyai kuasa sedang melindunginya. Sengaja melambat-lambatkan atau mengekang daripada prosesnya terus berjalan lancar.
Dalam tempoh ini, Z semakin bermaharajalela, kereta milik si mangsa digunakannya habis-habisan. Apatah lagi gajinya. Malang, bapa si mangsa seringkali dilanda kesedihan tatkala melihat anaknya sedang diperbodohkan orang.
Perbincangan yang gagal.
Walaupun pada zahirnya bapa si mangsa kelihatan sudah mengalah, namun jauh disudut hatinya dia sedang berjihad menentang Z habis-habisan. Kalaulah diturutkan hati, mahu sahaja riwayat Z dihabiskan sekelip mata. Tidak habis-habis membuat kacau pada keluarga orang lain.
Berbekalkan ilmu yang disemat erat didadanya, bapa si mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut. Setiap hari dia berdoa, memohon rahmat daripada Allah SWT. Semoga doa dan usaha hajatnya dimakbulkan Nya.
No comments:
Post a Comment